IN-DEPTH REVIEW : GASTON LUGA BACKPACK

11:59 AM



Pernah dengar mengenai Backpack keluaran Gaston Luga? Sebenarnya Gaston Luga ni merupakan sebuah syarikat pengeluar backpack yang agak terkenal dari Sweden. Berkonsepkan 'minimalist' dalam setiap rekabentuk, backpack keluaran Gaston Luga ni semestinya menjadi pilihan setiap pengembara dan sesiapa sahaja yang sukakan rekabentuk beg yang moden, selesa dan mewah.




Baru baru ni, abam diberi peluang untuk mencuba sendiri backpack dari Gaston Luga ni. Kalau korang perasan, dalam entry lepas >klik sini< abam dah cerita dah pasal backpack ni.

Untuk mereka yang masih tercari-cari backpack yang sesuai untuk digunakan untuk pelbagai aktiviti or dibawa travel, search no more, backpack dari Gaston Luga adalah jawapannya. Jom tengok beberapa 'feature' backpack Gaston Luga ni yang abam sure korang akan setuju.




Bahan/Material - Untuk backpack ni, abam berpeluang menggunakan backpack dari range produk siri klasik. Forest and Green backpack kalau nama omputehnya. Material untuk backpack ni sangat best. Gaston Luga takde pakai material cikai and bagi backpack ni diorang pakai kain cotton yang sangat tebal tapi lembut dan selesa. Ada beberapa perincian pada backpack ni diorang pakai metal dan jugak kulit. Sebagai contoh, kalau backpack biasa, selalunya akan menggunakan strap bahu dari nylon tapi untuk backpack Gaston Luga ni, diorang gunakan material yang sama macam body backpack ni iaitu thick cotton strap. So, memang kukuh lah.




Untuk strap dari penutup atas ke body backpack , Gaston Luga menggunakan strap kulit yang tebal dan ditambah dengan perincian menggunakan metal. Selain itu, perincian di dasar backpack ni jugak sangat best. Di setiap penjuru pada dasar backpack ni dilengkapi dengan metal-base untuk memudahkan pengguna nk stabilkan bag masa nak packing or unpack atau nak mengeluarkan barangan bila diperlukan.





Kepelbagaian Penggunaan - Kalau korang ingat backpack dari Gaston Luga ni hanya boleh pakai untuk travel, korang memang silap besar. Sebenarnya backpack Gaston Luga ni sangat multi-purpose. Boleh pakai bawak balik kampung, dijadikan day-pack masa korang travel dan jugak boleh bawak ke kelas atau pejabat. Ruang dalam backpack ni pon besar, siap korang boleh masukkan laptop yang bersaiz standart lagi sebab backpack ni ada sekali compartment khas untuk simpan laptop.




Salah satu ciri tambahan khas untuk backpack Gaston Luga ni, diorang ada sediakan 'poket khas' dekat belakang backpack ni.Kalau ikot website, diorang cakap compartment rahsia ni boleh simpan barang penting macam passport dan tiket tiket yang berkaitan masa travel and boleh jugak simpan telefon genggam. 




Berkenan dan macam mana nak beli? Haa abam ada promo code khas sempena raya ni. Kalau engkorang berkenan nak beli backpack ni, cepat cepat masuk ke website Gaston Luga dan pilih lah backpack mana yang korang berkenan. Ada macam macam design dan color dalam website tu. Berita baik kalau korang beli direct di website Gaston Luga, semestinya penghantaran adalah PERCUMA ke seluruh dunia. 




Selain tu jugak, since Malaysia ni adalah bukan negara EU atau Kesatuan Eropah, korang jugak akan dapat instant diskaun sebanyak 20% untuk caj VAT. Nak lagi diskaun? Korang boleh pakai abam punya diskon code (haa yang ni abam memang tak dapat pape untung eh) masa nak checkout tu nanti. Key in je "Helios15" dan korang akan dapat additional 15% diskon. Nak lagi? Sebenarnya kalau korang beli backpack dari Gaston Luga ni, biasanya diorang akan bagi 'free seasonal item'. Contohnya few months back, Gaston Luga ada bagi FREE cardholder and sekarang kalau tak silap, diorang ada bagi free exclusive Gaston Luga Tote Bag dengan setiap pembelian.


*contoh diskaun



Nak ape lagi? Menarik kan backpack Gaston Luga ni. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *