RAMADHAN BUKA PUASA BUFFET DI HOTEL IMPIANA KLCC

4:06 PM



Ramadhan hampir tiba. Mesti pembaca semua dah mula buat persiapan nak menyambut bulan yang mulia ni kan? Puasa yang tahun lepas dah ganti ke belum? haha! Dah mula buat perancangan nak buka puasa dengan kawan kawan or yang tersayang tapi tak tahu nak berbuka kat mana yang sedap? 

Untuk Ramadhan kali ni, Hotel Impiana, KLCC di Jalan Pinang dengan tema  "Sinar Ramadhan Al-Mubarak" akan menyediakan buffet berbuka puasa yang mengetengahkan masakan melayu menggunakan resepi dan bahan masakan warisan turun temurun.


antara sajian melayu yang disajikan


Untuk pembuka selera, pengunjung akan disajikan dengan "salad bar" dan "seafood bar". Serius hidangan untuk starter ni semuanya segar dan tidak mengecewakan. Korang boleh pilih dari pelbagai pilihan sayuran segar hingga ke pelbagai pilihan makanan laut yang amat segar dan menyelerakan.  



Kepah Segar



Udang Segar



"Salad Bar"


Selesai makanan untuk pembuka selera, pengunjung boleh memilih untuk mencuba sajian melayu tradisional yang terdiri dari Asam Pedas Jenahak atau Masak Lemak Ketam dan pelbagai lagi sajian tradisional. My personal favourite untuk sajian melayu tradisional yang ada ni mestilah Asam Pedas Jenahak. Sedap dan rempah ratus yang digunakan amat sesuai.



Asam Pedas Jenahak


Ketam Masak Lemak






Selain dari sajian melayu tradisional, antara sajian istimewa di buffet ramadhan Hotel Impiana KLCC adalah "Roti Pak Johan" yamg mana ia menggunakan sos rahsia yang disediakan khas oleh Chef Eksekutif, Chef Mazlee Abdul Rahman. Selain itu, pengunjung juga berpeluang merasai hidangan eksotik Lidah Kerbau Bakar bersama sos istimewa dan Sup Gear Box. Tidak dilupakan, hidangan wajib untuk buffet berbuka puasa setiap tahun iaitu Kambing Golek Bakar.



Kambing Golek Bakar


Sup Gear Box

Apa lagi ada? Kalau pengunjung nak merasai pengalaman ala ala timur tengah, buffet berbuka puasa Hotel Impiana ada menyediakan Shawarma Ayam bersama Roti Pita dan Nasi Biryani Gam Kambing. 

Selesai makan hidangan utama, pengunjung boleh menikmati pelbagai perasa aiskrim Baskin Robin,  hidangan pencuci mulut dan yang paling istimewa, pada tahun ini, bersempena buffet berbuka puasa, Hotel Impiana menyajikan buah kegemaran rakyat malaysia iaitu Durian. "Free Flow" , dan pengunjung boleh makan sampai panas badan dan tak boleh tidur malam.  



Biryani Gam Kambing


Shwarma Ayam bersama Roti Pita


Berbaloi kan? Buffet buka puasa di Hotel Impiana KLCC ni akan bermula dari 16 May 2018 hingga 14 Jun 2018. Pengunjung hanya perlu membayar RM148.00 seorang untuk dewasa dan RM74.00 seorang untuk kanak kanak. Tapi, kalau buat tempahan awal, Hotel Impiana KLCC ada menyediakan promosi beli 10 percuma 1 sehingga 15 May 2018.

Untuk tempahan, boleh telefon Hotel Impiana KLCC di talian 03-2147 1111 atau email ke fnbrsvp.iklcc@impiana.com. Nak mudah lagi, layari HOTEL IMPIANA KLCC WEBSITE untuk maklumat lanjut. 

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *