5 "PORT" INSTAGRAMMABLE DI SINGAPURA

5:02 PM




Mesti ada dalam kalangan readers abam dalam ni pengguna tegar Instagram atau kaki ambil gambar menggunakan phone kan? Kadang kadang bila stok gambar berkurang, mula lah resah nak pergi cari 'spot' or 'port' yang 'instagram-worthy' atau lebih popular dipanggil dengan istilah 'instagramabble'. Kali ni abam nak share dengan korang port yang sangat instagramabble di Singapura.


1- MERLION PARK dan ESPLANADE




Disini adalah destinasi-mesti-lawat kalau korang datang ke Singapura. Kenapa? Sebab lawatan korang takkan lengkap kalau korang tak datang bergambar dengan Merlion yang merupakan simbol rasmi pelancongan bagi Singapura. Kat sini kalau korang pandai cari, banyak spot untuk bergambar yang sangat insta-worthy. 



2- BUGIS STREET




Bugis Street ni, selain tempat shopping, kawasan ni memang sangat instagramabble. Bagi mereka yang minat untuk shoot street style, korang boleh cuba kawasan ni. Agak mencabar tapi hasilnya menarik. Kawasan sekitar Bugis Street pon banyak bagunan bagunan lawa dan suduh sudut yang menarik bagi mereka yang rajin untuk ber-OOTD. Habis snap snap gambar, boleh terus shopping. Banyak kedai cenderamata yang menarik dan murah. 



3- MASJID SULTAN dan MALAY HERITAGE CENTRE




Gambar diatas adalah salah satu dari pelbagai dinding yang cantik yang ada di sekitar Masjid Sultan dan Malay Heritage Centre cuma korang kena buka mata dan alert sebab sini memang banyak port untuk bergambar. Disamping dinding, korang boleh ambil gambar Masjid Sultan yang terkenal dengan binaan yang lawa. Kalau lapar, korang boleh singgah makan di kedai sekitar masjid seperti restaurant zam zam yang terkenal dengan murtabak singapura. Selain itu, korang jugak boleh jalan sampai ke Arab Street sebab disana ada lukisan muran di dinding yang lawa. 



4- PULAU SENTOSA




Salah satu tarikan yang terkenal di Singapura yang korang tak boleh terlepas is Pulau Sentosa. Universal Studio Singapore pon terletak dalam pulau ini. Sesuai dengan namanya sebuah pulau, disini banyak port untuk bergambar yang sangat instagrammable. Selalin dari depan globe USS, korang boleh naik tren ke Beach Station. Disana ada pantai yang pasirnya putih. Cantik kalau nak bergambar ala ala bersantai di tepi pantai dan kalau yang layan beach club, boleh singgah minum di salah satu beach club yang ada.  





5- GARDENS BY THE BAY




Uniknya Gardens by The Bay ni, korang akan nampak pokok pokok gergasi yang bercahaya dan kalau korang datang waktu malam, korang boleh menyaksikan Garden Rhapsody iaitu pertunjukan muzik dan lampu. Selain itu, kawasan taman ni sangat cantik.   


Untuk pengetahuan, semua tempat yang tersenarai kat atas tu, abam hanya cover dalam masa satu hari dan trip abam kali ini, dibawa khas oleh RAINI TRAVEL . Diorang ni memang pakar dalam menyediakan pakej pakej pelancongan domestik dan luar negara.






Untuk Day Trip ke Singapura ini, peserta biasanya akan diminta berkumpul di KL Sentral pada jumaat malam, dan trip ni akan berakhir pada hari sabtu malam dengan semua peserta akan dihantar semula ke KL Sentral. Korang tak perlu bayar banyak,pakej yang disediakan adalah amat berpatutan. Dengan hanya RM 135.00, korang akan dapat pengangkutan dari KL masuk terus ke Singapura. Korang bukan hanya dihantar masuk ke Singapura bahkan korang akan dihantar ke setiap tempat yang abam kongsi di atas. Maknanya, korang tak perlu berbelanja untuk naik train sewaktu di Singapura dan tak perlu penat berjalan untuk sampai ke tempat yang menarik disana. 






Selain itu, RAINI TRAVEL juga akan menyediakan sarapan ringan di RNR Gelang Patah sebelum menyambung perjalanan masuk ke Kota Singa. Bukan itu sahaja, RAINI TRAVEL juga menyediakan khidmat pemandu pelancong sepanjang tour di Singapura. Berbaloi kan? Bayar RM 135.00 dan korang dapat segala kemudahan. Tak perlu bersusah payah.  

Info lanjut untuk Singapore Day Trip ni korang boleh terus ke laman sesawang Raini Travel atau Facebook Raini Travel 

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *