INDOCHINA TRIP : BANGKOK , PATTAYA

11:04 AM




untuk entry sebelum ini, boleh klik di bawah :






Part paling last dalam trip Indochina ni lepas dah ke Mui NeHo Chi MinhPhnom PenhSiem Reap and Chiang Mai, Chiang Rai , hentian terakhir sebelum balik ke Malaysia is Bangkok. Memang tak pernah jejak pon Bangkok sebelum ni. Dah alang alang nk balik Malaysia, singgah kejap di Bangkok. Perjalan by train dari Chiang Mai just ambil masa 13 jam. 




Sampai di Bangkok awal pagi, terus cari hostel dan checkin, siap apa yang patut, kami keluaq pi stesen BTS terdekat. First stop kat Bangkok, kitorang amek Pakej Hop On Hop Off Chao Phraya Express. Harga dia THB180 je and korang boleh unlimited ride boat ni dan berhenti kat semua attraction sepanjang sungai ni. Naik je BTS ke Central Pier and beli tiket situ. Nak beli online pon boleh sebab ada promo kalau online. 






Naik je bot ni, akan ada pemandu pelancong akan bercerita sejarah sejarah. First stop, Wat Arun. Plase bear in mind, tak wajib pon turun dekat setiap tempat yang dia stop tu. Kalau rasa nk turun pegi lah turun, kalau tanak, sambung je perjalanan and disebabkan unlimited, korang boleh ulang berapa kali naik turun kat mana mana pier yang berkenaan.





Wat Arun ni Entrance Fee dia just THB40 je. Temple ni jugak dikenali sebagai Temple of the Dawn sebab dikatakan waktu senja temple ni nampak cantik gila. Binaan dalam ni memang cantik habis. Korang boleh panjat naik atas kalau masuk dalam ni.





Selesai Wat Arun, kitorang sambung lagi naik bot terus ke Wat Po tapi tak masuk pon. Tak rasa nak masuk pon. Lepas tu sebab dah lapar, naik bot balik and turun di kawasan Wang Lang Market. Sini best sebab tak banyak tourist datang so makanan dia murah dan banyak barang barang lain lagi dijual. Kalau nak beli souvenir kat sini pon okay. Thrift store pon banyak.





Disebabkan dah alang alang beli pass ni dan Khosan Road pon boleh sampai naik cruise ni, kitorang pon singgah la terus sebab boleh jimat bajet naik BTS.  Apa ada sini? ada kedai jual souvenir dan pub dan bar. Bagi yang suka berparti boleh la lepak sini malam malam. Lebih kurang Bangla Road je kalau kat Phuket tapi Bangla Road lagi havoc.



Tak singgah Grand Palace ke? singgah je tapi malas masuk sebab masa tu panas gila and dah tak larat nak jalan. Kalau masuk tu mesti dah lembik sebab panas gila masa tu. Lagipon haritu ada event ape tah. Kalau tak silap ada upacara berkabung untuk their late king. Kitorang decide untuk rehat kejap then naik bot balik and pegi layan sunset di Asiatique. 





Habis disini, kitorang patah balik ke Central Pier and amek BTS pegi ke MBK sebab nak dinner. Taktaw nak dinner ape, kami naik ke atas, cari foodcourt and ada kedai makanan halal kat situ. 

Hari kedua di Bangkok, kami decide nak pegi ke Pattaya untuk ke Koh Larn. Perjalanan amek masa dalam 4 jam. Boleh ambil bas atau van nak ke sana. Pegi ke Ekkamai BTS station, then cari Eastern Bus Terminal. Nasib abam tak baik haritu, kena game dengan kaunter tiket sebab dia cakap van yang kitorang amek tu direct, rupanya kena game. Van tu stop banyak tempat jugak turunkan orang dan ambil orang. Siap driver tu stop merokok lagi. Kalau tak silap tambang ke Pattaya tak sampai THB200 pon rasanya (dah lupa berapa) haha!





Kalau nak ke Koh Larn, bagitaw je driver korang nak ke Bali Hai. Kat situ ada feri nak ke Koh Larn. Kitorang nak feri ke Tawaen Beach. 





Harga feri tu dalam THB20 je kalau tak silap and jadual dia biasanya sejam sekali dia gerak tapi macam pergi haritu, asal penuh je terus gerak. Basically jadual dia start from 8 pagi sampai 1 petang and balik dari pulau tu start pukul 1 petang sampai 5 petang. Last feri is at 5 petang. 





Kalau nak jimat, beli lah makanan siap siap sebelum naik feri tu sebab kat pulau kan biasanya maknan mahal sikit. Beli, bawak bekal and makan je kat sana. Beach dia sumpah cantik.






Habis setel mandi apa semua, kitorang balik ke darat dan balik ke Bangkok naik van jugak sebab malas nk fikir dah nak ke stesen bas. Konon malam tu nak pergi lepak sky bar dekat Bangkok tu tapi sebab macet gila bangkok pepetang, kami sampai hostel dalam puluk 9 malam and dah penat. So decide nak lepak hostel je malam tu rehat rehat sebab esoknya nak balik Malaysia dah. Train dari Bangkok ke Padang Besar (Malaysia) ambil masa dalam 18 jam. Kematu jugak la. Tapi best sebab pengalaman pertama travel by land.






Sampai je Padang Besar, kitorang ada masa few hours untuk shopping di kompleks bebas cukai padang besar tu sementara naik ETS balik ke kampung abam and amek kereta drive balik KL. Habis lah cerita travel dari Ho Chi Minh and overland balik ke Malaysia. 



untuk entry sebelum ini, boleh klik di bawah :


0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *