INDOCHINA TRIP : SIEM REAP

8:19 PM




untuk entry sebelum ini, boleh klik di bawah :



Habis jalan jalan di Phnom Penh, abam tunggu sleeper bus untuk ke Siem Reap pulak. Perjalanan mengambil masa dalam 6 jam ni abam sengaja pilih gerak tengah malam sebab nak jimat duit penginapan. Korang ingat lekeh ke sleeper bus diorang ni. Beat okay. Tak main lah kerusi, dia letak katil double decker terus dalam bas. So korang naik dah boleh terus tido. Abam naik bas kompeni nama Giant Ibis. link website? pegi gugel lah. jangan malas sangat. HAHAHA.


ni seating untuk double. kalau single, ada kat sebelah tu. satu katil je.


Naik je bas, terus tido and sampai di Siem Reap dalam pukul 5-6 pagi macam tu. Alhamdulillah hotel yang abam stay tu ada sediakan free pickup dari tempat bas tu turunkan penumpang. Kenapa hotel bukan hostel? Konon kata backpackers. HAHAHA. Jawapannya sebab hotel sana murah. So buat ape sesak sesak nak stay hostel.


Disebabkan sampai awal pagi, so abam request ke hotel boleh tak early checkin. Dia cakap boleh tapi kena topap sikit and abam setuju sebab tak banyak pon kena topap. Kalau tak silap dalam beberapa USD je. Dapat bilik terus tidor sampai tengahari. Bagun tu baru fikir nak buat ape kat Siem Reap.

Last sekali, we decided to jalan jalan ke Angkor Artisan Centre. Jalan kaki je sampai ke tempat tu. Sebab kitorang memang cheapskate as fak malas nk spend duit ke tuktuk lagipon dekat je dalam 15-20 minutes je dari hotel. If korang taktaw, situ adalah pusat kraftangan and kat situ dia ada tunjuk macam macam kraftangan asli Khmer dan cara pembuatan. Dari seni sulaman kain sampai penghasilan berhala. Korang pon boleh try buat jugak. Sini entrance fee dia FREE je. Korang just kena pegi balai pengawal dia ambil pass untuk masuk dalam tu. 





Habis melawat tu, dah blurr taktaw nak kemana, so kitorang jalan jelah sekitar Phsar Chas (Old Market) tengok jualan kat sana. Beli lah satu dua kerepek sebungkus 1USD tu. Beli jugak rempah ratus. This is my second time datang Siem Reap so tahu lah makanan ape sedap nak makan dan rempah ape yang best nak beli. Korang kalau datang Siem Reap cuba lah makan Fish Amok dan Lembu Naik Bukit. Serius sedap.

Esoknya pulak, abam dah deal dengan sorang brader driver tuktuk ni suruh bawak ke Angkor Wat even dah pernah masuk since my travel partner ni tak pernah masuk lagi. But i dont mind sebab suka masuk Angkor tengok seni binaan dia walaupun banyak dah musnah. Tapi kali ni entrance fee Angkor Wat dah naik. Kalau dulu USD20 je, sekarang dah naik ke USD35. Mahal sikit lah. tapi bagi yang minat historical site ni, for me agak berbaloi.





Sengaja abam suruh pak supir datang ambil awal pagi sebab nak bersunrise dalam Angkor Wat tu. Dengan 'awal pagi' tu abam  maksudkan awal gila. Untuk layan sunrise di Angkor Wat, korang kena bangun pukul 3 pagi dan keluar at least pukul 4 pagi sebab kalau lambat nanti ramai orang beratur nak beli tiket and tak sempat nak bersunrise. Gambar atas tu hasil bangun awal pagi masuk dalam Angkor Wat. 


Habis bersunrise kat dataran Angkor Wat tu, korang pegilah masuk dalam kompleks dia and korang boleh mendaki main temple dia. Tips kat sini, habis tengok sunrise, terus masuk dalam dan terus pegi ke tempat berbaris dulu sebab untuk naik atas tu ada quota dan dia akan control crowd yang masuk atas tu. Kalau korang lambat rugi lah sebab kena bazir masa beratur lama lama.



Setel mendaki main temple dalam Angkor Wat tu, pak supir bawak kami ke Bayon Temple pulak. Korang kena taw, dalam Angkor Historical Site ni banyak gila temple dia. Sebab tu ada 1 Day Pass, ada 2 Day Pass untuk  masuk sini. Sape yang betol minat boleh lah beli banyak hari punya pass. As for me, cukup lah sehari. Itu pon ikot Small Circuit je sebab rasa tak larat kalau amek yang Grand Circuit tu.






Habis melawat Bayon konon acah acah ahli arkeologi, kami pindah temple pulak ke Elephant Terrace pulak. Sini memang besar! yelah sini katanya dulu dulu raja diorang parking gajah area sini. Elephant Terrace ni dinamakan macam ni sebab ada ukiran gajah. Sini pon korang boleh mendaki ke puncak dia and sini takde kena beratur ke ape. Naik je terus.




Lepas tu ada lah melawat sikit sikit temple kecik sebelum ke temple yang paling last untuk small circuit. Korang ada tengok movie Tomb Raider tak? haaa ni lah temple yang diorang shoot filem tu. Nama feymes dia Tomb Raider Temple tapi nama asal dia is Ta Prohm Temple.





Temple ni memang dah uzur gila and banyak dah part dalam temple ni dah runtuh dan masih dalam kerja kerja pemuliharaan. Tapi dalam dia meamng cantik and dari gate luar, nk masuk dalam jauh sikit la kena jalan. Lawa, kalau korang datang sini tak masuk memang rugi.





Habis temple ni, kitorang pon dah penat gila sebab Siem Reap pans gila kot. Nasib baik pak supir ada sediakan air sekali dah termasuk harga dia bawak jalan jalan tu. Usai lunch, kami mintak pak supir bawak kitorang ke War Museum. Entrance fee sini murah je USD5 je. Masuk la sini, tengok kesan kesan peperangan. Memang real habis la, semua jenis senjata dan bom semua ada dioang pamerkan dalam ni siap boleh pegang lagi. Ada jugak diorang letak aritkel artikel pasal rakyat Cambodia merana masa perang dulu tu. Kesian, ramai yang mati, yang cedera parah hilang kaki hilang tangan semua ada diorang tunjuk gambar.





Habis menghayati sejarah perang, rasa dah penat sangat, so kitorang mintak pak supir hantar balik hotel je. Balik tido dulu, petang tu bangun pegi jalan jalan dekat Hard Rock Cafe konon nak jadi dak dak hipstur beli abrang kat sana tapi tak mampu sebenarnya sebab duit bawak sikit je and end up kitorang jalan jalan habiskan duit dengan makan dan beli kerepek lagi. HAHA. malam tu jalan jalan kejap dekat Night Market (makan lagi) haha and balik tido awal sebab esoknya nak checkout awal pagi. Nak catch early bus to Bangkok pulak.

So habis lah entry untuk Siem Reap kali ni. To be honest Siem Reap seronok jalan jalan dan kalau korang nak jalan banyak lagi, banyak je tempat yang ada. Killing field pon ada. Cukup la takat ni dulu. Nanti kita sembang lagi ye untuk pengalaman jalan jalan di Thailand pulak. adios!



untuk entry sebelum ini, boleh klik di bawah :



0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *