Indochina Trip : Ho Chi Minh

4:10 PM



SALAM SEJAHTERA.


untuk baca previous entry, klik je MUI NE . sebab trip indochina abam ni mula dari Mui Ne.


so dari Mui Ne, kami ambil sleeper bus ke Ho Chi Minh. Perjalanan mengambil masa 6 jam. so kami bertolak around 12.30 tengah malam and sampai ke Ho Chi Minh dalam awal pagi. Sampai sana, ape pon tak bukak lagi sebab masih awal pagi. dekat sini abam stay di Saigon Friends Hostel. Dekat Ho Chi Minh ni abam stay satu hari satu malam je. sebab most benda buat kat sini shopping, and abam takde plan nak pegi po Cu Chi Tunnel tu.

setel tinggal bag dekat hostel, terus pegi cari sarapan sebab lapaq baq hang. dedekat hostel abam stay tu, ada satu kedai sarapan local. tengok punya tengok menu, ada la satu makanan yang boleh makan tanpa was-was. nama dia Banh Mi. sorry gambar takde sebab gambar dalam phone dah hilang. terdelete. sedih kan? haha. Banh Mi ni one of famous breakfast dikalangan local. so kitorang request yang ada telur je. basically Banh Mi yang kitorang order ni just terdiri dari baguette letak sayur, mayo, sos pedas and telur.






Morning rush kat Ho Chi Minh ni sangat real. kereta tak banyak tapi motor dia banyak gila. memang rapat habis! setel sarapan, disebabkan kedekut duit, abam jalan kaki je nak pegi every attraction. Destinasi pertama is Notre-Dame Catedhral of Saigon. Seni bina bagunan ni ada lah sikit sikit macam Notre-Dame kat Paris sana tu. masa abam pergi haritu, tempat ni tutup sebab tengah renovate.





Habis meronda ambil gambar disitu, abam terus jalan lagi ke Saigon Central Post Office. Pejabat pos pon depa boleh buat jadi salah satu tempat pelancongan kan kat sini. tapi tulah, memang lawa senibina pejabat pos ni. and dalam ni pon banyak benda korang boleh beli. stem untuk kenangan and souvenir. Actually, post office dengan notre-dame ni tak jauh pon. bertentangan je pon.





next habis dalam post office tu, kitorang sambung jalan pegi melawat ke Reunification Palace. Tempat ni dikenali jugak dengan Independence Palace. Sini abam tak masuk pon. ambil gambar dari luar je sebab rasa tak berbaloi nak masuk. Tapi kalau sape suka, masuk jelah. Entrance fee untuk tempat ni adalah 50.000 VND untuk adult and 30.000 VND untuk kanak kanak.


Habis acah acah ambil gambar depan palace tu, kami patah balik jalan ke satu tempat paling feymes dikalangan rakyat malaysia. CHAO BEN THANH or BEN THANH MARKET. Sini selalunya kalau datang HCM, memang pasar ni akan jadi tumpuan. Orang cakap murah dalam ni. tapi tulah. maybe abam bukan kaki shopping. So tak beli ape sangat kecuali kopi.


Masuk dalam sana memang banyak gila barang. dari makanan ke pakaian sampailah kelengkapan dapur serta rumah. macam macam ada. Tips nak beli kat sini, korang kena pandai bargain. Jangan main layan je berapa harga yang diorang bagi. Cuba bargain sikit dan kenalah rajin survey dekat kedai lain jugak. Barulah puas hati shopping dalam sini.



Lepas tu pulak, selain dari tempat kat atas tu, kalau korang rajin berjalan, pergi la lepak dekat area Ho Chi Minh Statue tu. Dedekat situ area Saigon Walking Streen tu, ada lah satu bagunan apartment diorang dah tukar jadi cafe. nama tempat tu The Cafe Apartment. 

Rasanua itu jelah yang abam sempat cover di HCM sebab memang satu malam je singgah HCM. nak gerak ke Phnom Penh pulak nanti. Untuk ape yang korang boleh buat di Phnom Penh, korang kenalah tunggu next entry pulak ye! Untuk previous entry, boleh klik bawah sini.





0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *