ITINERARY TOKYO - JAPAN TRIP

5:41 PM




ayuh kita sambung cerita pasal jepun. kali ni abam nak cerita pasal tokyo pulak. sebenarnya malas nak cerita pasal tokyo ni. sebab tak best. sikit je tempat best. sebab tokyo kan bandar. so most orang pegi memang untuk shopping. abam pulak bukan jenis jakun nak bershopping kat luar negara. lelagi jepun. takde duit lah! haha!

ok dari osaka, abam gerak ke tokyo naik willer bus. amek night bus. tido dalam bas je. sebab nak jimat duit. lagipon kalau naki shinkansen mahal satu benda, nak kena cari penginapan pon satu benda bazir duit. baik tido dalam bas je. naik malam, esok pagi sampai. untuk tokyo, kitorang stay kat hostel. sebab ada kawan suggest sini. lawa dan hostel ni adalah rumah traditional jepun yang dijadikan hostel. nama dia toco hostel.


lepas checkin, kitorang tinggal barang dan terus keluar jenjalan around tokyo. destinasi pertama mestilah temple. ape lagi feymes kat jepun kalau bukan temple diorang yang cantik tu. abam pegi ke Senso-ji Temple. dari sini, boleh je nampak Tokyo Skytree dari jauh. dalam perjalanan nak ke Senso-ji tu, korang boleh lalu kat Nakamise street. kawasan shopping.





Senso-ji Temple dan Nakamise Street






amek berkat asap kat temple kot ni


habis jalan jalan kat senso-ji, kitorang sempat singgah makan kat kedai makan halal dedekat situ. lupa dah la apa nama kedai tu. terharu gila bila dapat makan ayam. rasa dah lama tak makan ayam sebab tak berani nak beli ikot suka sangat. kebanyakan masa kitorang makan seafood je kat jepun tu. habis makan kitorang slow slow jalan pegi tengok tokyo skytree. tapi tak pegi sampai bawah dia pon. cukup sekadar sampai bridge sana je. sebab kalau pegi sampai bawah bukan nak naik pon. mahal.





tokyo skytree.


habis je sini, dah nak gelap pon. kitorang pegi pulak area shibuya. ape ada sana? opkos la shibuya crossing dengan hachiko. ape tu hachiko? eh gugel sendiri lah kalua taktaw. haha!







the most busiest crossing. shibuya crossing


setel main crossing tu banyak kali, dah penat. balik tido. esok pulak kitorang jenjalan kat ueno park, imperial palace dan jalan tanpa arah. serius tokyo bosan doh. haha. and petang sikit pulak, kitorang balik ke shinjuku sebab nak naik bas ke fujikawaguchiko. satu hari di fujikawaguchiko, balik semula ke tokyo untuk last day di tokyo.









jakun dengan ginko tree masa otw nak pegi imperial palace

balik dari fujikawaguchiko, kitorang jalan jalan kat tsukiji market. haha sini abam rasa eksaited sikit sebab sini pasar ikan fresh. ada sashimi, ada makanan sedap.








tsukiji outer market



kalau kat tokyo, korang nak naik viewing deck free, pegi je kat bunyo civic centre. sini free and tak ramai orang. so korang boleh enjou the view. boleh nampak tokyo skytree dari atas ni.








view from bunkyo civic centre viewing deck

lepas tu pulak, kalau nak cari bagunan yang unik, korang boleh pegi ke nakagin capsule tower. asalnya bagunan ni dia mix residential and office , tapi dah lama takde sape tinggal kat sini. and katanya tak lama lagi nak dirobohkan dan nk buat bagunan baru




 nakagin capsule tower



selain tu, kalau korang minat gundam, korang boleh pegi ke dive city dekat odaiba. situ pon best nak jalan jalan. tapi tulah, katanya gundam tu diorang nk simpan dah march ni. so takde dah la gundam. nak ganti yang baru lambat lagi. pehtu pulak kat odaiba ada fuji tv punya bagunan. yang dalam cerita digimon tu. haha! sebijik oi.





 lady liberty kat odaiba




dah petang pon bila habis melawat odaiba ni. hahahah. rasa macam ringkas gila cerita pasal tokyo. maybe sebab not my cup of tea pehtu detail masa kat sana memang tak ingat pon. to be honest, abam rasa rugi spend masa lama kat tokyo. sebab tak minat sangat bandar. haha. sebelum tutup sesi kali ni, korang tengok la gambar tokyo tower kat bawah ni ye. any pertanyaan pegi je direct kat twitter abam @taufiqhelios or ig abam @taufiqhelios. see ya!



0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *