Sunday, February 12, 2017

ITINERARY FUJIKAWAGUCHIKO - JAPAN TRIP



here comes my favourite part of the trip. part melawat FUJIKAWAGUCHIKO! dari malaysia lagi dah eksaited nak datang sini sebab nak melawat cik fuji. dari tokyo, kitorang gerak pegi sini by bus je. naik bas dekat shijuku direct to kawaguchiko station. kalau nak cepat boleh je naik shinkansen. tapi abam on budget, so memang telan air liur jelah tengok orang lain naik shinkansen.


sebelum tu kalau korang nk baca entry sebelum ni checkout list bawah ni. klik je :

Nara Trip
Kyoto Trip
Osaka Trip
Tokyo Trip


ok jom start bercerita pasal fujikawaguchiko.







so dari shinjuku ke kawaguchiko by bus tu tak lama. dalam sejam lebih je. tak jauh pon. abam gerak petang, sampai kawaguchiko dalam pukul 7 malam then terus checkin di koe guest house. dari stesen kawaguchiko, jalan tak sampai 5 minit pon ke hostel tu. rujuk gambar atas. tu lah view dari pintu hostel kitorang.

keesokann harinya, abam bangun awal pagi sebab eksaited nak melawat cik fuji. tapi rasa sikit hampa la sebab bukak tingkap tengok cloudy. tapi lepas sarapan tetiba langit da cerah and nampak je cik fuji. haha. terus abam ajak semua travelmates makan cecepat and keluar.







kat sana, abam sewa basikal je. satu hari just 1.5k JPY. memang berbaloi. sebab nak pusing Lake Kawaguchi tu kalau by bus tak puas. so we decided to cycle je. kalau nak ikot brochure tu satu lake tu boleh complete cycle dalam masa 3 jam je. tapi kalau cycle nonstop je tak best kan? so kitorang habiskan masa almost 7 hours untuk pusing satu lake tu.







baru jalan tak sampai 10 minit dah stop. sebab nampak pokok daun yang bright red. jakun kot sebab tak pernah tengok daun merah macam ni masa autumn. kalau bawak basikal senang je nak stop. parking je memana asal tak kacau laluan orang. and pakcik pakcik kat situ pon tak kesah.








jalan sikit lagi, stop lagi. mana taknya. cantik sungguh lake tu tambah pulak hari yang abam ada kat sana tu memang langit clear. and cycle pon tak rasa penat or panas. sebab autumn kan agak sejuk. so cycle jauh pon rilek je. just haus jelah. haha







dalam 15-20 minit cycle, tetiba nampak cik fuji jelas depan mata. tuhan je taw betapa eksaitednya abam masa tu. terharu sangat. one of bucket list abam di japan dah tercapai. bukan ape. orang kabor cik fuji ni pemalu. susah sikit nak nampak dia dan crown putih dia tu. so that day was my lucky day. sepanjang perjalanan ronda lake kawaguchi tu, ada la museum, park and banyak tempat menarik. kalau korang minat, singgah jelah. ada art museum, ada music forest and dua tiga tempat lagi. tapi kalau nak singgah semua memang tak sempat la. abam just singgah satu park tu, lupa dah nama dia, untuk lunch dengan oishi park sebab nak tengok kochia.






gamba atas ni la park yang abam stop untuk lunch. takde kedai pon. tapi makan roti dengan air bekal yang dah bawak. punya bersih park tu, abam boleh gegolek je atas rumput sambil makan. habis makan abam sambung cycle lagi menuju ke oishi park. ape ada? kat situ macam taman bunga.







sebab utama abam nak sangat singgah oishi park tu sebab nak pegi tengok kochia. sebab nak pegi ke hitachi seaside park tu jauh sangat. so bila buat research tu, rupanya kat oishi park pon ada. memang pegi sana jelah. jimat masa, jimat duit. 








kalau nak taw, kochia ni adalah tumbuhan yang berubah warna ikot musim. and untuk musim luruh dia kaler merah. tapi masa abam kat oishi park tu, kochia dah start berubah warna ke coklat. menandakan end of hayat dia. tapi ada sikit warna merah tu dah good enough for me. another one of bucket list masa di jepun dah tertunai. haha! 







habis jalan jalan kat oishi park, abam sambung cycle lagi nak complete kan satu pusingan. and tetiba lapar lagi. haha! then stop la makan kat satu kedai area fujiya hotel tu. ada kedai fastfood japanese style. masuk kena order kat vending machine. tak faham sebab tak tulis english langsung. nasib la ada sorsang brader ni dia pandai cakap english, dia nampak abam macam meraba sangat terus dia dtg tolong. abam cakap la "i'm vegan, no meat, no pork" and dia pon paham and terus cadangakan abam makan set crocket. murah pon murah. banyak pon banyak. so abam order yang tu la. tapi nak ambil makanan pulak satu masalah lagi. sebab dia panggil nombor dalam japanese. haha nasib lah dah download google translate for offline usage. so translate jelah and dengar la sebutan dia macam mana. berjaya! haha rasa satu accomplishment sangat masa tu







lepas makan tu abam sambung cycle lagi sampai complete pusingan satu lake kawaguchi tu and balik ke hostel untuk ambil beg dan balik ke tokyo. abam dok kat sini satu hari satu malam je. to be honest, rasa tak berapa puas. so maybe next time datang sini, abam nak stay lama sikit and explore another part or this place. doakan abam ada rejeki ke sana lagi ye. 


 so untuk part fujikawaguchiko ni, maps abam cycle korang boleh tengok kat bawah ni. sampai sini je lah ye. and for sure abam nak repeat lagi! hahaha any pertanyaan korang boleh direct mesej abam kat instagram @taufiqhelios or kat twitter @taufiqhelios. chow!




gambar maps ni cilok dari google

Friday, February 3, 2017

ITINERARY TOKYO - JAPAN TRIP




ayuh kita sambung cerita pasal jepun. kali ni abam nak cerita pasal tokyo pulak. sebenarnya malas nak cerita pasal tokyo ni. sebab tak best. sikit je tempat best. sebab tokyo kan bandar. so most orang pegi memang untuk shopping. abam pulak bukan jenis jakun nak bershopping kat luar negara. lelagi jepun. takde duit lah! haha!

ok dari osaka, abam gerak ke tokyo naik willer bus. amek night bus. tido dalam bas je. sebab nak jimat duit. lagipon kalau naki shinkansen mahal satu benda, nak kena cari penginapan pon satu benda bazir duit. baik tido dalam bas je. naik malam, esok pagi sampai. untuk tokyo, kitorang stay kat hostel. sebab ada kawan suggest sini. lawa dan hostel ni adalah rumah traditional jepun yang dijadikan hostel. nama dia toco hostel.


lepas checkin, kitorang tinggal barang dan terus keluar jenjalan around tokyo. destinasi pertama mestilah temple. ape lagi feymes kat jepun kalau bukan temple diorang yang cantik tu. abam pegi ke Senso-ji Temple. dari sini, boleh je nampak Tokyo Skytree dari jauh. dalam perjalanan nak ke Senso-ji tu, korang boleh lalu kat Nakamise street. kawasan shopping.





Senso-ji Temple dan Nakamise Street






amek berkat asap kat temple kot ni


habis jalan jalan kat senso-ji, kitorang sempat singgah makan kat kedai makan halal dedekat situ. lupa dah la apa nama kedai tu. terharu gila bila dapat makan ayam. rasa dah lama tak makan ayam sebab tak berani nak beli ikot suka sangat. kebanyakan masa kitorang makan seafood je kat jepun tu. habis makan kitorang slow slow jalan pegi tengok tokyo skytree. tapi tak pegi sampai bawah dia pon. cukup sekadar sampai bridge sana je. sebab kalau pegi sampai bawah bukan nak naik pon. mahal.





tokyo skytree.


habis je sini, dah nak gelap pon. kitorang pegi pulak area shibuya. ape ada sana? opkos la shibuya crossing dengan hachiko. ape tu hachiko? eh gugel sendiri lah kalua taktaw. haha!







the most busiest crossing. shibuya crossing


setel main crossing tu banyak kali, dah penat. balik tido. esok pulak kitorang jenjalan kat ueno park, imperial palace dan jalan tanpa arah. serius tokyo bosan doh. haha. and petang sikit pulak, kitorang balik ke shinjuku sebab nak naik bas ke fujikawaguchiko. satu hari di fujikawaguchiko, balik semula ke tokyo untuk last day di tokyo.









jakun dengan ginko tree masa otw nak pegi imperial palace

balik dari fujikawaguchiko, kitorang jalan jalan kat tsukiji market. haha sini abam rasa eksaited sikit sebab sini pasar ikan fresh. ada sashimi, ada makanan sedap.








tsukiji outer market



kalau kat tokyo, korang nak naik viewing deck free, pegi je kat bunyo civic centre. sini free and tak ramai orang. so korang boleh enjou the view. boleh nampak tokyo skytree dari atas ni.








view from bunkyo civic centre viewing deck

lepas tu pulak, kalau nak cari bagunan yang unik, korang boleh pegi ke nakagin capsule tower. asalnya bagunan ni dia mix residential and office , tapi dah lama takde sape tinggal kat sini. and katanya tak lama lagi nak dirobohkan dan nk buat bagunan baru




 nakagin capsule tower



selain tu, kalau korang minat gundam, korang boleh pegi ke dive city dekat odaiba. situ pon best nak jalan jalan. tapi tulah, katanya gundam tu diorang nk simpan dah march ni. so takde dah la gundam. nak ganti yang baru lambat lagi. pehtu pulak kat odaiba ada fuji tv punya bagunan. yang dalam cerita digimon tu. haha! sebijik oi.





 lady liberty kat odaiba




dah petang pon bila habis melawat odaiba ni. hahahah. rasa macam ringkas gila cerita pasal tokyo. maybe sebab not my cup of tea pehtu detail masa kat sana memang tak ingat pon. to be honest, abam rasa rugi spend masa lama kat tokyo. sebab tak minat sangat bandar. haha. sebelum tutup sesi kali ni, korang tengok la gambar tokyo tower kat bawah ni ye. any pertanyaan pegi je direct kat twitter abam @taufiqhelios or ig abam @taufiqhelios. see ya!



 

Copyright © 2013 | Helios Blog