Wednesday, January 18, 2017

ITINERARY OSAKA - JAPAN TRIP


next! osaka pulak.




untuk Osaka pulak, abam ada 2 hari kat sini. so, untuk penjimatan yang berkesan abam beli lah Osaka Amazing Pass untuk 2 hari dengan harga 3000 JPY. penjimatan berganda sebab pass ni dah termasuk tren dan almost semua attraction yang best. lagipon abam memang kuat berjalan. so kalau nak compare dengan beli tiket normal untuk tren, amek pass ni adalah sangat untung.


destinasi pertama abam kat osaka ni, pegi melawat temple (sembahyang pagi katanya) haha! keluar rumah takde lah awal sangat sebab rumah pon memang kat osaka. so kitorang pegi lah ke Shitennoji Temple. senang je nak kesini. dari JR Ashihara Station, naik je Osaka Loop Line and turun di Tennoji then jalan la sikit. dah sampai. Shitennoji Temple ni antara temple yang tertua di Jepun. ada ape? ada pagoda dan akwasan lapang je dalam tu. tapi since free masuk jelah. kalau tak pakai pass tu, kena bayar around 600 JPY.



Shitennoji


habis jenjalan dalam tu, kitorang jalan kaki je ke Tennoji Park and singgah kejap di Osaka (Tennoji) Zoo. sini jugak free kalau masuk pakai pass tu. kalau bayar, fee dia dalam 500 JPY. so ape ada dalam ni? opkos la ada binatang. and main attraction dia is penguin la abam rasa. best la jugak. macam macam ada dalam tu





sebelum masuk ke safari dalam zoo tu.


setel zoo, kitorang gerak ke Tsutenkaku Tower pulak. kalau korang nak taw, tower ni ada kat daerah nama Shinsekai. sini kira macam old town untuk area ni lah. kalau ikot sejarah tempat ni dah dibangunkan dari sebelum zaman perang lagi. pehtu terstop. pehtu baru sambung balik. bayangkan memang lama town sini. kat sini jugak banyak kedai makan and takoyaki sini murah and sedap. Tsutenkaku tower ni terletak kat centre shisekai district ni. and kawasan ni lawa kalau korang nk photoshoot ala ala old town.



.

entrance gate to sinsekai district



dari sinsekai ni korang jalan je terus nanti nampak la tsutenkaku tower tu. dekat je. tak jauh pon. and kalau pakai osaka amazing pass, masuk tower ni free jew! kalau bayar tu dalam 500 JPY rasanya. tak sure. haha! ekceli ramai local nak naik tower ni. idk. maybe sebab sejarah dia kot. tapi dont worry. even ramai pon. tak lama pon kena berbaris.




tsutenkaku tower.




habis jakun naik tsutenkaku tower, kitorang gerak pulak ke USJ. meriah la usj waktu tu sebab dekat dekat Halloween. tapi untuk ke USJ, korang takleh pakai osaka amazing pass. sebab tren untuk USJ tak termasuk dalam pass tu. so pegi lah ke stesen terdekat guna osaka amazing pass then beli normal ticket ke USJ. tak mahal pon.


habis pusing pusing kat USJ dan menunggu orang shopping kat Hard Rock Cafe, abam gerak pulak ke Tempozan Ferris Wheel. kemudian ke Santa Maria Cruise berlayar sekitar osaka harbor and lepak lepak depan Kaiyukan Aquarium. Kaiyukan ni abam tak masuk sebab kena bayar. pakai osaka amazing pass ni dapat diskon sikit je. takpelah sbb bajet takde untuk tu.





Tempozan Ferris Wheel dengan Kaiyukan dari viewing deck atas Santa Maria Cruise



habis melawat sekitar sini, dah malam. so penat seharian berjalan. balik rehat kat rumah jelah. and keesokannya ada sehari lagi nak cover osaka.hari kedua jenjalan kat osaka, abam start pagi dengan pegi ke osaka castle. pon free jugak sebab pakai pass tu. osaka castle ni ekceli muzium. tapi best sebab banyak benda menarik dalam tu.





osaka castel



korang boleh naik ke puncak castle ni. ada dua cara. satu naik lif satu lagi naik tangga and kitorang semua naik tangga je sebab malas beratur panjang tunggu naik lif. kat depan osaka castle tu ada free  photo booth siap boleh pakai baju ninja or samurai lagi. and boleh suruh diorang amek gamba jugak pakai kamera sendiri. so nnti either nk beli or not gambar yg diorang snap tu pon diorang tak kesah.


setel jalan jalan kat sekitar osaka castel termasuk segala muzium yang ada di sekitar sana, dah dekat pkol 5 lebih pon. kitorang gerak terus ke HEP 5 ferris wheel lepas tu terus ke Umeda Sky Building. habis kat sky building tu terus tunggu willer bus ke Tokyo.





HEP 5 Ferris Wheel

ekceli HEP 5 Ferris Wheel ni dia kat rooftop shoppin mall. haha. so kalau sampai kat mall tu, agak agak muka macam traveler nanti ada lah local akan tegur and tanya “nak naik ferris wheel ke? haa pegi ke rooftop terus” haha macam tu lah.

umeda sky building ni naik dia free je kalau pakai osaka amazing pass. and gambar kat atas ni abam amek siang sebab malam tu xnampak sebab gelap. hahahah! abam hampir tertinggal bas untuk ke tokyo tu sebab banyak singgah kat tempat yang tak masuk dalam plan. haha. nak buat macam mana kan. tapi alhamdulillah sempat kejar bas ke tokyo. ok cukup la dulu sembang osaka. next entry kita sembang pasal tokyo and fuji ye. daaaa..

1 comment:

Syed Hakim Syed Adnan said...

haihhhh bila lah boleh pergi travel macam abam ni syoknya tengok gambar

 

Copyright © 2013 | Helios Blog