MAGNIFICENT TERENGGANU ; TASIK KENYIR

1:33 PM


SALAM SEJAHTERA.


Nak bercuti luar negara tapi duit belum cukup? Meh kita tengok tempat percutian yang agak affordable dan dekat. Dalam Malaysia je. Sebuah negei di kawasan Pantai Timur Malaysia, Negeri Terengganu. Kalau korang taktaw, Terengganu ni banyak pulau dan tempat percutian yang cantik such as Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan juga Tasik Kenyir. so harini meh kita sembang pasal Tasik Kenyir.


Dari pembacaan TH, Tasik Kenyir merupakan tasik buatan yang terbesar di Asia Tenggara. tasik ni terbentuk akibat pembinaan empangan dan nak habaq luasnya Tasik Kenyir ni, dalam kawasan tasik ni terdapat dalam 360 gugusan pulau. BESAQ BAQ HANG!


Macam mana nak sampai sini? kalau dari KL transport paling senang is naik je bas. KL-Kuala Terengganu dan dari KT transfer ke Jeti Gawi. tak susah pon. ada lagi cara lain. naik flight turun KT and naik bas pon ada lagi route lain. yang dok cerita kat atas tu jalan yang TH guna lah ye. dari KT ke Pengkalan Gawi tu tak lama. sejam sajor!



Kami menginap di Petang Island Resort untuk trip kali ni. and dari jeti ni ke PIS tu just dalam 30-40 minit. tapi ikot itinerary, dari jeti, kami dibawa ke farm yang ada disana dulu. mula mula dibawa ke orkid farm. jakun sikit kat sini sebab lama tak tengok orkid and kat sini ada macam macam jenis orkid. dari yang senang berbunga sampai ke yang susah berbunga. orkid liar pon ada. orkind dari negara negara jiran pon ada. bawak mak mak ni kumfem lama kat sini!





habis melawat orkid farm, tetengah panaih lit lit tu, depa bawak kami pi melawat taman rama rama. hat ni dok rasa serupa jauk sikit la. rama rama cantik kemain. hat besaq dan hat manja pon ada.





habis butterfly farm, kami dok pi merenyih kat taman herba pulak. hat taman ni paling best sebab sini ada jalan yang batu batu refleksoligi tu. pulun semua dok bukak kasut jalan dari bawa naik ke atas ikot jalan ni. tengok segala herbs yang ada and last sekali dapat minum tongkat ali, kacip fatimah dengan mahkota dewa.

habis melawat tiga farm ni barulah kami dibawa ke tempat penginapan. and since takde ape dah aktiviti petang tu, kami pakat qada tidoq lah apa lagi. and bagun pon dah petang. sebelum tunggu diner, sempat lah berkayak dan berenang dalam tasik. dok rasa tak puas berenang sebab kena pakai safety jacket. nak bukak brader yang jaga tu tak bagi sebab dia cakap tasik tu memang dalam gila. takot jadi benda tak diingini je.





Malam tu just ada makan makan then tidoq. Esoknya pulak, aktiviti start dalam pukul 9 pagi. destinasi pertama is Jungle Trekking dalam kawasan Taman Negara dan terus ke Kelah Sacntuary. sebelum start trekking tu, singgah ke satupost untuk beli makanan ikan. kejap lagi nak bagi ikan kelah makan.Trekking tu paling best bila lalu jambatan gantung. panjang jugak la.





trekking dalam 40-60 minit, sampai ke Kelah Sanctuary. kat sana ikan kelah banyak gila. dan dilindungi. dan ikan kat situ manja semuanya. masuk dalam ayaq teruih depa mai peluk. haha. bayangkan air takat bulge, bila ikan mai. dia dok berhimpit kat celah tu. geli ah! hahahah.




 
habis sesi di kelah sanctuary, balik lunch di resort sebelum ke air terjun pulak. dah lupa apa nama air terjun tu. tapi cantik lah! ada jambatan gantung jugak kat sini pon.




 
habis mandi apa semua tu dah penat, baliklah berehat di resort. and malamnya lepas dinner ada sesi karaoke. haha standart lah kan kalau dah tadak benda nak buat. lepas cemuih dok karok, malam tu kebetulan langi clear dan banyak bintang, so TH ajak la diorang dok stargazing kat jeti dalam gelap. haaa masa dok amek gambaq dalam gelap ni, masa dok stargazing ni,dok rasa semacam dah. tapi malas nak layan. kejap kejap dok dengaq suara. pehtu kawan sorang tu dok rasa ada benda pegang kaki. haha. tapi kami tak kecoh la. just ajak yang lain balik. and malam tu siap lah depa bilik lain pulak pakat kena kacau. tapikan dalam hutan memang tampat dia. so tak heran sangat bebenda tu. haha. seram kot!



 
esoknya, dah setel semua aktiviti, kami kemas kemas dan checkout. sayang nk tinggal resort ni. cantik.

dari pemerhaian TH, tasik kenyir ni cantik, resort pon cantik tapi tulah takde penyelengaraan yang sepatutnya. banyak fasiliti sendu dan takleh guna. promosi pon kurang. difahamkan oleh pihak PIS, dulu seminggu sekali nak ada customer pon susah. sekarang ada lah jugak every weekend. for me, tempat cantik macamni perlukan lebih perhatian dan promosi. sebab tak nampak sangat pon visitor kat sini. masa kami ada kat sana, itu jelah pelawat yang ada situ. sendu jugak la even tempat ni cantik.



ITINERARY LOMBOK

4:20 PM



SALAM SEJAHTERA


dulu pernah dengar orang cakap "orang lombok ni jahat jahat". sebab ape? sebab ada kes cowok lombok larikan gadis malaysia bawak balik sana. tapi selagi tak pergi selagi tu taktaw kan macam mana keadaan di lombok. 







untuk pengetahuan, abam dah 2 kali pegi lombok and abam suka pegi sana. ok bebel banyak pon mesti korang malas nak baca kan. mai abam cerita itinerary seminggu di lombok dengan budget dalam RM600 ringgit.

untuk korang dapatkan seminggu di lombok dengan budget RM600, mari teliti itinerary lombok abam ni. sampai je di Lombok, abam memilih untuk ambil bas je ke hotel di senggigi. ye adik adik, di lombok, abam tak stay hostel sebab hotel sana pon dah cukup murah. kita cerita dalam matawang tempatan la ye. Indonesia Rupiah. dari bandara ke hotel di senggigi, tiket korang boleh amek kat balai ketibaan. harga murah je baru dalam Rp.35 ribu. perjalanan memakan masa hampir dua jam.

sampai di Hotel Bumi Aditya, abam menginap sana dua malam di bilik kipas. satu malam dalam Rp350 ribu untuk satu bilik. so abam pegi berdua. total dua malam untuk seorang is the same Rp350 ribu jugak. simple math je ni.jangan pening haha! 

heri pertama jelajah lombok, itinerary abam senang je. awal pagi kitorang deal dengan owner hotel, sewa skuter. sehari Rp60 ribu je abam dapat. so bahagi dua korang rasa? murah gila isnt it. untuk hari pertama ni kitorang jelajah lombok tengah dulu. and first stop is Sasak Sade Village.






Sasak Sade Village ni adalah satu perkampungan tradisional masyarakat asli di lombok. masuk adalah percuma tapi korang wajib amek tour guide. takde bayaran tapi korang kena bagi tips kat brader tu. untuk korang yang minat culture, boleh la masuk sini. kalau tak  minat, boleh skip.

setel cultural village ni, abam teruskan bawak skuter ke Tanak Beach dan Tanjung Aan. kat sini best sangat. pantai bersih. kalau korang nk tengok sunset, korang boleh naik ke Merese Hill dedekat situ jugak.




Tanak Beach






Tanjung Aan




Merese Hill 



habis jalan jalan area sini. dalam perjalanan balik abam singgah ke Kuta Beach. honestly kalau korang tak singgah pon takpe. pantai ni tak best.

the next day, awal pagi abam checkout dari hotel tu sebab nak ke Gili Trawangan yang super famous tu. dari hotel di senggigi ke jeti, dah alang alang deal dengan owner hotel, abam amek pakej sekali jalan je. transfer ke jeti dan harga boat untuk dua orang just Rp150 ribu. and bila dah sampai ke Gili Trawangan, kiotrang sewa satu bilik harga dalam Rp400 ribu untuk dua orang untuk dua malam. 

selesai checkin, terus abam keluar pegi sewa basikal Rp50 ribu seorang untuk satu hari. kitorang pon naik la jalan jalan kat keliling pulau tu. Trawangan kalau korang ronda naik basikal, dua jam dah setel.and disebabkan ada kena peras ugut kat sana plus abam rasa Trawangan tak lawa, kitorang checkout awal sehari dan balik ke senggigi. kira burn lah duit hotel untuk malam kedua di Trawangan. pakej balik boat dan transfer ke hotel adalah Rp100 ribu untuk seorang.



untuk baki  lagi tiga hari disana, abam menginap di Hotel Bumi Aditya jugak. satu malam di bilik aircond sebab bilik kipas dah habis. yang ni satu malam dalam Rp200 ribu. selesai checkin, kitorang jalan kaki je area senggigi tu. sebab senggigi pon ada banyak pantai cantik. kitorang jalan dalam 5KM ber-beach hopping. dari satu beach ke satu beach.





Senggigi Beach




Senggigi Reef





Pantai Pasir Hitam


habis seharian jalan jalan around senggigi, esoknya abam sewa skuter lagi untuk dua hari yang berbaki dengan harga Rp120 ribu untuk dua hari. so skuter dah ada, abam pon merempit jauh sikit la pegi ke air terjun Tiu Kelep dengan Sendeng Gile. jauh jugak la. perjalanan 2 jam nak sampai sana. tapi kalau korng ke lombok, tiu kelep adalah waterfall yang wajib korang pergi. and kat sana hati hati. sebab nak masuk tu kena bayar. nanti diorang akan cakap wajib amek tour guide. herga your guide boleh sampai Rp300 ribu. abam haritu berkeras tanak amek and diorang akur. just bayar entrance fee dalam Rp20 ribu sorang. murah kan? tanak amek tour guide tu bukan ape. jalan masuk ke waterfall tu takde lah semak macam diorang bagitaw. elok je jalan dibuat. and trekking dalam 30 menit je dah boleh sampai.




Sendeng Gile Waterfall





Tiu Kelep Waterfall





Tiu Kelep Waterfall


jauh tapi berbaloi baloi. balik tu cadang nak singgah Villa hantu pon abam skip sebab dah penat sangat main air kat tiu kelep tu. esok pulak, dah last day. abam merempit lagi tapi kali ni ke Pink Beach. jauh bangat! tapi berbaloi sebab pink beach pon lawa. sembang dengan local kat sana. diorang cakap pagi dengan petang adalah masa paling terbaik nk pegi pink beach sebab pasir dia akan nampak pink betol. tp kan korang jangan expect pantai tu pink macam air bandung taw. dia pink tapi pink lembut. haha!




Pink Beach


setel pink beach, abam dok fikir nak balik tido je sebab dah kebas bontot naik skuter ke pantai pink. so setakat ni, kalau ada orang nak ajak pegi lombok kali ketiga pon abam sanggup. lawa dan murah kat sana. meh tengok ringkasan bajet abam masa kat sana kat bawah ni.



a week in Lombok with budget less than RM600/pax. (exclude flight ticket)

1- Bus from Bandara to Senggigi : Rp35 ribu (1 pax)
2- Two nights hotel (bilik kipas) at Senggigi : Rp175 ribu (1 pax)
3- One day scooter rental : Rp30 ribu (1 pax)
4- One day petrol + scooter parking : Rp65 ribu (1 pax)
5- Shuttle + Ferry Ticket to Trawangan : Rp75 ribu (1 pax)
6- Two nights Homestay at Trawangan : Rp200 ribu (1 pax)
7- Bicycle rental at Trawangan : Rp50 ribu (1 pax)
8- Shuttle + Ferry ticket to Senggigi : Rp100 ribu (1 pax)
9-one night (aircond room) : Rp100 ribu (1pax)
10- another two nights hotel (bilik kipas) : Rp175 ribu (1pax)
11 - Two days scooter rental : Rp60 ribu (1 pax)
12- Petrol,Parking,Entrance fee for two days = Rp85 ribu (1 pax)
13- Airport Transfer from senggigi : Rp112.5 ribu (1 pax)
14- Souvenir + Makan (depends makan and beli ape)


so agak agak murah ke mahal? biasa je kan. percutian budget. kalau ada ape ape soalan jangan segan silu tanya kat abam. kat bottom blog ni ada form untuk korang isi or kontek je abam kat salah salu media social profile abam .take care!
 

KEMBARA JEPUN 11 HARI : BAJET RM 1888.67

4:53 PM









ok ni part paaaaaling last dalam entry trip abam ke jepun haritu. kita dah cerita semua tempat menarik dan mana yang korang boleh pegi, jom kita tengok breakdown abam sepanjang 11 hari di jepun. kat sini abam takkan sentuh harga tiket flight sebab harga tiket fligt ni lain lain. abam cerita yang essential je. duit belanja pon korang kira lah sendiri berapa banyak nak belanja tu korang punya pasal okay. please be advised yang bajet ni untuk sorang je.



PENGINAPAN


untuk penginapan, mostly penginapan kitorang masa kat sana tido hostel or sewa rumah thru aribnb je. sebab nak jimat bajet and kalau amek hotel pon bukan nak dok hotel sangat. nak jalan je siang. ye dak?

breakdown dia macam kat bawah ni :


1- Hostel di Tokyo 

 RM226.16 untuk dua malam.

jangan tanya kenapa harga dia a bit mahal. korang boleh pegi search Toco Hostel Tokyo. lagipon dekat tokyo kot. masuk akal lah harga macamtu for me


2- Hostel di Fujikawaguchiko 

 RM 80 satu malam

dekat sini pon best. hostel kitorang seminit je jalan kaki dari stesen bas fujikawaguchiko tu. and situ jugak dekat dengan kedai kedai makan. nak stay sini korang gugel koe's gurst house.


3- AirBnb di Osaka

RM 307.00 untuk lima malam

sini pon murah bangat. kalau lima malam harga macam tu, korang bahagi lah satu malam berapa abam  dapat. harga total up untuk 7 orang adalah dua ribu lebih. so bahagi dalat la harga atas. murah gila okay. 



PASSES AND TRANSPORTATION

 1- Willer Bus

RM 407.10 untuk dua hala (Osaka-Tokyo-Osaka)

abam amek keputusan amek willer bus dan bukan naik JR train sebab bas ni gerak malam. so dah jimat duit untuk penginapan. 


2- Passes sepanjang di Jepun

Osaka Amazing Pass (2 Days Pass) - RM 121.16
Kintetsu Rail Pass  (2 Days Pass) - RM 100.57
Tokyo Metro Pass (72 hour Pass) - RM 80.77
Kyoto Bus Pass (2 Days) - RM 40.39
Normal Train Ticket from Osaka to Arashiyama (Return Trip) - RM 46.85
Tokyo to Fuji Bus (Return Trip) - RM 141.35
Sagano Romantic Train (One Trip) - RM 26.25
Normal Train Ticket Kameoka to Arashiyama (One Trip) - RM 10.10
Sewa Basikal di Fuji (One Day) - RM 60.58
Normal Train Ticket ke Himeji and around (dah lupa actual kos) - RM 200.00
Entrance Fee Himeji Castle - RM 40.39



MISCELLANEOUS

Flight Ticket - RM 890 including luggage and meals (Return)
Travel Insurance - RM 30 (Kurnia Insurance)


Total basic kos abam kat jepun 11 hari exclude flight ticket and travel insurance is just RM 1888.67 je! sape cakap nak pegi jepun kena duit berkepuk. melainkan korang pegi memang nak shopping and makan macam  gajah. and kalau nak sum up semua untuk trip abam pegi sana pon tak sampai empat ribu pon! tu dah masuk makan and beli souvenir. nak kata makan ikat perut pon takde lah. makin gemok je abam balik malaysia haa and banyak kot makan kat sana. so tunggu ape lagi. jom autumn 2018 kita ke jepun lagi? eh!






maka, setel lah segmen trip ke jepun kali ni. please be advise yang nilai ringgit tu abam convert harini punya kadar tukaran (20 April 2017) , kadar tukaran harini agak mahal. masa abam pegi tu baru 38 lebih lebih je. harini dah 40.









untuk artikel trip jepun abam yang lain, klik je nama bandar bawah ni :

  1. Himeji
  2. Fujikawaguchiko
  3. Tokyo
  4. Osaka
  5. Kyoto
  6. Nara




SELAMAT MENGEMBARA!

ITINERARY HIMEJI - JAPAN TRIP

12:12 PM



Salam Sejahtera.

ok ni part paling last dalam trip jepun haritu. yelah. dah lama balik tapi tak habis habis lagi update kan? ok abam janji ni part last. haha!

untuk part ni, abam sempat ke Hyogo untuk melawat kawan kat Takasago dan melawat Himeji Castle. kebetulan pulak flight balik tu delay. dah alang alang, abam extend la sehari sebab nak pegi Hyogo. ekceli Hyogo ni atas lagi dari Kobe. 


In my case, abam dari Osaka, tak amek pape pass pon eventho ada je untuk himeji day pass or JR pass. sebab abam rasa tak berbaloi, so memang tak amek pon. dari Osaka Umeda, direct naik train to Takasago via Hankyu-Kobe Line terus stay on board pulak kat Kobekosoku Tetsudo pehtu stay on board lagi naik San-yo-Himeji Line. Perjalanan ambil masa sejam lebih dan fee dalam 1,700 Yen je. consider mahal sikit la. tapi takde la mahal sangat. 






why Himeji? ekceli dari sebelum pegi jepun pon abam dah nak pegi Himeji Castle ni sebab binaan dia cantik and castle ni pon antara salah satu world heritage yang ada kat jepun.kalua korang nak taw, Himeji ni antara castle kat jepun yang tak pernah musnah dalam perang atau pon disebabkan natural disaster.

abam bermalam di takasago, dan esok pagi tu baru keluar ke himeji nak melawat himeji castle dan himeji princess. entry masuk Himeji Castle ni mahal la sikit. but for me, its really worth it. Entry untuk masuk 1000 JPY je. ok la. tak mahal sangat. tak murah sangat.




Himeji Castle dari jauh.







selain tu , Himeji Castle jugak melalui proses baikpulih yang menyeluruh dan ditutup kepada pengunjug sepenuhnya selama bertahun tahun. Mula tahun 2015, castle ni siap dibaikpulih dan dibuka kepada pengunjung. ni pon salah satu sebab abam nak melawat castle ni.




kalau korang masuk sini, dia banyak tingkat. so untuk yang tak larat nak naik tangga tu kena gigih sikit la sebab dalam ni takde lif nak naik terus ke puncak. haha. tapi masuk dalam tu best gilak. rasa macam rumah zaman dahulu kala.





habis je main ronda ronda dalam castle ni, boleh la sambung jalan jalan kat garden dia dan sekeliling tu. tak lupa jugak, korang boleh bergambar FREE dengan himeji princess. haha muka putih lepong!





disebabkan kekangan masa, abam tak melawat seluruh himeji sangat. tapi takpe lah maybe next trip ke jepun, kita ronda himeji bagi puas. pehtu pegi kobe pulak.





ni la kawan abam yang bagi tumpang rumah dia masa kat hyogo haritu. nak kenal PM tepi haha. and kalau korang nak baca lagi pasal tempat menarik yang abam dah pegi kat jepun, korang boleh klik link bawah ni.

  1. Fujikawaguchiko
  2. Tokyo 
  3. Osaka
  4. Kyoto
  5. Nara
  6. Japan Trip

ok untuk next entry nanti abam akan tulis pasal budgeting pulak. ok jumpa lagi!
 

ITINERARY FUJIKAWAGUCHIKO - JAPAN TRIP

11:13 AM



here comes my favourite part of the trip. part melawat FUJIKAWAGUCHIKO! dari malaysia lagi dah eksaited nak datang sini sebab nak melawat cik fuji. dari tokyo, kitorang gerak pegi sini by bus je. naik bas dekat shijuku direct to kawaguchiko station. kalau nak cepat boleh je naik shinkansen. tapi abam on budget, so memang telan air liur jelah tengok orang lain naik shinkansen.


sebelum tu kalau korang nk baca entry sebelum ni checkout list bawah ni. klik je :

Nara Trip
Kyoto Trip
Osaka Trip
Tokyo Trip


ok jom start bercerita pasal fujikawaguchiko.







so dari shinjuku ke kawaguchiko by bus tu tak lama. dalam sejam lebih je. tak jauh pon. abam gerak petang, sampai kawaguchiko dalam pukul 7 malam then terus checkin di koe guest house. dari stesen kawaguchiko, jalan tak sampai 5 minit pon ke hostel tu. rujuk gambar atas. tu lah view dari pintu hostel kitorang.

keesokann harinya, abam bangun awal pagi sebab eksaited nak melawat cik fuji. tapi rasa sikit hampa la sebab bukak tingkap tengok cloudy. tapi lepas sarapan tetiba langit da cerah and nampak je cik fuji. haha. terus abam ajak semua travelmates makan cecepat and keluar.







kat sana, abam sewa basikal je. satu hari just 1.5k JPY. memang berbaloi. sebab nak pusing Lake Kawaguchi tu kalau by bus tak puas. so we decided to cycle je. kalau nak ikot brochure tu satu lake tu boleh complete cycle dalam masa 3 jam je. tapi kalau cycle nonstop je tak best kan? so kitorang habiskan masa almost 7 hours untuk pusing satu lake tu.







baru jalan tak sampai 10 minit dah stop. sebab nampak pokok daun yang bright red. jakun kot sebab tak pernah tengok daun merah macam ni masa autumn. kalau bawak basikal senang je nak stop. parking je memana asal tak kacau laluan orang. and pakcik pakcik kat situ pon tak kesah.








jalan sikit lagi, stop lagi. mana taknya. cantik sungguh lake tu tambah pulak hari yang abam ada kat sana tu memang langit clear. and cycle pon tak rasa penat or panas. sebab autumn kan agak sejuk. so cycle jauh pon rilek je. just haus jelah. haha







dalam 15-20 minit cycle, tetiba nampak cik fuji jelas depan mata. tuhan je taw betapa eksaitednya abam masa tu. terharu sangat. one of bucket list abam di japan dah tercapai. bukan ape. orang kabor cik fuji ni pemalu. susah sikit nak nampak dia dan crown putih dia tu. so that day was my lucky day. sepanjang perjalanan ronda lake kawaguchi tu, ada la museum, park and banyak tempat menarik. kalau korang minat, singgah jelah. ada art museum, ada music forest and dua tiga tempat lagi. tapi kalau nak singgah semua memang tak sempat la. abam just singgah satu park tu, lupa dah nama dia, untuk lunch dengan oishi park sebab nak tengok kochia.






gamba atas ni la park yang abam stop untuk lunch. takde kedai pon. tapi makan roti dengan air bekal yang dah bawak. punya bersih park tu, abam boleh gegolek je atas rumput sambil makan. habis makan abam sambung cycle lagi menuju ke oishi park. ape ada? kat situ macam taman bunga.







sebab utama abam nak sangat singgah oishi park tu sebab nak pegi tengok kochia. sebab nak pegi ke hitachi seaside park tu jauh sangat. so bila buat research tu, rupanya kat oishi park pon ada. memang pegi sana jelah. jimat masa, jimat duit. 








kalau nak taw, kochia ni adalah tumbuhan yang berubah warna ikot musim. and untuk musim luruh dia kaler merah. tapi masa abam kat oishi park tu, kochia dah start berubah warna ke coklat. menandakan end of hayat dia. tapi ada sikit warna merah tu dah good enough for me. another one of bucket list masa di jepun dah tertunai. haha! 







habis jalan jalan kat oishi park, abam sambung cycle lagi nak complete kan satu pusingan. and tetiba lapar lagi. haha! then stop la makan kat satu kedai area fujiya hotel tu. ada kedai fastfood japanese style. masuk kena order kat vending machine. tak faham sebab tak tulis english langsung. nasib la ada sorsang brader ni dia pandai cakap english, dia nampak abam macam meraba sangat terus dia dtg tolong. abam cakap la "i'm vegan, no meat, no pork" and dia pon paham and terus cadangakan abam makan set crocket. murah pon murah. banyak pon banyak. so abam order yang tu la. tapi nak ambil makanan pulak satu masalah lagi. sebab dia panggil nombor dalam japanese. haha nasib lah dah download google translate for offline usage. so translate jelah and dengar la sebutan dia macam mana. berjaya! haha rasa satu accomplishment sangat masa tu







lepas makan tu abam sambung cycle lagi sampai complete pusingan satu lake kawaguchi tu and balik ke hostel untuk ambil beg dan balik ke tokyo. abam dok kat sini satu hari satu malam je. to be honest, rasa tak berapa puas. so maybe next time datang sini, abam nak stay lama sikit and explore another part or this place. doakan abam ada rejeki ke sana lagi ye. 


 so untuk part fujikawaguchiko ni, maps abam cycle korang boleh tengok kat bawah ni. sampai sini je lah ye. and for sure abam nak repeat lagi! hahaha any pertanyaan korang boleh direct mesej abam kat instagram @taufiqhelios or kat twitter @taufiqhelios. chow!




gambar maps ni cilok dari google

ITINERARY TOKYO - JAPAN TRIP

5:41 PM




ayuh kita sambung cerita pasal jepun. kali ni abam nak cerita pasal tokyo pulak. sebenarnya malas nak cerita pasal tokyo ni. sebab tak best. sikit je tempat best. sebab tokyo kan bandar. so most orang pegi memang untuk shopping. abam pulak bukan jenis jakun nak bershopping kat luar negara. lelagi jepun. takde duit lah! haha!

ok dari osaka, abam gerak ke tokyo naik willer bus. amek night bus. tido dalam bas je. sebab nak jimat duit. lagipon kalau naki shinkansen mahal satu benda, nak kena cari penginapan pon satu benda bazir duit. baik tido dalam bas je. naik malam, esok pagi sampai. untuk tokyo, kitorang stay kat hostel. sebab ada kawan suggest sini. lawa dan hostel ni adalah rumah traditional jepun yang dijadikan hostel. nama dia toco hostel.


lepas checkin, kitorang tinggal barang dan terus keluar jenjalan around tokyo. destinasi pertama mestilah temple. ape lagi feymes kat jepun kalau bukan temple diorang yang cantik tu. abam pegi ke Senso-ji Temple. dari sini, boleh je nampak Tokyo Skytree dari jauh. dalam perjalanan nak ke Senso-ji tu, korang boleh lalu kat Nakamise street. kawasan shopping.





Senso-ji Temple dan Nakamise Street






amek berkat asap kat temple kot ni


habis jalan jalan kat senso-ji, kitorang sempat singgah makan kat kedai makan halal dedekat situ. lupa dah la apa nama kedai tu. terharu gila bila dapat makan ayam. rasa dah lama tak makan ayam sebab tak berani nak beli ikot suka sangat. kebanyakan masa kitorang makan seafood je kat jepun tu. habis makan kitorang slow slow jalan pegi tengok tokyo skytree. tapi tak pegi sampai bawah dia pon. cukup sekadar sampai bridge sana je. sebab kalau pegi sampai bawah bukan nak naik pon. mahal.





tokyo skytree.


habis je sini, dah nak gelap pon. kitorang pegi pulak area shibuya. ape ada sana? opkos la shibuya crossing dengan hachiko. ape tu hachiko? eh gugel sendiri lah kalua taktaw. haha!







the most busiest crossing. shibuya crossing


setel main crossing tu banyak kali, dah penat. balik tido. esok pulak kitorang jenjalan kat ueno park, imperial palace dan jalan tanpa arah. serius tokyo bosan doh. haha. and petang sikit pulak, kitorang balik ke shinjuku sebab nak naik bas ke fujikawaguchiko. satu hari di fujikawaguchiko, balik semula ke tokyo untuk last day di tokyo.









jakun dengan ginko tree masa otw nak pegi imperial palace

balik dari fujikawaguchiko, kitorang jalan jalan kat tsukiji market. haha sini abam rasa eksaited sikit sebab sini pasar ikan fresh. ada sashimi, ada makanan sedap.








tsukiji outer market



kalau kat tokyo, korang nak naik viewing deck free, pegi je kat bunyo civic centre. sini free and tak ramai orang. so korang boleh enjou the view. boleh nampak tokyo skytree dari atas ni.








view from bunkyo civic centre viewing deck

lepas tu pulak, kalau nak cari bagunan yang unik, korang boleh pegi ke nakagin capsule tower. asalnya bagunan ni dia mix residential and office , tapi dah lama takde sape tinggal kat sini. and katanya tak lama lagi nak dirobohkan dan nk buat bagunan baru




 nakagin capsule tower



selain tu, kalau korang minat gundam, korang boleh pegi ke dive city dekat odaiba. situ pon best nak jalan jalan. tapi tulah, katanya gundam tu diorang nk simpan dah march ni. so takde dah la gundam. nak ganti yang baru lambat lagi. pehtu pulak kat odaiba ada fuji tv punya bagunan. yang dalam cerita digimon tu. haha! sebijik oi.





 lady liberty kat odaiba




dah petang pon bila habis melawat odaiba ni. hahahah. rasa macam ringkas gila cerita pasal tokyo. maybe sebab not my cup of tea pehtu detail masa kat sana memang tak ingat pon. to be honest, abam rasa rugi spend masa lama kat tokyo. sebab tak minat sangat bandar. haha. sebelum tutup sesi kali ni, korang tengok la gambar tokyo tower kat bawah ni ye. any pertanyaan pegi je direct kat twitter abam @taufiqhelios or ig abam @taufiqhelios. see ya!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *