ITINERARY KYOTO - JAPAN TRIP

6:34 PM


bercinta hoi nak sambung next part ni.



ok marilah kita sambung bercerita pasal trip japan. haritu dah cerita pasal Nara. kali ni kita sembang pasal Kyoto pulak. trip Jepun ni kitorang spend dua hari di kyoto tapi masih menginap di osaka, sebab murah dan ada tren pass yang sangat jimat.

untuk hari pertama, memang bangun awal sebab nak ke kyoto tu naik tren sejam lebih dan destinasi pertama kitorang is fushimi inari. bangun awal sebab tak nak orang ramai dekat fushimi inari tu. nanti susah nak amek gambar tempat yang cantik tu. untuk trasportation first day ke kyoto ni kitorang still pakai kinetsu pass. sebab beli kintetsu pass untuk 2 hari dan boleh pakai sampai ke inari station. serius cakap, kalau nak ke fushimi inari, korang kena sampai awal. kalau tak mmg ramai akan ada sana.



 jalan menuju ke fushimi inari



sampai je stesen fushimi inari, keluar dari tren terus ke kiri. jalan je terus pehtu nanti jumpa street macam ni. dah dekat la tu dengan fushimi inari. sini kalau korang agak agak tak sempat sarapan, dont worry, ada je jual makanan. sedap sedap pulak tu. halal ke? ahh yang korang pegi beli pork tu sape suruh. ada je takoyaki, taiyaki semua ada. yang tu boleh je makan. dah setel makan, jalan lah dalam temple sana tu. cantik. banyak toori gate. fushimi inari memang feymes dengan toori gate yang banyak dan cantik tu. haaa sejarah fushimi inari ni korang boleh je gugel. malas nak tulis HAHAHAH!





main entrance untuk fushimi inari taisha temple

kalau nak pegi kat toori gate tu, korang kena mendaki sikit la. takde la teruk sangat mendaki tu. selalunya orang naik sikit je sampai hujung terowong toori gate yang kecik tu je. tapi kalau rajin korang boleh je terus naik atas. benda ni sampai atas bukit since temple ni memang kat kaki bukit pon. abamharitu naik takde lah sampai atas. tapi ok la. lajak jauh sikit dari tempat orang selalu pegi tu. tak ramai orang sangat.



toori gate

sikit tips la, kalau korang nk nampak tulisan macam ni masa amek gambar, kena menghadap belakang. sebab depan gate ni takde tulisan. belakang ada. haha paham kan? faham bagus.


ok setel fushimi inari taisha, kitorang gerak ke kyoto gosho (imperial palace) pulak. kyoto imperial palace dulu kena ada tour guide kalau nak masuk and kena book. tapi sekarang dah tak payah dah. so korang boleh terus naik bas and masuk je. oh lupa nak kabor, kat kyoto abam pakai bus pass je. sebab kat kyoto lagi mudah naik bas. bus pass dia 500 yen je sehari. murah nak mampos. haha! korang naik la bas sampai muntah.




kyoto gosho garden entrance gate


ok sambung balik pasal imperial palace. punya lah besar kyoto gosho ni sampai abam tak larat nak jalan. tu baru taman dia. tak masuk dalam lagi. dalam dia pon boleh tahan lah. masa ni langit da mendung haha! memang potong stim habis nak jenjalan bila nk hujan ni. so memang masuk alam tu tengok sikit sikit jelah.





kyoto imperial palace garden




gamba dalam kyoto imperial palace ni rasanya takde. sebab abam malas stop nak snap gamba. haha! so habis meronda dalam tu, abam nak ke nijo castle, tp otw nak pegi sana hujan mecurah curah. memang lebat. so memang whole petang tu kensel lah plan. kecuali pegi makan kat area gion kejap.


kat gion tu ingat nak geisha hunting tapi sebab baru habis hujan kot, sebab tu diorang tak keluar. malas tunggu, kitorang pegi yashaka shrine dulu sebeulm gerak ke nishiki market. yasaka shrine ni tak masuk pon dalam list nak pegi tapi alang alang ada sana, masuk jelah terus. shrine ni kalau tak silap abam baca memang akan bukak sampai malam pon.





cantik kan! haha


habis jenjalan kat yasaka shrine, kitorang terus gerak ke nishiki market. last destination untuk day one di kyoto. sini best sebab barang jual kat market ni murah jugak la. boleh tahan la kalau korang nk beli bahan masak jepun.

next! hari kedua pulak. pon kena bangun awal sebab tanak orang ramai kat sana ! ok untuk hari kedua ni sebab dah takde any pass, so abam pakai normal tiket dari osaka ke arashiyama bamboo groove, tak mahal pon. boleh la sebab perjalanan almost dua jam. dok ingat sampai kat arashiyama tu terus jumpa bamboo forest dia. rupanya kena jalan sikit then mendaki sikit. memang orang jepun ni suka lah dok mendaki mendaki ni. memang la sebab arashiyama pon dah merujuk kepada gunung arashi. haha! tapi memang tempat dia terbaik! tren dia pon beli tiket tak sampai ribu ribu yen. rasanya sehala dalam 500 yen lebih. oklah. return jadi seribu lah. tapi still murah la tu.




togetsukyo bridge


nanti on the way nak ke arashiyama bamboo forest ni, korang ada dua option, ada je bas direct diorang hantar naik sampai entrance or korang boleh jalan. abam pilihnak jalan sebab nak tengok togetsukyo bridge yang feymes ni. and pemandangan dari jambatan ni memang tak rugi lah bila kena jalan sikit. sebab cantik!


rasa lambat je nak sampai atas sana tu sebab banyak stop ambil gambaq. abam sendiri pon shoot produk client kat sana. dah orang nak bagi job amek jelah kan. haha! tapi kawasan dia meamng cantik and alhamdulillah pagi tu tak mendung. memang hati berbunga habis lah boleh shoot gambaq cantik





orang tak ramai. hoyeh!

habis shoot sampai berpeluh (padahal sejuk atas tu), kitorang nak pegi naik sagano romatic train pulak. kalau korang tanya abam berbaloi tak naik sagano romantic train tu, for me sangat tak berbaloi. dia kira macam tourist trap lah. sebab ape? sebab masa naik tren tu, diorang memang tak control crowd. even beli tiket awal pon nanti seat kena curi kand kondakter tren tu langsung tak jaga. tapi pemandangan dia ok la . not bad. haha!




sagano romantic train

habis romantic train tu, which is kitorang amek one way je, turun kat stesen kameoka, kawasan tu cantik gila. memang kampung habis. nak balik ke kyoto kitorang naik la JR one way dalam 250 yen lebih kurang.

nasihat kat korang la, kalau pegi kyoto tu pilih jelah tample yang korang nak masuk tu sebab abam saje la gedik nak masuk semua, atlast, bosan. so kinkakuji dengan daigo-ji abam tak masuk pon. tengok dari luar je lepas tu blah. HAHAHA yelah sebab da bosan. tapi sempat la masuk lorong lorong yang ada kat area sana. jalan jalan kat philosopher walk sekali.






philosopher walk

pehtu kan, korang kalau kat kyoto tu jalan jalan tetiba lapa, jangan risau, jepun ni penuh dengan kedai macma 7e tu. haa to be exact family mart yang malaysia tengh jakun baru masuk malaysia tu. pehtu ada jugak lawson. boleh je cari makan kat situ. pehtu pulak, kalau dedekat area shrine or temple pon banyak jugak kedai jual makanan. sape cakap susah cari makan kat jepun ni haha!


lepas tu abam tak ingat dah pegi menjalar kat mana sampai gelap. haha! yang ingat sebelum naik tren balik osaka, kitorang singgah kejap kat kyoto tower tu. bukan naik pon, tengok je dari bawah.







kyoto tower


ada soalan ke? kalau ada soalan korang rojer la abam kat twitter @taufiqhelios and kalau nak tengok gambar lagi yang japan trip ni bolehla follow instagram abam ‘taufiqhelios’ . fb? hmmm abam takde fb. haha! ok till next entry. kita cerita pasal osaka pulak yek!

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *