Sunday, November 13, 2016

JAPAN TRIP

 

Salam Sejahtera.

 

 

IMG_2945

 

 

Alhamdulillah setelah setahun dok counting days nak ke negara matahari terbit ni, so 26 Oct - 6 Nov haritu abam ada peluang nak ke sana. sebab ape dok tunggu setahun? trip sponsor ke? eh bukan lah. sebab abam beli tiket promo yang agak murah la. tapi tak murah sangat la ekceli selepas add luggage and makanan tapi still murah la. selain tiket promo, tunggu setahun tu sebab abam nak kejar daun merah. sebab tu tarikh nak pegi tu terpaksa tunggu setahun. tunggu sampai musim.

Trip kali ni alhamdulillah abam dapat cover banyak la jugak. untuk trip ni abam sempat ke Nara,Kyoto,Osaka,Tokyo,Fujikawaguchiko and Himeji. haa banyak tak? ok la kot. tapi ada tempat tak sempat pegi sebab hujan. bila dah banyak sangat tempat ni, nak cerita semua lah tapi abam bahagi posting ikot tempat lah ye. bajet? lekluuu yang tu kalau nak taw kena baca every posting lah. then posting last sekali baru kita sum up semua kos.

Flight naik AirAsia X je. yelah malaysian mana boleh hidup tanpa AirAsia kan! so i took round trip KUL-KIX-KUL. eh kenapa tak balik dari last city je? jawapan dia; IKOT SUKA LAH nak balik dari mana pon. sape punya trip tah. lagipon abam dapat harga base tiket yang murah.so pejam mata jelah. haha.

Sampai je kat Kansai Airport, keluar je arrival hall tu tetiba polis situ datang kat abam tanya sikit datang ke jepun dengan sape berapa ramai orang and yang paling best is dia amek nama penuh dengan no passport. taktaw lah kenapa. lantak lah asalkan dia tak kacau trip kitorang. lepas tu terus cari tourist information center kat airport tu. tak susah nak cari. dia kat arrival hall tu jugak. keluar dari gate arrival hall tu, pegi ke kanan. nanti nampak sebesar besar alam signboard dia. kat situ, boleh beli macam macam pass tapi kitorang just perlukan dua jenis pass je buat masa ni. beli 2 Days Osaka Amazing Pass (3000 JPY) dengan 2 Days Kintetsu Rail Pass (2500 JPY). untuk Kyoto kitorang beli kat Kyoto je nanti.

bila keluar je dari airport terus blurr menmasing. taktaw nak pegi osaka macam mana. kucar kacir jugak la tanya ticket kaunter. memula tanya kintetsu punya tiket kaunter tapi kena jalan jauh. last sekali pegi rujuk ke kaunter JR. rupanya rumah kitorang tu memang dekat gila dengan JR station. so kenalah amek tiket dari Kansai Airport, tukar di Tennoji Station untuk ke ke Stesen Ashiharabashi.

Untuk pengetahuan, for Nara, Kyoto dan Osaka, abam stay di Osaka dengan menyewa sebuah abam pegi 8 orang. so memang rumah tu boleh masuk 8 orang and ape lagi, book jelah untuk 5 malam. to total kos untuk penginapan tu dalam RM2,453 untuk 8 orang bagi 5 malam including cleaning fee and service fee. so bila breakdown satu malam sorang just RM61++ je. murah dan dekat je dengan stesten JR Ashiharabashi. just 5 minit berjalan.

Kenapa tak tidur di Kyoto and Nara? jawapannya adalah nak jimat kos and malas nak berangkut barang. sebab kawan kawan abam ni ada jugak yang bawak beg tarik. so kesian kat diorang lah nak pack, unpack, nak tarik lagej tu lagi kalau nak stay setakat satu malam je kat nara and dua malam je kat kyoto. tapi disadvantage bila stay kat osaka je is bila nak ke nara and kyoto, kena bangun awal sebab perjalnan dari osaka ke nara/kyoto adalah dalam sejam. kalau bangun lewat nanti nak pegi ke attraction orang dah ramai. tak best bila ramai sangat orang ni. tambah masa kitorang pegi ni pulak musim autumn. bila musim autumn, around pukul 5 petang dah gelap dah. dan pulak autumn ni banyak pelancong dari PRC and i hate them sebab selalu buat kecoh. IYKWIM. haha!

so rasanya posting kali ni yang ni dulu kot. lepas ni abam sambung lagi cerita NAra pulak. macam mana nak pergi dan mana je nak melawat kat Nara tu. okay? jumpa lagi!

6 comments:

Sunah Sakura said...

Rumah yang tradisional jepun tu ek? Nice murah camtu..

@taufiqhelios said...

bukan bukan. yg tu kat tokyo. nnti kita cerita bila smpai part tokyo hehe

ah.fuad said...

Pm itinery pls.. ah.fuad@gmail.com

Uncle Zuan said...

pi jepun ni memang koyak poket. tapi tu la, nak kena balik gak ke kampung halaman... ehhhh

@taufiqhelios said...

hahahaha ape lagi. marilah!

@taufiqhelios said...

nanti ye hehe

 

Copyright © 2013 | Helios Blog