Tuesday, November 15, 2016

JAPAN TRIP - NARA


Salam Sejahtera



Jom story city by city meh. Tempat pertama abam pegi masa kat jepun ni adalah Nara.







Untuk ke Nara, abam amek 2 Days Kintetsu Rail Pass. Bagi yang baca entry pengenalan abam yang lepas, pass ni harga dia dalam 2500 JPY. tak mahal mana pon. berbaloi la kot untuk dua hari dari beli regular ticket. dengan syarat, kena fully utilize lah.Untuk Nara, abam cover sehari je tapi beli 2 Days Kintetsu Pass sebab Pass ni boleh pakai sampai ke Kyoto untuk next day.

Ok cerita pasal Nara dulu. so sebab dari rumah abam malas nak bayar extra naik JR ke Osaka Namba, i decided to walk. tak jauh pon dari rumah ke Osaka Namba Station. dalam 15 minit je. dengan bantuan Google Maps Offline and Maps.me yang ada dalam fon ni. dedua apps tu leh pakai offline. so ikot je direction dia bagi. dari station Osaka Namba ambil line Kintetsu direct ke Nara Station. kalau korang nak taw, kat Osaka ni dia ada banyak jenis tren walaupun satu line.


Ape yang abam paham dia ada empat jenis. yang paling best is Limited Express (reserved seat) . untuk yang ni walaupun pakai pass, still kena topap cash untuk reserve seat. so nanti korang akan dapat slip nombor seat. ala ala dalam airasia tu. haha! next, Limited Express (non reserved). untuk yang ni dia laju. and just benti beberapa stesen besar je. so jimat la masa. next is Semi Express. yang ni dia benti banyak sikit dari LImited Express and yang paling slow is Local. dia akan benti semua stesen. so sebagai orang yang kejar masa, abam dari Osaka ke Nara amek Limited Express je. senang. tak payah serabut nak stop kat semua stesen. and perjalanan ke Nara mengambil masa almost sejam. kejap je pon.





Sampai je Nara, disebabkan masih awal pagi around 8 pagi, information centre tak bukak lagi. so kucar kacir lah kejap semak balik info yang ada dalam phone menmasing. nak cari direction nak pegi mana dulu. so kitorang decided redah je pegi ke Nobori Oji Street. and situ jugak dekat dengan Isui-en Garden and Yoshoki-en Garden. disebabkan nak masuk Isui-en Grden kena bayar arong 600 ke 900 JPY tah da lupa, then kitorang decided tak masuk and just masuk ke Yoshoki-en Garden sebab free! yes!! sape tak suke benda free kan.





kucing jepun haha!






Yoshiki-en Garden


Masuk je Yoshiki-en Garden tu, rasa tenang semacam je dalam tu. punya lah cantik kawasan dia. taman dia gila cantik. tapi masa kitorang pegi tu, ada private event untuk tea ceremony, so tak dapat la tengok. untie kat ticket booth tu kabor kalau takde private event, boleh je masuk dalam tu tengok. diorang ada tunjuk jugak.

Habis jalan jalan dalam Yoshiki-en Garden tu, kitorang gerak ke Todai-ji Temple. bak kata kawan abam, pegi amek berkat. haha! and sini pon sebab leka main dengan rusa, kitorang tak masuk pon dalam tu. tengok dari luar pon dah cukup. sape yang na masuk tu kena bayar 500JPY. tak mahal pon. kos dia bersamaan 4 onigiri kalau beli kat lawson. haha!





Todai-ji Temple



Next, jalan kaki ke Nigatsu-do Hall. sebelah Todai-ji Temple je. tapi kena mendaki sikit nak ke atas sana. sepanjang mendaki ke Nigatsu-do ni, kiri kanan bersepah rusa. macam kucing dah. jinak la jugak. masa kitorang pegi NIgatsu-do Hall tu, ada persembahan drum ke ape tah haaa gendang la kot. gendang jepun. terhibur lah jugak. best tengok bebudak tu main gendang. diorang habis perform, kitorang pun turun lah. takyah lelama pon takpe atas sana.




Nigatsu-do Hall Entrance





Kumi-daiko Performance


Habis situ, kami gerak ke Nara Park pulak. tapi bila tanya member semua, pegi nara park pon nak main rusa je and menmasing dah jemu main rusa kat Nigatsu-do tadi. so kitorang just pegi lepak depan Nara Museum je. having short brunch, lepak main daun merah and terus gerak ke Kasuga-taisha Shrine.



tempat ‘wudhuk’ di pintu masuk Kasuga-taisha Shrine

Nak masuk Kasuga-taisha Shrine ni pon boleh tahan jauh jugak kena jalan dari main entrance dia. and sepanjang jalan nak naik pon ada lagi rusa. so kat mana mana pon ada rusa kalau kat nara ni. sampai tahap kami dah jemu lah melayan rusa. haha. jalan jalan sikit tengok temple tu and kitorang turun balik pegi ke Kofukiji Temple.




inside Kasuga-taisha Shrine

to be honest, time ni menmasing dah lembik sebab lapar. plus dah jemu berjalan melawat temple plus dah sakit kaki. haha. habis melawat Kofukuji, kitorang pegi balik ke Nara Station untuk cari makan dan berehat.





Kofukuji Nan'endō (Octagonal Hall)




Kofukuji Gojū-no-tō (Pagoda)  

Semua tempat yang abam cerita kat atas tu setengah hari dah setel sebab pagi kitorang start awal. lepas dah setel lunch (dibaca makan onigiri dibeli di lawson), kitorang pon gerak nak jenjalan area Naramachi pulak.




strolling around Naramachi Old Town


Naramachi ni ekceli satu kawasan street yang best. taktaw nk describe macam mana. sebab tempat ni tak masuk dalam list kitorang pon. jalan jalan kat area shopping street, ada satu kedai mochi yang sedap, ada jugak dalam area Naramachi tu museum of housing ke ape tah. serius abam lupe. haha. lepas tu ada Gangoji TRemple. yang ni tak sempat masuk sebab sampai depan pintu masuk tu dah pukul 4.30 petang. diorang dah tutup pon.

to sum up, untuk Nara, semua yang atas tu yang abam cerita tu lah tetempat yang abam cover. ada soalan pegi tanya kat twitter abam @taufiqhelios or pesbuk abam : taufiq helios. geddit? next entry kita cerita pasal Kyoto pulak kay!

5 comments:

Uncle Zuan said...

fulamak! nangis aku tengok gambar kat jepun ni. terasa nostaliga. seperti aku memang asal dari jepun hahaha..

nice bro.

tahun depan inshAllah aku ke tokyo. adeh dok kumpul duit ni

@taufiqhelios said...

haha jom pi sekali lagi. nak cover bahagian lain pulak

Sunah Sakura said...

Best best! Benda yang tak plan dalam list tu la yang jadi penambah perisa..tapi macam zuan cakap dalam entri sebelum ni..memang koyak poket kalo pergi jepun ni..hahaha..bulan 3 taun depan insya'Allah nak g osaka..tengah kumpul duit dan berjimat cermat jugak ni..😂

@taufiqhelios said...

the truth is. tak perlu banyak duit sangat pon kat sana kalau pandai berjimat. penginapan leh cari yg murah. banyak. makan tu kena bajet. xyah makan mewah sgt. sekali sekala je shud be okay

Anonymous said...

Mohon satu post exclusive berkenaan beg baru sahaja :P

 

Copyright © 2013 | Helios Blog