Pulau Perhentian ; Hiking

10:55 PM

 

 

Salam Sejahtera

 

pergi pulau mesti cerita pasal snorkeling. bosannyaa. haha. selain dari diving dan snorkeling, korang boleh jugak hiking kat perhentian ni. small hiking je. tak tinggi pon. tu pon hiking sebab nk tengok kincir angin atas bukit tu je.

 

kalau korang dari coral bay, dekat tepi ombak resort tu ada jalan kecik nak ke long beach yang maha semak tu. bila dah sampai kat hujung jalan tu, korang mengadap laut, pegi ke kiri and nnti ada lah signage naik ke windmill. naik je. hiking sikit dalam 20-30 minit. dah sampai.

 

Photo 21-05-2016, 10 40 16

 

kejap je sampai lah atas tu. serius rasa best sebab bila naik atas tu pemandangan dia cantik bangat. pehtu kalau korang rajin, turun lah kat the other side tu. ada macam jeti usang. ada tangga pon dah reput. i dont know why diorang dah tak repair tangga tu. tapi seriuslah laut sebelah sana cantik.

 

 

IMG_9407

kat puncak lepas hiking kat small island perhentian.

 

tapi tulah. sedih la tengok atas tu. dah la takde penjagaan, siap buang sampah merata rata lagi. malu kejap bila haritu ada geng omputeh bawak plastik sampah besar pegi kutip sampah2 yang orang lain buang kat atas tu.

 

IMG_9461

ni lah tangga cantik tu. tapi dah usang sbb takde penjagaan dan pembaikan

 

 

IMG20160521120025

nampak tak tangga karat siap besi tu dah mereput.

 

haa bila korang dah turun sampai bawah sekali tu, ada lah jeti usang. kat situ dah la air cantik. berenang pon best. so ape lagi, fiq pon terjun lah situ. haha! rasa best kejap sebab lama tak terjun laut. tapikan dah penat mandi tu, nk balik malas nk panjat dah. so ada pakcik sorang tu tunggu situ. water taxi. boleh lah. dia mintak satu kepala RM10. tapi memandangkan kitorang ni cheapskate, nego lagi. so boleh la dalam 4 orang, dia mintak RM30 je.

 

IMG20160521121710

 

IMG20160521121733

 

 

so bila balik dari situ, kitorang pon borak la dengan uncle owner maya chalet. dia geleng kepala sebab dia cakap kat situ ramai orang mati. idk dia saje nk takutkan ke or memang betol tapi sah sah la kitorang tak repeat dah terjun situ walaupun memang ada niat nk repeat pegi sana. ape pon, seronok lah. selain snorkel ape semua tu, dapat hiking walau sikit je. lagi satu, korang leh trekking satu pulau perhentian kecil kot kalau pegi sana. macam mana? tunggu la next entry fiq cerita pasal tu pulak. kbye!

2 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *