Saturday, June 11, 2016

Pulau Perhentian ; Bajet

 

Salam Sejahtera.

 

dah jadi trend sekarang rakyat malaysia pakat pakat pegi bercuti tak kira masa dan tempat. tapi sebab ekonomi tengah tak betul sangat ni, ramai memilih deatinasi dalam negara. ok saya pon macam tu la jugak. selain berjimat cermat, sape cakap destinasi dalam negara tak best? best lah.

 

sebulan yang lepas saya berpeluang melawat ke pualu perhentian untuk kali kedua. kali pertama haritu stay kat big island. and kali ni stay di small island or perhentian kecil. for those yang kurang jelas tu, Pulau Perhentian terletak di Terengganu. kalau naik flight, sila turun di airport kota bharu sebab lagi dekat untuk amek teksi or bas ke jeti Kuala Besut. kalau naik Bas, boleh direct turun di Kuala Besut. and jeti kuala besut tu just 5 minit dari stesen bas.

 

Photo 21-05-2016, 11 51 15

 

as for pulau perhentian, terbahagi kepada dua pulau. Perhentian Besar ; kurang orang dan more private dan sangat sesuai untuk famili vacation sebab tak semak dengan manusia. tapi malam dia memang sunyi af lah. satu lagi Perhentian Kecil ; more lively. banyak kedai, hiburan dan party. biasanya orang yang mencari hiburan or tempat happening akan stay sini lah.

 

so macam mana pulak bajet kalau ke sini? saya hanya habis around RM350 je nak kesini. (3 Hari 2 Malam) sebab ada kawan. so suruh dia setelkan. pakej penginapan di chalet murah plus makan plus pakej snorkeling, all in just dalam RM250. another RM150? bas dari TBS ke Kuala Besut for round trip baru dalam 90. and selebihnya tu ada la conservation fee RM5 and kot nak minum minum dan beli souvenir. murah kan?

 

selain tu boleh jugak kalau tanak amek pakej. pegi je walk in ke sana. harga tiket bot round trip dari jeti ke pulau dan ke jeti balik, korang boleh dapat dalam RM50-60. kena pandai deal lah. then walk in je kat chalet kat sana tu. habis nak jimat. rent khemah je. boleh dapat dalam RM30 satu malam. siap ada campsite lagi.

 

so aktivi kat sana? nantilah next entry saya cerita lanjut ye. hehe.

No comments:

 

Copyright © 2013 | Helios Blog