Wednesday, February 17, 2016

TRAVELLING SIAM REAP

 

Salam Sejahtera

 

dah lama rasanya tak menulis. sebab malas dan semenjak musim travel 2015 dah habis. so tahun ni abam tak banyak pon travel ke luar negara (semenjak ringgit jatuh teruk).

 

dalam Januari yang lepas baru baru ni, alhamdulillah abam ada kesempatan melawat ke Siem Reap, Cambodia dari 24 hingga 27 Januari. tak lama pon. pegi sebab nak tengok Angkor Wat.

bajet? abam pegi sana bajet tak banyak pon. bila kira balik semua pegi sana selama 4 hari, total takde lah sampai 1k pon. termasuk tiket penerbangan, penginapan, tuktuk dan segala perbelanjaan lain. hahah ye ekceli boleh jimat lagi.

 

Sampai je kat airport siem reap, abam dijemput oleh brader Nasri. dari malaysia abam dah kontek dia deal untuk hire dia as my driver sepanjang abam kat siem reap sana. harga dia bagi berbaloi lah. USD45 untuk satu tuktuk selama 4 hari. bukan tanak naik public, tapi abam malas nk fikir. and kali ni pergi berdua, so harga tuktuk dah boleh kongsi dua orang.

 

hari pertama kat sana, nothing much, just suruh nasri bawak kitorang jalan jalan sekitar bandar siam reap, melawat sikit temple yang berdekatan dan jugak independent square. malam? tido awal. sebab esoknya nak bangun awal masuk ke angkor wat nak tengok sunrise.

 

Photo 24-01-2016, 10 25 28

 

 

esoknya seawal 4 pagi dah bangun. nak tengok sunrise, dalam 5.00 pagi dah kena gerak. dari tempat kitorang stay tu, nak ke angkor wat dalam 30 minit. fee untuk masuk angkor tak mahal, USD20 je untuk satu hari. nanti kat ticketing booth korang kena amek gambar sebab dekat tiket tu akan print sekali gambar kita. cool eh? hahaha

 

 

Photo 25-01-2016, 10 33 57

tiket masuk ke angkor.

 

 

sedikit tips: pada yang gigih konon nak tengok sunrise kat angkor wat tu, abang cadangkan tak payah eksaited sangat. takde la lawa mana pon sunrise kat situ. sunrise dari balkoni rumah abam lagi cantik. ekceli angkor wat tu adalah. salah satu dari berpuluh2 temple ynag ada dalam sana. angkor sendiri adalah semuah kota lama. penuh dengan bangunan yang binaan dia pada abam cukup lawa. tapi, kalau korang pegi awal, dapat la naik puncak angkor wat tu. nak naik tu kena mendaki macam batu caves just lagi curam. and atas sana pon macam lawa jugak la. and tangga naik dibuka dari 7.45 pagi sampai 5.15 petang je.

 

 

IMG_1208

in front of angkor wat.

 

 

IMG_1285

tangga menuju ke puncak angkor wat.

 

 

IMG_1297

curam kan?

 

 

IMG_1232

dalam angkor wat

 

 

IMG_1400

inside angkor wat

 

 

ok habis angkor wat, kitorang gerak lagi masuk dalam. ke angkor tom city. ni lah baru banyak tample kat dalam tu. ada Bayon, Elephant Tarrace, Ta Promh dan segala jenis old monument lagi lah.

 

 

IMG_1491

entance to angkor tom city.

 

 

IMG_1499

the bayon.

 

 

IMG_1558

terrace of the elephant

 

kalau korang nak taw, the bayon tu tempat dia takde la besar mana, sempit sikit kalau nk dibandingkan dengan angkor wat and terrace of the elephant tu saaaaangat besar. kalau ikot pembacaan abam dan jugak dari yang diceritakan oleh driver, terrace of elephant ni dinamakan macam tu sebab dari sini lah raja diorang lepak lepak main laga gajah. hebat orang dulu. ape barang laga ayam. laga gajah terus. haha!

 

 

IMG_1612

ape tah nama tempat ni. berhenti amek gambar je. hahahah

 

 

siap explore terrace of elephant yang besar tu, abam pegi pulak melawat ta promh. sinilah kuil paling feymes kalau dalam angkor ni. sebab diorang penah datang shooting movie tomb raider kat sini. tapi kondisi kebanyakan bagunan dalam angkor dah banyak tak elok. dan projek pemulihan giat dijalankan.

 

 

IMG_1619

inside ta promh

 

habis melawat ta promh tu, kiotrang gagahkan diri melawat satu lagi temple (lupa nama) and lepas tu dah tak larat. baru 6 temple dah sekerat hari and dah flat. dengan panas dia. lepas tu dah lapa terus ajak nasri bawak kitrang balik and pegi makan.

 

sepanjang di siem reap, kiotrang stay di hak’s house. murah dan bersih. lagipon dekat dengan perkampungan muslim. senang sikit nak dapat makanan halal. kalau korang pegi siem reap, make sure korang try makanan yang bertajuk “fish in pond” , “lembu naik bukit” and “fish a mok” . makanan autentik kemboja. sedap pon sedap.

 

 

next day, kiotorang melawat ke war museum dan jugak killing field. paling best bila melawat ke war museum is, ada sorang uncle bekas askar kat situ, dia bercerita pengalaman masa dia berperang. habis ditunjuk kesan dia kena tembak, kaki dia kudung terkena periuk api and semua pengalaman kesusahan waktu perang dulu. best kot dengar bebenda macam tu. fee nak masuk war museum tu just USD5 je. berbaloi lah. siap korang boleh main bazooka lagi.

 

 

IMG_1764

 

 

oh! selain dari tempat2 yang abam cerita kat atas tu, abam ada jugak pegi artisan centre. tempat diorang buat kraft. menarik tengok. pegi try coffee diorang. lilin wangi dan jugak pegi ke pusat pemprosesan sutera. boleh main dengan ulat sutera. yang ni semua free of charge entry dia. rasanya tu je kot yang abam nak cerita. nak taw lanjut leh la PM abam kat twitter : @taufiqhelios and ouh! tak lupa, meh la tengok travel video yang abam buat sepanjang kat sana. kat bawah ni ye.

 

https://www.youtube.com/watch?v=QkEXo2dUrxA

No comments:

 

Copyright © 2013 | Helios Blog