Tuesday, February 24, 2015

TRAVEL 101

 

 

Salam Sejahtera.

 

 

IMG_3039

 

 

i just cant sleep tonight. so i decided to update my blog with a basic travelling/backpacking guide. please be noted that this is based on my experience. i dont know should i name this entry with “travel” or “backpacking”. naahh i dont care much bout this entry’s title. haaa cakap omputeh pulak kan.

 

biasalah, sekarang kalau nak ditengok trend sekarang, rakyat malaysia dah ramai yang suka travel/backpacking ke negara asing. tak kira lah ke negara jiran ke, around asean ke, europe ke. banyak je rakyat malaysia. tapi agak sedih bila adayang nak travel, tapi malas buat research. semua nak makan suap je. so mari kita bincangkan ape sepatutnya anda buat kalau nak travel ni.

 

 

IMG_6159

 

 

PERTAMA ; CARI TEMPAT – yang ni lebih kurang kita plan nak kemana.tengok minat, nk cari apa. sebagai contoh, maybe yang suka architecture, kalau pergi europe tu maybe boleh ke paris, budapest, rome dan sebagainya. kalau suka nature, maybe ke lombok, medan dan kawasan sewaktu dengannya. so takde lah nak keluarkan statement bodoh “hye guys, saya ada bajet 10k, ada cadangan tak saya nak jalan jalan ke mana?” yaa..sangat bodoh ya soalan yang diajukan ni.

 

KEDUA ; PLAN TARIKH – part ni paling senang. merancang tarikh bila nak pergi. takkan yang ni pon nak kena ajar kan? haha! tengok la, nak jenjalan time weekend ke, weekdays ke, cuti sekolah ke. as for me, tak suka pergi bercuti time cuti sekolah. sebab mesti sesak dan harga mesti mahal. kalau luar negara yang ada 4 iklim, saya tak suka time winter. sejuk dan hari biasanya cepat gelap. suka jalan jalan time summer or musim bunga. mengikut pengalaman, summer haritu kat europe, siang lama. so banyak boleh ambil gambar. sedikit tips, biasanya kalau naik airlines, tiket untuk musim cuti/perayaan or weekend, akan sedikit mahal. so tepuk poket tanya duit anda.

 

KETIGA ; PLAN ITINERARY – so bila dah ada tempat, ada tarikh, korang dah boleh start plan iti korang. contohnya, kalau pergi ke kemboja, mana je korang nak pergi, nk stay hotel aje ke, nk pegi makam ke. dan carilah route contohnya dari airport nak ke hotel kena naik ape. dari hotel nak ke attraction nak naik ape. kena book tak kenderaan tu.

 

KEEMPAT ; PLAN NAK NAIK APE – bila dah ada iti semua tu, dan dah tahu route dia macam mana, start lah planning nak naik ape. dari malaysia nak naik ape, lepas tu contohnya kalau ke paris, nk gerak dalam bandar dia tu nak naik ape. kalau nak ke negara jiran nak naik ape. sesuai dengan bajet anda. sebab biasanya ada option.

 

KELIMA; PLAN BAJET – bila dah tahu semua yang diatas, start lah plan bajet anda. dari malaysia contohnya nak naik MAS ke Air Asia, inland transportation nk naik metro ke, bas ke. dari satu negara ke satu negara nak naik flight ke naik train je. berapa agak agak belanja yang nak digunakan. makan minum, hotel, berfoya foya, souvenir, brang orang pesan lagi. masukkan dan dapatkan bajet keseluruhan. mampu tak? kalau nk kurangkan lagi perbelanjaan maybe boleh guna alternatif yang lagi murah. contohnya instead of tido hotel, maka boleh la tido hostel. macam tu lah.

 

KEENAM ; BELI IN ADVANCE – yang ni selalu saya buat. selalunya tiket penerbangan ni, macam MAS or AA diorang sellau buat promo. so rancang lah tarikh anda bebetol. ada promo terus grab. beli je dulu, lepas beli baru fikir ape nak buat. and contohlah korang punya trip dah kumfem, haaa..hostel, inland transportation tu adalah baiknya beli je online kalau boleh online sebab selalunya walkin punya pembelian dia mahal sikit.

 

KETUJUH ; RAJIN CARI INFO SENDIRI -  yang ni yang paling penting. ada setengah manusia ni dia malas. dia lagi suka pergi tanya “saya nak ke bla bla..ape saya nak buat? berapa bajet agak agak? cemana nk pergi sana? ape best sana?” ohhhh come on bitch. sepatutnya perkara pertama kalau dah decided nak jenjalan, kau kena lah cari info sebanyaknya dulu. hadam semua dulu. dah rasa buntu sangat barulah mintak tolong dapatkan info dari orang lain pulak. ni dah la kononnya nk menunjuk nak pergi melancong, tapi pemalas nk buat homework. sedihnya kehidupan kau. eh! emo pulak haha!

 

 

IMG_1947

 

 

ekceli banyak lagi tips. tapi yang ni je yang saya teringat untuk berkongsi. ah lagi satu, korang tahu tak, kalau possible, tak payah lah cari travel agent melainkan kalau nk sampai tempat tu kena ikot agent aje. sebab ape? rugi dah satu. harga dia mesti agak mahal. sebab agent nk untung jugak maaa..dia bukan nk buat charity kat kau! haha! so rasa rasa ada dah kan basic? ada lagi ke tips? kongsi kat ruang komen bawah ni ye. – 01.30AM, 24FEB15

11 comments:

Anonymous said...

ada perkara yang kadang-kadang kita tak tau kenapa, tapi bila pikir & ingat balik, ada sebab dan rahmat di sebaliknya..
#keepCalmGoTravel
#SharingIsCaring
#worldpeace

cikjan said...

hehehe... nice info.
memang kalau nk pergi semua nak kena buat research. paling rasa tak keruan bab tiket flight.. selalu doa dapat murah :D

@taufiqhelios said...

indeed

@taufiqhelios said...

tix tu kena rajin2 cek hahah. ada terus beli

Muhammad Khairuddin Lim said...

salam kenal....selamat berblogging..

Aku Penghibur said...

thanks for info bro

moi chan said...

For me... Beli tiket awal paling penting. Planning2 pun tak beli tiket. Tak jadi jugak last2. So, selalu check Airlines website. Check promo. Jumpa murah, terus grab. Tak tanya kawan dah. Lepas beli. Baru pk nak buat apa, route kat sana segala bagai. Tapi bila beli tiket tu. Nak stay berapa lama. Biasanya i google tengok recomended days kat situ. Kang pegi lombok je. Sampai berbulan2. Buat apa.

@taufiqhelios said...

selamat jugaaa

@taufiqhelios said...

sama samaaaa

@taufiqhelios said...

hahaha yup. betol jugak tu

Fatimah Hamirdin said...

Terbaik. Thanks for sharing. Penat jugak nak menjawab bila orang tanya "nak pegi mana dgn bajet sekian sekian" haih

 

Copyright © 2013 | Helios Blog