KEMBARA EROPAH : UK-LONDON

12:20 PM

 

 

 

SALAM SEJAHTERA

 

 

nampaknya sangat bz dengan kehidupan. tak sempat update sangat lagi. tapi takpe. jom kali nak share lagi my europe trip. last destination, UK-LONDON. untuk part ni, kitorang banyak jalan kat central london dan luar sikit sikit sampai ke Greenwich.

 

ceritanya, lepas dah penat jalan-jalan kat Amsterdam, bermalam di airport. oh sungguh azab sebab ni my first time ever bermalam di ariport. ya! Schiphol Airport. flight esoknya pukul 8 pagi. so selesai checking, kami terbang dari amsterdam ke London. dan turun di London Gatwick. dari gatwick, nak ke bayswater, kitorang amek tube je. london senang nak jenajalan sebab jaringan tube dia sangat best. turun di bayswater sebab penginapan kitorang dedekat hyde park. dekat gila dengan malaysian hall yang orang cerita kafe dia tuh best sangat tu,

 

 

Photo 15-6-14 22 41 35

gambar pertama diambil sejurus sampai di UK. ok jakun

 

 

as mentioned earlier, kat sana kitorang gerak dengan tube je. kalau sana, tube dia macam malaysia, just lagi canggih dan efisyen. kat sana pakai oyster card. macam touch and go la ka malaysia ni. tapi dia ada capping. contohnya, kalau dalam sehari tu korang just travel dalam zone 1-3, so max diorang akan caj is just around GBP 7 lebih kurang. lepas dah sampai 7 pound tu, kalau korang still main naik turun kat stesen dalam zone 1-3 tu, diorang takkan caj. kalau korang keluar zone, capping dia akan naik sikit la.tapi still after dah sampai capping tu, dia takkan caj dah. lagi canggih kan? kalau lah malaysia punya sistem macam ni kan best. ni dah la sistem suam suam kuku, tambang mahal, selalu delay urghh.. haha!

 

nak cerita ikot hari memang dah lupa lah. so cerita ikot tempat jelah ye. antara yang feymes bila pergi london ni, is pegi tengok change of guards kat Buckingham Palace. alhamdulillah, rezeki bila pegi sana, kali ni change of guard ni diorang buat besar-besaran. katanya dah beberapa ratus tahun xbuat cenggini. siap perarakan dengan pakaian lengkap.

 

 

DCIM\100GOPRO

ramainya ummat. tapi turn out tempat memula ni silap. so tuka.

 

 

Photo 16-6-14 18 21 15

this is what I’m talkin about. pakai seragam lengkap siap ada yang skirt tu.

 

 

done, lepas tu kitorang jenjalan around london central. pegi melawat big ben, eyes of london, dan sekitarnya. by train aje. cuaca tak panas. best.

 

 

DCIM\100GOPRO

big ben.

 

 

Photo 16-6-14 19 25 20

eye of london

 

 

tetiba bila dah jalan jalan sana, kitorang decide to naik cruise menyusuri sungai thames. lagi satu, time naik cruise tu, london tower bridge yang diorang kata dah bertahun tak pernah bukak, kali tu akan dibuka. best gile tengok tu!

 

 

Photo 16-6-14 21 03 28

 

 

 

kami amek route dari situ dan turun di greenwich. tak ramai yang nak pergi ke greenwich. kitorang memang dalam  plan nak ke greenwich sebab nak melawat 0’ greenwich tu.. kitorang naik sampai atas bukit tu, tapi tak masuk pon dalam Royal Greenwich Observatory tu sebab malas. tengok dari luar je. tak amek gamba kat dalam pon. sebab kena bayar 7 pound kalau tak silap.

 

 

DCIM\100GOPRO

sun dial sebelum mendaki ke royal observatory.

 

 

Photo 16-6-14 22 47 47

kat university yang kat greenwich tu. sini lah yang thor berlakon tu.

 

balik kitorang tak naik cruise, tapi amek tube. yang ni zone 4 ke berapa tah. tapi lantak lah sbb still murah tambang dia. sebelum naik tube tu, kitorang sempat ke O2 theater and naik cable car. kalau kat situ diorang panggil emirates air ke ape tah. dekat emirates greenwich peninsular punya station.

 

 

Photo 17-6-14 0 57 11

 

 

 

selain tu kitorang jalan jugak kat exford street, area shopping diorang. kalaunak shopping barang murah, pegi lah primax. semua murah. harrods tu lalu depan je sebab segan nak masuk sebab macam mahal sangat haha!

 

 

Photo 16-6-14 16 22 27 harrods.

 

 

next! pergi ke Abbey Road. situ lah ada famous crossing yang kumpulan beatles punya tu. punya gigih mencari sampai salah stesen pehtu siap kena jalan jauh. nasib baik lah cuaca tak panas.

 

 

 

DCIM\100GOPRO

punya keluar awal, tetiba lapar, berhenti brunch kat café dedekat abbey road.

 

 

Photo 17-6-14 18 20 01

tadaa! ada macam beatles tak?

 

 

lagi? kat mana lagi nk jalan kalau london? kitorang masuk jugak madame tussauds. sini macam wax museum lah. penuh dgn patung lilin artis je. not really my thing. except part last. ada naik kereta dalam tu dengan ada movie untuk ending journey. selain tu, pegi jugak ke emirates stadium. nk amek gamba je konon fans arsenal. padahal saya tak suka tengok bola. haha!

 

 

Photo 17-6-14 23 51 12 

 

 

sikit tips lah. kalau korang yang nk pegi shopping kat london tu. area oxford street tu rasa dah ok. sebab kitorang pegi jugak ke bicester village tuh. kalau kat malaysia ni nama dia Johor Premium Outlets lah. for me, kat situ langsung tak best. barang dia banyak tak best. lagipon nk pegi sana dari london kemain jauh. so tak pergi pon takpe.

 

 

DCIM\100GOPRO

 

 

more photos? click link below :

http://on.fb.me/1zSHkn4

 

p/s ; any enquiry on travel? tweet me at @taufiqhelios or email me at fiqman@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *