Monday, October 13, 2014

KEMBARA EROPAH ; AMSTERDAM

 

 

 

Salam Sejahtera

 

 

 

 

lepas penat jelajah paris, kami naik bas dari paris ke amsterdam. lalu brussels.dalam 7 jam perjalanan naik megabus. sesuai sangat kalau nak save budget kalau nak travel eropah dengan naik megabus ni. kalau tak silap dapat harga 20 euro. nak kata selesa tu, boleh lah.

 

 

 

first gambar di bumi amsterdam.

 

 

sampai di amsterdam dalam pukul 7 pagi kalau tak silap. gila sejuk kot amsterdam time tu walaupun musim panas. tambah dengan langit awan tebal dan tiupan angin sepoi bahasa. memaksa kitorang selongkar backpack nak cari baju yang agak tebal. sementara tunggu tren nak ke amsterdam central, sempat lagi amek gambar. to be honest memula sampai situ tak tahu nak pegi mana sebab takdak sebarang papan tanda. just ikot orang je. tren sampai terus naik. rupanya unlimited pass untuk 1 day transportation diorang boleh beli direct atas tren aje. so jangan risau. dah naik ke amsterdaam central tu, first thing is kitorang pegi tanya tiket nak ke Zaanse Schans sebab nak tengok windmill.

 

 

menunggu tren.

 

 

untuk yang nak ke sana, kitorang amek tiket turun di Koog-Zaandijk. stesen ni kat kawasan luar bandar sikit. almost 40mins dari amsterdam central.harga tiket return just EUR6 saje. takde lah mahal sangat macam KTM kat malaysia ni. bila sampai je kat sana, kami sekali lagi blurr nak ikot jalan mana. tapi bila dah tengok maps plus buat tahu, jumpa jugak jalan nak kesana.

 

 

first gambar bila sampai di Koog-Zaandijk.

 

bila sampai je kawasan sana, kami semua jakun. sebab binaan rumah sana lawa lawa semuanya. jalan sikit semua macam nak ambil gambar. serius lawa. kena pulak TH sendiri minat bebenda macamtu. dari stesen nak ke kawasan windmill tu ada la dalam 20mins. tapi tak kesah sangat sebab neighborhood sana cantik. ada pulak satu kedai coklat dan bakeri. kafe pon ada jugak sepanjang jalan nk ke sana. tapi memandangkan kami smpai sana dalam pkol 10, so kedai baru nk mula bukak.

 

 

depan kedai coklat dan bakeri

 

 

jalan jalan lagi ada satu port kedai depan tasik tu. tak bukak lagi. so jadi sarang pelacuran nak amek gambar lah jawabnya. punya banyak kali nak amek gambar sampai tetiba owner pon dah datang nak bukak kedai.

 

 

gigih bawak tripod.

 

 

lepas habis depan tu, jalan sekitar tu, amek gambar tepi tasik, depan windmill pon pegi jugak. gigih semua nak bergambar tak kira tengah jalan pon jadi. tapi kawasan tu seriyes cantik. memang berbaloi ke sana.

 

 

 

 

dah habis kawasan situ, kitorang jalan jauh lagi, sampai seberang jambatan yang boleh terbelah ala-ala tower bridge kat london tu, ada satu taman. lupa nama apa. kitorang having brekfast je situ. fefeling breakfast omputeh. minum the, apple pie, soup dan banyak lagi. harga? murah je. best ke negara eropah ni sebab makanan diorang harga murah. agak murah lah untuk kafe yang cantik.

 

 

 

 

habis jalan jalan kat kawasan tu, kitorang balik lah ke amsterdaam central, jalan jalan kat town dia pulak. cari cheese my bos pesan, cari gegula weed. pergi jenjalan kat red light district dan sex museum. ok bazir duit je masuk sex museum tu. adik adik tak cukup umur takyah lah masuk ye. tak best pon.

 

 

in front of bagunan amsterdam central.

 

 

tak lengkap pegi amsterdam kalau tak bergambar depan IAMSTERDAM sana tu. tapi disebabkan cuti summer, maha ramai lah umat kat sana. nak amek gambar pon sampai kena halau orang. banyak kali jugak la yang tetiba lintas depan kamera. duh..stress!

 

 

 

mission accomplish!

 

 

tapi orang kata,kat airport sana pon ada gak natang ni. takde orang pon. tak tahu. tapi layan jelah asalkan dah sampai sana. habis meronda town seharian, malam kitorang lepak kat starbucks sampai pkol 11 malam sebabnya sehari je kitorang kat amsterdam. sebab nak jimat budget, malam tu kiotang tido kat airport. sebab flight balik ke london adalah awal pagi. azab jugak lah tido kat aiorport hoi.

 

 

bangn pagi, sarapan, amek gamba dan balik ke london!

 

 

 

malam kiotang lepak kat airport tu ada sepasang omputeh diorang mengaku orang tempatan, datang sembang-sembang. tapi gaya diorang mencurigakan. bila dah tak sedap hati tu, kiotang blan lepak kat atas. and nampak diorang still berlegar legar kat situ. tak tahu ape niat diorang kan. lantak lah asal tak kacau kitorang.. tapi hati hati tetiba backpack ken curi. tak ke naya. biasalah. ni first time tido kat airport. so takot takot sikit.

 

Copyright © 2013 | Helios Blog