Sunday, August 24, 2014

ISTANBUL AKU DATANG

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

haritu berpeluang ke istanbul. atas urusan kerja. sebenarnya  nak ke Houston USA, tapi sebab nak jenjalan, saya mintak kawan dari travel agent book ticket turkish airlines. boleh singgah melawat istanbul sekali. kebetulan ada layover untuk sehari semalam. so amek kesempatan tu jenjalan around istanbul.

 

 

 

perjalan dari KLIA ke HOUSTON USA mengambil masa selama 23 jam. dari KLIA ke TURKEY ambil masal 12 jam macamtu. penat tahu! sebab merentas greenwich dan tukar zon masa. diorang lambat dari malaysia. turkey dalam 6 jam lambat dari malaysia.

 

 

so bertolak dari malaysia dalam tengah malam, sampai istanbul awal pagi. walaupun baru habis musim bunga nak masuk musim panas, sejuk jugak istanbul. keluar airport tunggu airport transfer ke hotel, sejuk bernafas keluar asap. kakaka. last jakun macam ni bila ke korea haritu.

 

 

masa kat istanbul, TH stay kat butique hotel. TOM SQUARE BOUTIQUE HOTEL nama hotel tu. nice tempat dia. sebab situ macam kawasan perumahan rakyat istanbul yang dijadikan hotel. menarik. bilik dia bersih dan selesa. satu malam just about RM200++ aje harga dia. agak murah la. travel sensorang kan. carilah tempat yang macam best dan selamat sikit.

 

 

lepas checkin, terus naik atas mandi mandi, then siap siap nak jenjalan around istanbul. like seriously, seluruh istanbul tu boleh cover dalam masa sehari je. tapi tak naik la cruise semua tu. macam hagia sofya, blue mosque, grand baazar, topkapi palace and many more. boleh reach dengan jalan kaki je semua tu.

 

 

IMG_4019

 

 

mula mula sekali bila mintak maps kat tuan hotel, suruh dia ajar nak ikot jalan mana. lepas je keluar dari hotel, terus lupa. so jalan ikot suka jelah. nasib baik mintak kad hotel. takot sesat boleh la suruh pakcik teksi hantar. memang tawakkal aje pegi jalan tu. ikot jalan mana orang ramai. so tempat pertama terjumpa bila jalan ikot suka ni is little hagia sofya. tanya penduduk tempatan tu diorang kata ni hagia sofya tapi versi mini. tapi yang ni lebih kepada masjid. nak masuk kena tutup aurat, bukak kasut. free je masuk sini.

 

 

IMG_4026

depan pintu masuk little hagia sofya.

 

 

IMG_4028

 

dalam dia. cantik sangat. for us muslim, kalau tetempat macam ni kita boleh masuk sampai ke depan. sebab untuk non muslim diorang ada buat had. so sape nak solat sunat tu boleh je.

 

 

IMG_4023

ni gambar dari luar. depan pintu ni sikit ada pakcik jual jus delima. sedap.

 

 

habis jenjalan dalam tu, masa pakai kasut bersembang dengan kapel ni. tanya punya tanya, rupanya diorang orang australia. dia tahu TH dari malaysia, terus diorang tanya “hey..whatsup with the MH370..” the jawab la “I have no idea..” yelah, masa pegi sana tu isu MH370 ni masih panas lagi. yang paling rugi, lupe minak fb diorang. yelah, dah bua kawan baru kan. keep in touch la. betol tak. habis tu dah keluar sana, terus belek belek maps lagi. tanya penduduk nak ke hagia sofya pulak cemana. diorang tunjuk tempat tu dekat je. so jalan straight je dari situ. nasib la tak panas time tu. takdelah berlecak ketiak jalan time tu.

 

so my next stop is blue mosque or nama lain dia SULTAN AHMED MOSQUE. ni lah salah satu tempat idaman nak pegi. alhamdulillah berkesempatan melawat masjid yang sangat best ni. untuk pengetahuan, sila hati hati kalau datang area ni. ada sindiket yang kononnya nak jual buku guide, once korang kata nk beli, dia akan mintak dan paksa korang bagi duit yang banyak. dah penah kena. nasib dia sempat rampat 20 turki lira aje. sebab masa tu polis nampak, so diorang kejar dia. tapi 20 turki lira tu ada la dekat rm50 ringgit gak.

 

 

IMG_4038

ramai kan? tapi tak lama barisan ni. kejap je.

 

untuk pengetahuan, bila waktu solat, diorang akan tutup masjid ni untuk non muslim. bagi laluan untuk solat dulu. lepas tu baru boleh masuk. so kalau yang muslim pegi melawat sini, bertuah la. ada keistimewaan.

 

 

IMG_4041

cantik kan dalam tu?

 

 

IMG_4049

ramai yang masuk dalam tu. kena bukak kasut. rasanya kena buat rules untuk bukak stokin sekali. bau kepam stoking yang amat hahaha

 

 

IMG_4245

 

 

dalam ni jugak, ada barrier. non muslim ada had je boleh melawat. yang muslim boleh masuk sampai ke depan mimbar untuk solat sunat. pehtu amek kesempatan la amek gambar. orang tak ramai pon kat area dalam tu. aman je nak amek gambar dah beriktikaf sekejap. sangat tenang. gambar ni masa second time layover nk balik dari houston ke kl. uncle ni sorang GM dari syarikat oil and gas dari malaysia. jumpa dia kat houston pehtu terjumpa lagi airport. so jalan sekali dengan dia lah kali kedua ni. jadi tour guide pulak kan.

 

 

IMG_4047

kosong je kawasan ni. sebab non muslim takleh masuk. best!

 

 

 

IMG_4068

gambar kat dataran masjid ni.

 

 

ok next stop! ni baru nak ke hagia sofya bebetol. nama dia aya sofya boleh, hagia sofya pon boleh. sama je. pakcik rakyat tempata tulah bgtaw kat saya. nasib pakcik tu leh cakap arab, so leh la tanya sikit sikit. kalau ada sesetengah tu tak reti cakap arab, kita nk cakap turki tak reti, cakap omputeh depa kurang paham pulak. disebabkan hagia sofya ni muzium, so masuk kena bayar. aroun 30 ke 60 turki lira tah. dah lupa. kalau takde cash leh je dgn kredit kad. hiks! tapi berbaloi masuk dalam ni. sebab ni pon antara sebab tempat yang amat cantik dan antara list tempat nak pegi.

 

 

IMG_4105

cantik kan. tambah ada budak hensem pulak. okbai!

 

 

IMG_4114

hall selepas pintu masuk. ni bukan main hall lagi.

 

 

IMG_4128

main hall. tapi masa pegi ada kerja pemulihan sikit.

 

 

IMG_4169

view dari atas.

 

sebenarnya hagia sofya dulu adalah church, lepas ditawan, diajdikan masjid. apa yang sedih sikit is kerajaan turkey tak hilightkan tempat ni as masjid sangat. lebih kepada church. maybe sebab banyak pelancong eropah kot yang datang sini. so lukisan lukisan unsur kristian yang penah ditutup oleh kerajaan islam selepas tawan tempat ni, diorang macam kikis balik sebab nak tunjuk.

 

 

IMG_4129

 

 

disebabkan ni one day trip, tak sempat sangat nak explore makanan diorang. tapi yang pastinya eskrem turki tu sempat la rasa. and seafood diorang sangat segar. alahh.. nasik arab tu kat meleysia banyak kan. so tak kesah sangat. tapi wajib pegi sini, korang melantak diorang punya kebab, manisan dan the. tiga benda tu kena rasa. murah je bebenda tu kat sini. sebab makanan tempatan kan.

 

 

IMG_4021

salah satu kedai yang TH suka pegi. dedekat hotel aje.

 

 

next stop! grand baazar, tapi tuan hotel dah bgtaw, tempat ni barang dia mahal sikit. so kalau nk beli tempat lain pon boleh. seriously, tempat dia cantik. banyak barang jual. manisan, emas, tudung, souvenir. and korang kena rajin bargain kalau sini. kalau diorang tak bagi kurang, korang blah je. kadang2 diorang panggil balik bagi harga yang best. kalau tak pon bantak kedai lain lagi,

 

 

IMG_4205

pintu gerbang grand baazar.

 

 

IMG_4208

cantik kan dalam ni.

 

 

sebenarnya, dalam grand baazar ni tak banyak amek gambar sebab sebok bargain beli barang. shawl kat mak, pehtu baklava sume tu. kenyang pegi food tasting kat semua kedai baklava. xyah beli bebanyak pon takpe. sebab dah rasa semuanya. haha! jimat! lepas tu nk keluar dari situ nak amek gambar, ada sorang mamat turki ni mintak nak amekkan gambar. gila kau nak bagi kamera, dia bawak lari ke nnti gila je. sebab muka dia muka xleh percaya. better kalau tetmpat macamtu xyah percaya orang sangat. kata nak tolong, nnti dia mintak duit. tak bagi duit dia tak bagi kamera. habis jenjalan granz bazaar tu, pegi jenjalan area garden depan topkapi palace. tapi tak masuk la. malas. tapi diorang kata dalam tu rambut nabi, pedang nabi ada jugak dalam tu. takpelah next time nak pegi lagi istanbul. nak jelajah seluruh turkey pulak.

 

IMG_4191

ni depan topkapi palace.

 

 

bila habis jalan tu , officially dah habis jenjalan area pekan istanbul, tapi ada yang sebelah sana yang dataran ape tah. tak boleh pergi. sebab hari pergi jenjalan ni hari cuti pekerja, so tren takde lagipon tengah ada rusuhan area sana. better takyah pergi. tak selamat. lagipon polis tourist cakap xyah pergi. tuan hottel pon dah pesan sensiap. so next time pergi nk stay hotel tu lagi. best!

 

so korang korang yang nak tengok gambar banyak lagi pasal travel, visit my facebook page : taufiq helios or boleh follow my instagram page : www.instagram.com/taufiqhelios. kakakaka promote sikit.

5 comments:

yeni dogan said...

Salam dari Istanbul

Saya orang malaysia memang menetap di Istanbul for good . Insallah . seba husband pun orang sini .

Orang turki memang peramah . Susah nak jumpa orang yang niat tak baik .

Salah sau contoh bila mereka offer tea bila kita berkunjung ke kedai mereka . Teh sebagai tanda salam juga.

Ada juga yang nak tolong kita walaupun masalah komunikasi . tapi saya tak ada masalalh komunikasi . Walau macam mana pun mereka memang nak tolong kalau kita perlukan .

Kalau nak ambik gambar pun mereka niat nak tolong . Saya memang suka turki sebab susah saya nak jumpa atau dengar orang cerita hal orng bila berkumpul terutama wanita . Kebanyakkan mereka cerita hal anak , masakan , cara kemas rumah , aktiviti musim panas. kalau nak sentuh si polan tu kan bla bla bla memang susah sangat .

Aktiviti pinjam barang jiran pun masih diamalkan contohnya pinjam blender ke , minta telur sebiji ke nanti ganti tapi orang turki halalkan saja kalau setakat sebiji dua . Sikap mereka macam ini buatkan saya segan .

Kalau kita sesat ke apa mereka sedaya upaya nak tolong .

Kalau ada rezeki lagi explorelah turki . Saya memang tak pernah ke negara eropah lain. Saya sudah cukup dengan turki yang terlalu banyak kesan sejarah , permandangn dan budaya yang cantik

taufiqhelios said...

betol. as for me turki sangat menarik. nanti nak pegi lagi. nanti awak leh la tunjuk2 kan? just yang cerita xelok sikit tu sbb saya terkena. nasib tak baik. yang kemera tu pon dia paksa paksa. hahaha. yg lain semua best kat sana. tak sabar nak pegi lagi

hidayana hsn said...

omg jelesnya tengok pergi istanbul nak jugak travel huaa ,

hidayana hsn said...

omg bestnya dapat pergi istanbul, huaa nak travel jugak

@taufiqhelios said...

hahaha pegilah. best woio

 

Copyright © 2013 | Helios Blog