PERCUTIAN DI PULAU KRABI THAILAND

5:26 PM

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

 

 

kali ni bercuti lagi. trip kali ni TH ke Krabi, Thailand. so masuk kali ni kebanyakan pulau di tahiland dah banyak yang cover. and kali ni pergi tak ambil memana pakej pon. kali ni tiket dapat promo Air Asia. tak sampai 200 pon tiket return. dari KL ke KRABI dan balik naik dari PHUKET. so kita cerita pasal krabi dulu la yeh.

 

 

sampai di airport sebenarnya dah kontek orang untuk jumpa. sebab deal beli pakej dari malaysia. tapi no show. nasib lah tak bayar lagi. kalau tak mati mati je kena tipu. so last resort, kitorang pegi tengok kat booth kat airport tu and managed to dapatkan deal paling best. and airport transfer pon beli sendiri kat airport.

 

sepanjang di krabi, kitorang stay kat aonang beach. di aonang cozy house. takdelah hotel pon sebab ala-ala bacpackers sikit travel kali ni. even macam tu, tempat dia sangat selesa,bersih dan luas bilik dia. tapi kena ingat, kalau taknak kena overcharge kat krabi tu, better book hotel then bayar cash over the counter. kalau bayar pakai kad kredit kat kaunter, nanti macam macam dia nk caj. extra caj perkhidmatan lah, segala mak nenek dia nak extra.

 

so malam pertama tu takde jalan mana sebab penat. just keluar makan malam je. and kat krabi makanan halal senang dapat. sebab banyak kedai makanan halal. so datang sini tak payah risau pasal makanan.

 

 

 

keesokan hari kami ada island tour. and dah deal dapat tour ke Hong Islang plus kayaking sekali. sangat best! and boleh dikatakan hong island ni takdelah se-feymes Phi Phi Island. so orang tak ramai dan tak crowded. just nice.

 

 

otw ke Hong Island by longtail boat

 

 

jakun kejap nampak bendera malaysia.

 

 

best oh kayaking kat laut!

 

 

so bila dah penat island tour malam tu just keluar makan makan tengok barang ape yang boleh dibeli. tapi tipu. tak beli barang pon. makan je. lepas tu balik bilik tido. night life kat krabi sangat tak best. biasa je. so kalau krabi nak bawak parents ok lah sebab tak banyak maksiat sangat. kah!

 

 

 

pancake kat makcik ni kena try. sedap!

 

 

nampak tak. lazat kemain.

 

 

 

p/s ; esok kita cerita pasal phuket pulak yeh.

4 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *