PERCUTIAN DI KOHLIPE (LIPE ISLAND)

4:18 PM

 

Salam Sejahtera

 

 

 

kali ni jom kita bercerita mengenai percutian luar negara pulak. takde la luar negara sangat. negara jiran sajor! THAILAND. ever heard KOHLIPE? kalau sebut lelaju mesti jadi kuala lipis kan? ok ceritanya, TH pon tak tahu kohlipe ni asalnya. any my travel partner lah cadangkan. diorang kata lawa. KOHLIPE jugak dikenali sebagai Maldives of Thailand.

 

salah satu option paling dekat nak masuk is masuk melalui Langkawi, Kedah. yup masuk melalui langkawi naik speed boat aje. as for us, kitorang amek tiket flight mendarat di langkawi. tidur satu malam di langkawi and amek boat paling awal pkol 10 pagi di jeti…bukan jeti kuah taw. jeti ape tah TH da lupe nama dia. TH amek pakej je pegi sana. in about rm700 dah lengkap hotel, makan, transportation.

 

sampai je kat jeti,bagi passport di jeti, and diorang akan uruskan semua. and perjalan naik speed boat tu dalam sejam lebih. fuhh! laju kot boat dia. best!

 

sempat jenjalan around langkawi!

 

 

 

 

and bila dah sejam lebih, sebab speed boat tu besar, air pulak cetek, tak boleh pergi sampai pantai, kena naik long tail bot (tongkang) untuk mendarat di pulau lipe ni. tengok lah betapa cantik nak mati air dia. biru, pantai pasir putih. woha!

 

 

hotal yang kami menginap.

 

 

 

tempat menginap

 

 

sepanjang kat kohlipe ni, kami menginap di bundhaya resort. don’t worry, sini diorang sediakan makanan halal. so boleh makan tanpa was-was. and kawasan resort ni sangat cantik. tambah tambah waktu malam. dinner tepi pantai sangatlah romentik.

 

 

 

and untuk pengetahuan korang, kat pulau ni ada 3 pantai. Sunrise Beach, Sunset Beach and Pattaya Beach. so kitorang stay di kawasan Pattaya Beach. tapi nak ke dua lagi pantai tu boleh je samada korang jalan atau amek teksi motorsikal. seringgit je pon kena bayar. kalau sunrise beach boleh la jalan. tak berapa jauh. kalau sunset beach wajib amek teksi sebab agak jauh. kena rentas kampung sikit.

 

 

Pattaya Beach.

 

 

Sunrise Beach.

 

 

Sunset Beach.

 

 

 

selain pantai yang catik tu, kalau korang bosan asyik tengok pantai, ada jugak street macam pasar pasar tu. boleh je korang nak beli belah. jalan tengok tengok barang, ada jugak bar. sape nak mabok mabok pegi lah sana. kitorang jalan tengok jelah.

 

 

antara gambar chun di street dia (lupa nama street tu)

 

 

so hari pertama tu takde aktiviti sangat. kitorang jenjalan jelah kat tetiga beach macam atas tu, jenjalan tgk barang kat street macam gambar atas jugak. and makan malam dia sangat best. rimas pon ada sebab tak biasa orang serve gegila. banyak pulak tu lauk pauk dia. terkejut la banyak nak mampos. semua makanan dia sedap.

 

 

nampak tu. atas meja tu. tu baru suku makanan yang dihidang. makan tepi pantai

 

 

seconda day kitorang kat sana. dibawak snorkel di beberapa buah pulau. yang bestnya, trip snorkel kitorang private. takde orang lain join selain kitorang berempat. barulah best. takpayah bercampur dengan strangers yang kengkadang annoying. kahkah!

 

 

naik long tail boat. sejam jugak nak ke destinasi. zzzz

 

 

tak silap diorang bawak kitorang ke 5 buah spot untuk snorkeling. and tempat pertama tak best sebab arus kuat. then another 4 spots tu awesome!

 

 

gigih selfie berjemaah semasa snorkeling. tapi arus kuat sini!

 

 

2nd spot. tapi kitorang tak snorkel sini. seronok main batu kat pulau ni. batu bulat bulat

 

 

khop khun krapp!!

 

 

ni spot no berapa eh. lost count. tapi sini kitorang berhenti lunch sekali.

 

 

dah penat bersnorleling, dah habis semua spot dijelajah, dah sunburn satu badan, dah pepedih muka sebab terbakar, balik malam tu yey!! time for dinner. kebetulan time kitorang pergi tu, ulangtahun resort tu. and kebetulan semorang ada baju yang sama. so macam boria sikit malam tu time dinner.

 

 

 

penuh tak meja dengan makanan. siap dapat kek lagi!

 

 

so lepas dinner tu takde nak buan mende dah, boleh la sape nak pegi massage, manicure, pedicure, semua murah kat sana. kalau balik KL mahal nk arwah. seriyes mahal kalau kat KL. tapi TH tak buat lah. sebab bajet bawak cecukup je. kohlipe, pulau yang definitely TH akan pergi sekali lagi. CANTIKKKK!!!

 

 

 

belanja satu gamba ala ala ANTM satu! kahkah!

2 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *