KEMBARA EROPAH : UK-LONDON

12:20 PM

 

 

 

SALAM SEJAHTERA

 

 

nampaknya sangat bz dengan kehidupan. tak sempat update sangat lagi. tapi takpe. jom kali nak share lagi my europe trip. last destination, UK-LONDON. untuk part ni, kitorang banyak jalan kat central london dan luar sikit sikit sampai ke Greenwich.

 

ceritanya, lepas dah penat jalan-jalan kat Amsterdam, bermalam di airport. oh sungguh azab sebab ni my first time ever bermalam di ariport. ya! Schiphol Airport. flight esoknya pukul 8 pagi. so selesai checking, kami terbang dari amsterdam ke London. dan turun di London Gatwick. dari gatwick, nak ke bayswater, kitorang amek tube je. london senang nak jenajalan sebab jaringan tube dia sangat best. turun di bayswater sebab penginapan kitorang dedekat hyde park. dekat gila dengan malaysian hall yang orang cerita kafe dia tuh best sangat tu,

 

 

Photo 15-6-14 22 41 35

gambar pertama diambil sejurus sampai di UK. ok jakun

 

 

as mentioned earlier, kat sana kitorang gerak dengan tube je. kalau sana, tube dia macam malaysia, just lagi canggih dan efisyen. kat sana pakai oyster card. macam touch and go la ka malaysia ni. tapi dia ada capping. contohnya, kalau dalam sehari tu korang just travel dalam zone 1-3, so max diorang akan caj is just around GBP 7 lebih kurang. lepas dah sampai 7 pound tu, kalau korang still main naik turun kat stesen dalam zone 1-3 tu, diorang takkan caj. kalau korang keluar zone, capping dia akan naik sikit la.tapi still after dah sampai capping tu, dia takkan caj dah. lagi canggih kan? kalau lah malaysia punya sistem macam ni kan best. ni dah la sistem suam suam kuku, tambang mahal, selalu delay urghh.. haha!

 

nak cerita ikot hari memang dah lupa lah. so cerita ikot tempat jelah ye. antara yang feymes bila pergi london ni, is pegi tengok change of guards kat Buckingham Palace. alhamdulillah, rezeki bila pegi sana, kali ni change of guard ni diorang buat besar-besaran. katanya dah beberapa ratus tahun xbuat cenggini. siap perarakan dengan pakaian lengkap.

 

 

DCIM\100GOPRO

ramainya ummat. tapi turn out tempat memula ni silap. so tuka.

 

 

Photo 16-6-14 18 21 15

this is what I’m talkin about. pakai seragam lengkap siap ada yang skirt tu.

 

 

done, lepas tu kitorang jenjalan around london central. pegi melawat big ben, eyes of london, dan sekitarnya. by train aje. cuaca tak panas. best.

 

 

DCIM\100GOPRO

big ben.

 

 

Photo 16-6-14 19 25 20

eye of london

 

 

tetiba bila dah jalan jalan sana, kitorang decide to naik cruise menyusuri sungai thames. lagi satu, time naik cruise tu, london tower bridge yang diorang kata dah bertahun tak pernah bukak, kali tu akan dibuka. best gile tengok tu!

 

 

Photo 16-6-14 21 03 28

 

 

 

kami amek route dari situ dan turun di greenwich. tak ramai yang nak pergi ke greenwich. kitorang memang dalam  plan nak ke greenwich sebab nak melawat 0’ greenwich tu.. kitorang naik sampai atas bukit tu, tapi tak masuk pon dalam Royal Greenwich Observatory tu sebab malas. tengok dari luar je. tak amek gamba kat dalam pon. sebab kena bayar 7 pound kalau tak silap.

 

 

DCIM\100GOPRO

sun dial sebelum mendaki ke royal observatory.

 

 

Photo 16-6-14 22 47 47

kat university yang kat greenwich tu. sini lah yang thor berlakon tu.

 

balik kitorang tak naik cruise, tapi amek tube. yang ni zone 4 ke berapa tah. tapi lantak lah sbb still murah tambang dia. sebelum naik tube tu, kitorang sempat ke O2 theater and naik cable car. kalau kat situ diorang panggil emirates air ke ape tah. dekat emirates greenwich peninsular punya station.

 

 

Photo 17-6-14 0 57 11

 

 

 

selain tu kitorang jalan jugak kat exford street, area shopping diorang. kalaunak shopping barang murah, pegi lah primax. semua murah. harrods tu lalu depan je sebab segan nak masuk sebab macam mahal sangat haha!

 

 

Photo 16-6-14 16 22 27 harrods.

 

 

next! pergi ke Abbey Road. situ lah ada famous crossing yang kumpulan beatles punya tu. punya gigih mencari sampai salah stesen pehtu siap kena jalan jauh. nasib baik lah cuaca tak panas.

 

 

 

DCIM\100GOPRO

punya keluar awal, tetiba lapar, berhenti brunch kat café dedekat abbey road.

 

 

Photo 17-6-14 18 20 01

tadaa! ada macam beatles tak?

 

 

lagi? kat mana lagi nk jalan kalau london? kitorang masuk jugak madame tussauds. sini macam wax museum lah. penuh dgn patung lilin artis je. not really my thing. except part last. ada naik kereta dalam tu dengan ada movie untuk ending journey. selain tu, pegi jugak ke emirates stadium. nk amek gamba je konon fans arsenal. padahal saya tak suka tengok bola. haha!

 

 

Photo 17-6-14 23 51 12 

 

 

sikit tips lah. kalau korang yang nk pegi shopping kat london tu. area oxford street tu rasa dah ok. sebab kitorang pegi jugak ke bicester village tuh. kalau kat malaysia ni nama dia Johor Premium Outlets lah. for me, kat situ langsung tak best. barang dia banyak tak best. lagipon nk pegi sana dari london kemain jauh. so tak pergi pon takpe.

 

 

DCIM\100GOPRO

 

 

more photos? click link below :

http://on.fb.me/1zSHkn4

 

p/s ; any enquiry on travel? tweet me at @taufiqhelios or email me at fiqman@gmail.com

KEMBARA EROPAH ; AMSTERDAM

5:55 PM

 

 

 

Salam Sejahtera

 

 

 

 

lepas penat jelajah paris, kami naik bas dari paris ke amsterdam. lalu brussels.dalam 7 jam perjalanan naik megabus. sesuai sangat kalau nak save budget kalau nak travel eropah dengan naik megabus ni. kalau tak silap dapat harga 20 euro. nak kata selesa tu, boleh lah.

 

 

 

first gambar di bumi amsterdam.

 

 

sampai di amsterdam dalam pukul 7 pagi kalau tak silap. gila sejuk kot amsterdam time tu walaupun musim panas. tambah dengan langit awan tebal dan tiupan angin sepoi bahasa. memaksa kitorang selongkar backpack nak cari baju yang agak tebal. sementara tunggu tren nak ke amsterdam central, sempat lagi amek gambar. to be honest memula sampai situ tak tahu nak pegi mana sebab takdak sebarang papan tanda. just ikot orang je. tren sampai terus naik. rupanya unlimited pass untuk 1 day transportation diorang boleh beli direct atas tren aje. so jangan risau. dah naik ke amsterdaam central tu, first thing is kitorang pegi tanya tiket nak ke Zaanse Schans sebab nak tengok windmill.

 

 

menunggu tren.

 

 

untuk yang nak ke sana, kitorang amek tiket turun di Koog-Zaandijk. stesen ni kat kawasan luar bandar sikit. almost 40mins dari amsterdam central.harga tiket return just EUR6 saje. takde lah mahal sangat macam KTM kat malaysia ni. bila sampai je kat sana, kami sekali lagi blurr nak ikot jalan mana. tapi bila dah tengok maps plus buat tahu, jumpa jugak jalan nak kesana.

 

 

first gambar bila sampai di Koog-Zaandijk.

 

bila sampai je kawasan sana, kami semua jakun. sebab binaan rumah sana lawa lawa semuanya. jalan sikit semua macam nak ambil gambar. serius lawa. kena pulak TH sendiri minat bebenda macamtu. dari stesen nak ke kawasan windmill tu ada la dalam 20mins. tapi tak kesah sangat sebab neighborhood sana cantik. ada pulak satu kedai coklat dan bakeri. kafe pon ada jugak sepanjang jalan nk ke sana. tapi memandangkan kami smpai sana dalam pkol 10, so kedai baru nk mula bukak.

 

 

depan kedai coklat dan bakeri

 

 

jalan jalan lagi ada satu port kedai depan tasik tu. tak bukak lagi. so jadi sarang pelacuran nak amek gambar lah jawabnya. punya banyak kali nak amek gambar sampai tetiba owner pon dah datang nak bukak kedai.

 

 

gigih bawak tripod.

 

 

lepas habis depan tu, jalan sekitar tu, amek gambar tepi tasik, depan windmill pon pegi jugak. gigih semua nak bergambar tak kira tengah jalan pon jadi. tapi kawasan tu seriyes cantik. memang berbaloi ke sana.

 

 

 

 

dah habis kawasan situ, kitorang jalan jauh lagi, sampai seberang jambatan yang boleh terbelah ala-ala tower bridge kat london tu, ada satu taman. lupa nama apa. kitorang having brekfast je situ. fefeling breakfast omputeh. minum the, apple pie, soup dan banyak lagi. harga? murah je. best ke negara eropah ni sebab makanan diorang harga murah. agak murah lah untuk kafe yang cantik.

 

 

 

 

habis jalan jalan kat kawasan tu, kitorang balik lah ke amsterdaam central, jalan jalan kat town dia pulak. cari cheese my bos pesan, cari gegula weed. pergi jenjalan kat red light district dan sex museum. ok bazir duit je masuk sex museum tu. adik adik tak cukup umur takyah lah masuk ye. tak best pon.

 

 

in front of bagunan amsterdam central.

 

 

tak lengkap pegi amsterdam kalau tak bergambar depan IAMSTERDAM sana tu. tapi disebabkan cuti summer, maha ramai lah umat kat sana. nak amek gambar pon sampai kena halau orang. banyak kali jugak la yang tetiba lintas depan kamera. duh..stress!

 

 

 

mission accomplish!

 

 

tapi orang kata,kat airport sana pon ada gak natang ni. takde orang pon. tak tahu. tapi layan jelah asalkan dah sampai sana. habis meronda town seharian, malam kitorang lepak kat starbucks sampai pkol 11 malam sebabnya sehari je kitorang kat amsterdam. sebab nak jimat budget, malam tu kiotang tido kat airport. sebab flight balik ke london adalah awal pagi. azab jugak lah tido kat aiorport hoi.

 

 

bangn pagi, sarapan, amek gamba dan balik ke london!

 

 

 

malam kiotang lepak kat airport tu ada sepasang omputeh diorang mengaku orang tempatan, datang sembang-sembang. tapi gaya diorang mencurigakan. bila dah tak sedap hati tu, kiotang blan lepak kat atas. and nampak diorang still berlegar legar kat situ. tak tahu ape niat diorang kan. lantak lah asal tak kacau kitorang.. tapi hati hati tetiba backpack ken curi. tak ke naya. biasalah. ni first time tido kat airport. so takot takot sikit.

JELAJAH HOUSTON USA

10:49 AM

 

 

SALAM SEJAHTERA,

 

 

ok lepas jelajan istanbul, TH naik lagi flight ke Houston, USA. sebenarnya masuk ke USA ni atas dasar kerja, ada OTC (oil and gas technology conference) .so ada sana dalam seminggu untuk conference, alang alang dah seminggu kat sana, kita explore sekali lah. bukan senang nak masuk USA kan.

 

nak cerita betapa ketat proses nak masuk USA, dari malaysia lagi kena amek VISA. tu normal proses lah kan. lepas tu dari airport istanbul, nak checkin kat kaunter turkish airlines pon dah kena soal selidik, nak pegi untuk ape, berapa lama, tinggal mana. semua dia mintak alamat.

 

habis satu pasal checkin, lepas tu lalu kastam sebab nak keluar dari istanbul, sampai kat departure hall, sebelum masuk waiting hall tu, kena lalu lagi satu security checkup. dia tanya benda yang sama. kali ni hand carry luggage dia akan scan. ada jugak yang tersadai lama sebab detail dia cek. TH lepas. lepas tu baru naik flight selama 12-13 jam lagi. kali ni bebetol jetlag. beza zon masa 12jam. malaysia pagi, HOUSTON malam.

 

sampai je kat airport george bush houston, usa, kena lalu lagi kastam diorang. standart procedure lah kan. tapi pegawai dia garang oh! bila sampai my turn, tetiba pegawai dia tanya banyak. “what is your name sir? , where are you from? , what are you doing here?” banyak pulak soalan dia. lepas dah jawab semua, dia cakap “sir, please stand at the center of the hall” .. sudah, kenapa pulak dah. tunggu punya tunggu, TH kena bawak masuk dalam detention room. gila nebes lah. masuk dalam tu, banyak mexican yang kena masuk dalam tu. tanya la officer dalam tu kenapa kena masuk. dia jawab “everyone enter USA for a reason isnt it? we want to know further about you” kimak jugak rasa cara dia jawab.

 

hampir dua jam dalam tu, nasib la ada sorang uncle ni dari malaysia jugak. dia kena jugak. sembang punya sembang rupanya dia nak ke conference tu jugak. rupanya kitorang kena tahan sebab nama depan ada ‘MOHD/MUHAMMAD’. gila insecure diorang ni. tapi bila dah masuk jumpa pegawai atasan diorang, pegawai tu rilek je. cakap baik baik. siap tanya masuk untuk apa and bila tunjuk surat jemputan terus dia cakap “ouh, you are our country guest, I am really sorry sir. you may go” senang kan!

 

so bila sampai sana, just stay motel sajor. murah tapi bilik dia boleh stay satu famili. luas! dah la stay sensorang. and thanks god, I have friend there. nama dia Steven, dia ni penah datang kompeni kitorang. so bila TH pegi USA, dia lah banyak bawak kuar makan, jenjalan, shopping.

 

steven. haha PM for best price.

 

 

so since houston takde ape sangat, kalau malaysia houstin ni macam putrajaya. lebih kurang la. tapi lagi best. disebabkan almost summer, so matahari lambat terbenam sikit. and steven sempat bawak TH pegi picnic american style. diorang ni suka lepak kat park. beli makanan makan situ. kalau tak pon diorang lepak sampai sembang and main main je. thanks steven!

 

 

ni la park dia. steven cakap dia pon tak pernah datang sini.

 

 

so wiken dah enjoy, weekdays, kerja lah pulak. pengalaman baru bila kena jumpa and meeting dengan orang nigeria, mexico, usa and jepun. best. sebab tak pernah buat bebenda ni. new things for me.

 

 

belanja lah sikit gambar hensem kat houston.

 

 

seriously, nak cari makanan halal sana a bit susah la. tapi kedai makanan arab halal ada je sana. and kalau rajin jalan sikit, diorang ada macam little india. kat situ banyak makanan halal. nak chinese punya maknan halal pon ada. mamak pon ada. kedai halal meat pon ada. ok dah. seminggu stay sana, dah penat kerja, balik meleysia. seminggu jugak jetlag balik dari usa ok! masa perjalanan balik, ada transit 6 jam kat istanbul. so keluar jenjalan kali kedia kat istanbul. then sambung perjalanan. ballik malaysia nak selaraskan balik jam badan ni ambil masa jugak.

 

 

 

thank you steven. maybe on 2016 I’ll be back to USA. visiting LA or CA. and you will be my guide again isnt it? haha! cheers!

ISTANBUL AKU DATANG

2:24 PM

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

haritu berpeluang ke istanbul. atas urusan kerja. sebenarnya  nak ke Houston USA, tapi sebab nak jenjalan, saya mintak kawan dari travel agent book ticket turkish airlines. boleh singgah melawat istanbul sekali. kebetulan ada layover untuk sehari semalam. so amek kesempatan tu jenjalan around istanbul.

 

 

 

perjalan dari KLIA ke HOUSTON USA mengambil masa selama 23 jam. dari KLIA ke TURKEY ambil masal 12 jam macamtu. penat tahu! sebab merentas greenwich dan tukar zon masa. diorang lambat dari malaysia. turkey dalam 6 jam lambat dari malaysia.

 

 

so bertolak dari malaysia dalam tengah malam, sampai istanbul awal pagi. walaupun baru habis musim bunga nak masuk musim panas, sejuk jugak istanbul. keluar airport tunggu airport transfer ke hotel, sejuk bernafas keluar asap. kakaka. last jakun macam ni bila ke korea haritu.

 

 

masa kat istanbul, TH stay kat butique hotel. TOM SQUARE BOUTIQUE HOTEL nama hotel tu. nice tempat dia. sebab situ macam kawasan perumahan rakyat istanbul yang dijadikan hotel. menarik. bilik dia bersih dan selesa. satu malam just about RM200++ aje harga dia. agak murah la. travel sensorang kan. carilah tempat yang macam best dan selamat sikit.

 

 

lepas checkin, terus naik atas mandi mandi, then siap siap nak jenjalan around istanbul. like seriously, seluruh istanbul tu boleh cover dalam masa sehari je. tapi tak naik la cruise semua tu. macam hagia sofya, blue mosque, grand baazar, topkapi palace and many more. boleh reach dengan jalan kaki je semua tu.

 

 

IMG_4019

 

 

mula mula sekali bila mintak maps kat tuan hotel, suruh dia ajar nak ikot jalan mana. lepas je keluar dari hotel, terus lupa. so jalan ikot suka jelah. nasib baik mintak kad hotel. takot sesat boleh la suruh pakcik teksi hantar. memang tawakkal aje pegi jalan tu. ikot jalan mana orang ramai. so tempat pertama terjumpa bila jalan ikot suka ni is little hagia sofya. tanya penduduk tempatan tu diorang kata ni hagia sofya tapi versi mini. tapi yang ni lebih kepada masjid. nak masuk kena tutup aurat, bukak kasut. free je masuk sini.

 

 

IMG_4026

depan pintu masuk little hagia sofya.

 

 

IMG_4028

 

dalam dia. cantik sangat. for us muslim, kalau tetempat macam ni kita boleh masuk sampai ke depan. sebab untuk non muslim diorang ada buat had. so sape nak solat sunat tu boleh je.

 

 

IMG_4023

ni gambar dari luar. depan pintu ni sikit ada pakcik jual jus delima. sedap.

 

 

habis jenjalan dalam tu, masa pakai kasut bersembang dengan kapel ni. tanya punya tanya, rupanya diorang orang australia. dia tahu TH dari malaysia, terus diorang tanya “hey..whatsup with the MH370..” the jawab la “I have no idea..” yelah, masa pegi sana tu isu MH370 ni masih panas lagi. yang paling rugi, lupe minak fb diorang. yelah, dah bua kawan baru kan. keep in touch la. betol tak. habis tu dah keluar sana, terus belek belek maps lagi. tanya penduduk nak ke hagia sofya pulak cemana. diorang tunjuk tempat tu dekat je. so jalan straight je dari situ. nasib la tak panas time tu. takdelah berlecak ketiak jalan time tu.

 

so my next stop is blue mosque or nama lain dia SULTAN AHMED MOSQUE. ni lah salah satu tempat idaman nak pegi. alhamdulillah berkesempatan melawat masjid yang sangat best ni. untuk pengetahuan, sila hati hati kalau datang area ni. ada sindiket yang kononnya nak jual buku guide, once korang kata nk beli, dia akan mintak dan paksa korang bagi duit yang banyak. dah penah kena. nasib dia sempat rampat 20 turki lira aje. sebab masa tu polis nampak, so diorang kejar dia. tapi 20 turki lira tu ada la dekat rm50 ringgit gak.

 

 

IMG_4038

ramai kan? tapi tak lama barisan ni. kejap je.

 

untuk pengetahuan, bila waktu solat, diorang akan tutup masjid ni untuk non muslim. bagi laluan untuk solat dulu. lepas tu baru boleh masuk. so kalau yang muslim pegi melawat sini, bertuah la. ada keistimewaan.

 

 

IMG_4041

cantik kan dalam tu?

 

 

IMG_4049

ramai yang masuk dalam tu. kena bukak kasut. rasanya kena buat rules untuk bukak stokin sekali. bau kepam stoking yang amat hahaha

 

 

IMG_4245

 

 

dalam ni jugak, ada barrier. non muslim ada had je boleh melawat. yang muslim boleh masuk sampai ke depan mimbar untuk solat sunat. pehtu amek kesempatan la amek gambar. orang tak ramai pon kat area dalam tu. aman je nak amek gambar dah beriktikaf sekejap. sangat tenang. gambar ni masa second time layover nk balik dari houston ke kl. uncle ni sorang GM dari syarikat oil and gas dari malaysia. jumpa dia kat houston pehtu terjumpa lagi airport. so jalan sekali dengan dia lah kali kedua ni. jadi tour guide pulak kan.

 

 

IMG_4047

kosong je kawasan ni. sebab non muslim takleh masuk. best!

 

 

 

IMG_4068

gambar kat dataran masjid ni.

 

 

ok next stop! ni baru nak ke hagia sofya bebetol. nama dia aya sofya boleh, hagia sofya pon boleh. sama je. pakcik rakyat tempata tulah bgtaw kat saya. nasib pakcik tu leh cakap arab, so leh la tanya sikit sikit. kalau ada sesetengah tu tak reti cakap arab, kita nk cakap turki tak reti, cakap omputeh depa kurang paham pulak. disebabkan hagia sofya ni muzium, so masuk kena bayar. aroun 30 ke 60 turki lira tah. dah lupa. kalau takde cash leh je dgn kredit kad. hiks! tapi berbaloi masuk dalam ni. sebab ni pon antara sebab tempat yang amat cantik dan antara list tempat nak pegi.

 

 

IMG_4105

cantik kan. tambah ada budak hensem pulak. okbai!

 

 

IMG_4114

hall selepas pintu masuk. ni bukan main hall lagi.

 

 

IMG_4128

main hall. tapi masa pegi ada kerja pemulihan sikit.

 

 

IMG_4169

view dari atas.

 

sebenarnya hagia sofya dulu adalah church, lepas ditawan, diajdikan masjid. apa yang sedih sikit is kerajaan turkey tak hilightkan tempat ni as masjid sangat. lebih kepada church. maybe sebab banyak pelancong eropah kot yang datang sini. so lukisan lukisan unsur kristian yang penah ditutup oleh kerajaan islam selepas tawan tempat ni, diorang macam kikis balik sebab nak tunjuk.

 

 

IMG_4129

 

 

disebabkan ni one day trip, tak sempat sangat nak explore makanan diorang. tapi yang pastinya eskrem turki tu sempat la rasa. and seafood diorang sangat segar. alahh.. nasik arab tu kat meleysia banyak kan. so tak kesah sangat. tapi wajib pegi sini, korang melantak diorang punya kebab, manisan dan the. tiga benda tu kena rasa. murah je bebenda tu kat sini. sebab makanan tempatan kan.

 

 

IMG_4021

salah satu kedai yang TH suka pegi. dedekat hotel aje.

 

 

next stop! grand baazar, tapi tuan hotel dah bgtaw, tempat ni barang dia mahal sikit. so kalau nk beli tempat lain pon boleh. seriously, tempat dia cantik. banyak barang jual. manisan, emas, tudung, souvenir. and korang kena rajin bargain kalau sini. kalau diorang tak bagi kurang, korang blah je. kadang2 diorang panggil balik bagi harga yang best. kalau tak pon bantak kedai lain lagi,

 

 

IMG_4205

pintu gerbang grand baazar.

 

 

IMG_4208

cantik kan dalam ni.

 

 

sebenarnya, dalam grand baazar ni tak banyak amek gambar sebab sebok bargain beli barang. shawl kat mak, pehtu baklava sume tu. kenyang pegi food tasting kat semua kedai baklava. xyah beli bebanyak pon takpe. sebab dah rasa semuanya. haha! jimat! lepas tu nk keluar dari situ nak amek gambar, ada sorang mamat turki ni mintak nak amekkan gambar. gila kau nak bagi kamera, dia bawak lari ke nnti gila je. sebab muka dia muka xleh percaya. better kalau tetmpat macamtu xyah percaya orang sangat. kata nak tolong, nnti dia mintak duit. tak bagi duit dia tak bagi kamera. habis jenjalan granz bazaar tu, pegi jenjalan area garden depan topkapi palace. tapi tak masuk la. malas. tapi diorang kata dalam tu rambut nabi, pedang nabi ada jugak dalam tu. takpelah next time nak pegi lagi istanbul. nak jelajah seluruh turkey pulak.

 

IMG_4191

ni depan topkapi palace.

 

 

bila habis jalan tu , officially dah habis jenjalan area pekan istanbul, tapi ada yang sebelah sana yang dataran ape tah. tak boleh pergi. sebab hari pergi jenjalan ni hari cuti pekerja, so tren takde lagipon tengah ada rusuhan area sana. better takyah pergi. tak selamat. lagipon polis tourist cakap xyah pergi. tuan hottel pon dah pesan sensiap. so next time pergi nk stay hotel tu lagi. best!

 

so korang korang yang nak tengok gambar banyak lagi pasal travel, visit my facebook page : taufiq helios or boleh follow my instagram page : www.instagram.com/taufiqhelios. kakakaka promote sikit.

PERCUTIAN DI PERHENTIAN.

2:13 PM

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

ok kali ni jom sama sama bercuti ke perhentian pulak. rasanya dah ramai kan pergi ke pulau perhentian ni. untuk info, nk ke pulau perhentian ni boleh je naik bas or naik flight. as for me yang jenis beli tiket flight time murah, mmg suka naik flight ajelah. tiket pon beli advance 5 bulan sebelum ke perhentian. time promo katanya.

 

 

so kalau naik flight, cara y ang paling senang is mendarat di lapangan terbang kota bharu then amek teksi ke jetty. (lupa nama jetty). one way RM70 teksi tu. kalau nk book awal pon boleh. book dari package provider ataupun kalau malas, turun flight, kat arrival hall dah ada kaunter. memang senang.

 

 

 

 

sempat selfie sementara tunggu boat. sebenarnya, kalau pergi pulau pulau ni TH prefer amek pakej terus. malas nk fikir dah. lagipon I have friend yang bekerja kat syarikan provider untuk travel ni. so lagi senang lah. make a call then semua dah ready.

 

 

 

 

tapi first thing sekali bila naik boat ni, driver dia. bawak kemain laju then bila ada ombak besar dia tak brake. memang sakit habis belakang sebab melambung2 boat tu. pengalaman kalau ke pulau, even ombak besar, rilek je. nampak sangat driver kali ni gelojoh. maybe budak baru kot. bila sampai ke pulau, wahh!! ok cantik. kali ni kitoang stay kat private beach. kan orang kata perhentian kecik and besar. rasanya ni kat perhentian besar. perhentian beach resort kalau tak silap nama chalet ni. puas hati. bilik dia bersih dan besar.

 

 

 

 

macam biasalah. bila ke pulau. snorkelinglah yang feymes. nak diving tak reti dan takde lesen lagi. tapi bercadang jugak la nak amek lesen dive ni. jadi diver lah pulak nanti. so ada 2 sesi snorkeling. pagi dan petang. selalunya orang pegi satu hari satu sesi je. tapi kitorang habiskan dua sesi dalam masa satu hari. kakaka!

 

 

 

 

haha bila snorkeling rasa comel je ikan ikan tu. dia tak lari, macam manje. pehtu nak pegang terus ikan tu berenang lelaju. tapi kebanyakan tempat snorkelling ni ikan dia sume sama je.

 

 

 

 

 

tapi sebab nama pon private beach, mana ada kedai kalau nk lepak lepak. harap kafe hotel jelah. and malam dia mati je. sbb tak ramai orang. bila tanya pemilik, dia kata season ni baru bukak. kitorang datang awal season, so orang tak ramai lagi. tapi bagus jugak la. takde la crowded sangat. nanti bila dah ramai nk berenang ala-ala duyung pon susah.

 

 

 

 

ni lah family yang satu boat denga kitorang. anak pempuan dia tu acah acah cantik je. meluat!! kontrol semacam. hahahaha. tak pasal mengumpat dia pulak kan. kalau musim ramai oraang. rasanya penuh boat ni diorang bawak. selagi tak penuh mmg diorang sumbat. dah habis sume aktiviti, balik tido lah. penat woi. anyway, makan kat hotel ni ok la. dia buat selang selang. selalunya dinner dengan breakfast dia buat buffet. and lunch dia buat pilihan set menu. makanan dia sedap la jugak

 

 

oke. dah penat. jom balik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *