Langkawi Trip

5:33 PM

 

 

 

 

 

Kedah, salah satu negeri yang terletak di utara Malaysia, juga digelar Negeri Jelapang Padi. yes, negeri kedah penuh dengan jelapang padi. as for me kedah merupakan salah satu negeri yang TH suka pergi. rasa aman damai je kalau kat kedah. tambahan lagi kampung sebelah my mom kat pendang, kedah. and salah satu tempat pelancongan utama dia kedah is LANGKAWI and my mom suka ajak pergi langkawi. Baru baru ni TH berpeluang melawat langkawi for the first time even dulu 6 tahun studi di kedah.

 

 

We went to langkawi by AirAsia sajor, ada promo masa tu, lupa lah berapa dapat return tiket. tak silap just around RM200 (KL-LKW-KL). and kat langkawi kami sewa kereta (kancil) . untuk pengeahuan, kalau just nak jalan-jalan kat lagkawi tu,tak perlu nak book dari travel agent bagai, sampai kat airport langkawi tu pon dah boleh dapatkan pakej sekali dengan kereta sewa dengan harga berpatutan. tapi be aware, kalalu korang pergi time cuti sekolah or cuti ape-ape pon, for sure harga akan meningkat berkali ganda.

 

 

pantai chenang yang tak cantik langsung!

 

 

sepanjang di langkawi, kami menginap di CITIN HOTEL, di pekan kuah. dekat dengan dataran lang, tempat beli coklat and tempat makan saloma bistro ke ape tah. so kalau nak senang, daripada stay berhampiran pantai chenang, kuah is better. pantai chenang? mahal je lebih kawasan tu. and di langkawi, kitorang just amek pakej untuk mangrove dan island hoping. malangnya island hoping tak sempat sebab brader yang bawak dalam mangrove tour tu nak tunjuk hebat, punya banyak dia bercakap (penerangan dah ala-ala school trip mendekati alam semulajadi) so kitorang tak sempat pergi ke island hoping. and of course diorang refund balik fee untuk island hoping.

 

 

 

 

so dalam tour mangrove tu peserta..hahah peserta kataya akan dibawa ke beberapa tempat, dah tak bape ingat, yang TH ingat is gua kelawar, tempat ikan sangkar, and gua buaya ke ape tah. yang pastinya akan ada berhenti di kawasan paya bakau, yelah mana tour pon mangrove kan. siyes sape yang tak minat bebenda melawat tgk alam semulajadi ni TH nasihatkan tak payah amek. sebab kurang menarik tour ni. and ouh, part yang menarik sikit is at the end of tour diorang bawak untuk eagle feeding. yang tu jelah rasa menarik pon.

 

 

di gua kelawar.

 

 

 

in front of gua kelawar.

 

 

selain tu tempat wajib pergi kalau ke langkawi is Langkawi Cable Car, and rasanya tarikan utama langkawi selain pantai chenang tu memang cable car pon. nasib kami baik sebab time pergi sana orang tak ramai. luckily, kat sana even tak tahu jalan kami gunakan waze (muahahaha). so takdelah sesat nak cari cable car tu. and lagi satu tempat yang wajib pergi is dataran lang yang dedekat pekan kuah tu. orang pergi situ buat ape? tak valid la kaau ke langkawi tak pegi amek gamba dekat burung helang gergasi tu. kebetulan kitorang pergi time merdeka. patriotik sangat photoshoot kat sana ok!

 

 

merdeka!! merdeka!!

 

 

selain pergi beli coklat, perfume jugak agak murah kat langkawi, tapi takde lah murah gila. worst come to worst kalau dah tak reti nak pegi mana kat langkawi tu, ada satu lagi tempat korang boleh pegi, kompleks kraft langkawi. TH pon otw balik dari cable car tulah nampak signboard and singgah la kejap. and kalau nak melawat lagi, pegilah ke taman buaya langkawi. tapi I will not recommend korang masuk taman buaya sana. sangat azab. TH sendiri pon tak masuk. rasa sangat tak berbaloi.

 

 

 

mencanting batik di kompleks kraft.

 

 

lepas tu…underwaterworld pon TH tak masuk, mahal ya rabbi rasanya pegi tengok tiket nak masuk haritu. maklumlah langkawi ni percutian bajet aje. tak payah nk all out kuarkan duit. kahkahkah! and kalau orang tanya ‘nak pergi lagi ke langkawi tu?’ TH akan jawab ‘tak mungkin kot’ sebab for me langkawi takde lah menarik macam diceritakan pon. just so-so aje. sekian. ape kata anda?

1 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *