Destinasi Budget ; Singapore – USS

1:48 PM

 

 

 

 

haa.nampak tak gambar ape atas tu. nampak tak? ok kali ni nak cerita pasal TH jenjalan kat kota singa. atau nama formal SINGAPURA atau SINGAPORE. kalau ikotkan sejarah, singapura asalnya sebahagian dari malaysia. kumfem korang tahu kan. for your info, ni merupakan kali pertama TH ke luar negara. aherherher kesian kan.

 

 

kebetulan pergi travel fair, ada la pulak jual tiket masuk USS Singapore murah. siap kalau beli kat diorang tu, dapat voucher makan dalam USS tu bernilai 10 dolar. sebenarnya kalau nak pergi jenjalan sana, tak perlu tidur sana pon dah best. tidor je kat JB. macam TH, first night sampai tido kat TUNE HOTEL johor bharu aje. agak selesa la jugak. then our first day, checkout dari hotel, terus ke CIQ. checkout awal pagi buta. semata taknak sesak kat CIQ and nk masuk awal USS sana. nasiblah time kitorang pegi bukan time cuti sekolah. lepas pemeriksaan kastam, jalan lelaju pegi cari bas then turun di stesen MRT terus ke USS. and nasib kitorang baik, sampai di USS tepat pkol 10 and USS baru nk bukak pintu. sangat haven! so ape lagi snap snap la dulu. kalau tak snap depan USS tu tak valid ouls pegi sana!

 

 

clear kan takde manusia lain nk masuk frame.

 

bila dah dapat masuk awal, tetambah tak ramai orang sebab bukan cuti sekolah, semua permainan kitorang bantai main. sebab tak kena beratur lama dan panjang. bagi sape yang dah penah pergi, tahulah cemana barisan dia, terbaik punya lilitan ular diorang buat. mula mula sekali, masuk terus ke Tranformers punya game kat Sci-Fi City. sebab dah target nk main 4D ride yang kat situ. terbaik baq hang! kalau meletup tu rasaaura meletup. rasa panas siap kita macak dalam kereta yg tengah beraksi.

 

 

 

cewah! bumbble bee punya eksyen!

 

 

benda alah ni..all sparks kan?

 

 

punya syok naik ni rasa macam nak naik lagi. tapi ride lain banyak lagi. so kitorang terus jenjalan. of course kalau korang masuk USS ni korang kena naik rollor coster dia yang paling gila. ada dua, satu human, satu lagi cylon. pada aku human tu biasa je. sebab duduk biasa je. cylon adalah yang paling shit! time dah jalan tu rasa menyesal naik sebab duduk tergantung. ahhhh gila horror tapi best!

 

 

 

yang biru tu human yang merah tu cylon. tak ke gila. dia lepas serentak.

 

 

 

so habis naik ride yang gila tu, kitorang terus jalan. masuk The Mummy punya ride pulak. yang ni pon ohsem gila. paling ohsem is bila dia kata “KAMU AKAN MASUK NERAKA” and tetiba ada api besar atas dinding. panas gila..memang super real! keluar tu ada la modeldiorang kat luar. sempat la snap snap sikit. walaupun yang perempuan tu TH nmpak macam laki je..sebab semacam je dia. rasanya lah itu perempuan jadian.

 

 

 

nak jugak kan!

 

 

 

see semua jantan kan dalam gamba tu. hiks! ye ye gua gemok!

 

 

habis main tu sambung lagi, pegi jurassic park punya tempat pulak. naik ride dia. gua lupa lah ride dia ape, oh naik mcm rollor coster pondan tu. dia gantung jugak. tapi slow lah. macam dia bawak jalan jalan dalam hutan. menarik gak la. bayar tiket mahal kan, miss satu benda tak best lah! and ada orang takot dengan dinasor robot weh! aherherher

 

 

 

 

 

 

untuk info, kalau masuk dalam ni, biasanya nanti ada satu slot macam live action punya persembahan. ada jadual dia. so kalau nak masuk dalam ni, pergi grab dulu jadual dia, then rancang perjalanan dalam tu. sebab besar kawasan tu. kalau genting takpelah takde besar mana. agak mengujakan jugak la show tu. siap letup2 real,api real,tembak je tak real sebab matilah pelakon kalau tembak real.

 

 

 

set untuk live show tu.

 

 

habis je live show, ada masuk satu panggung horror rock show kot. ahh tak ingat nama show tu. yang tu pon best gila. habis je tgk show tu, takde dah la benda nak buat, jalan jalan pegi FAR FAR AWAY KINGDOM pulak. ada ride dia. gua lupa naik ke tak. makan semut banyak. kahkah! tapi tempat tu cantik lah. cantik sbb binaan medieval tu.

 

 

 

gua batak woi! sebab tempat tu best dan cantik.

 

 

 

mengakhiri tour kitorang dalam Universal Studio Singapore tu, kiotang naik lah ride yang tak berapa menarik tapi takdelah bosan, yang binatang binatang afrika tu, ape tah nama muvi tu. haaa!! madagascar! naik ride dalam air.

 

 

 

jumpe kawan lama. hiks!

 

 

lepas tu dalam pkol 5 kot kitorang keluar lah dari USS tu. pegi pulak ke tempat Song of the Sea tu. memang dalam satu pulau tu je. Pulau Sentosa. USS pon dalam tu. and kalau korang bosan time tunggu nak masuk show tu kalau lambat lagi nak start, boleh je main satu ride rasa. urgh!! lupa lagi nama ride tu. ah tengok jelah gambar kat bawah ni ye

 

 

 

 

haaa inilah hewan tu. nama dia LUGE kot. bayar tiket dia. naik guna cable car,turun pakai kereta sorong tu.

 

 

 

song of the sea, ada jugak jadual dia, TH dari meleysia lagi dah book online tiket untuk show ni. sebab takot habis and pick sensiap waktu nak masuk. sangat cantik. persembahan musikal, ada pelako, guna teknik semburan air (mist) and laser laser memang terpukau lah. cantik. dulu ada sekali malaysia buat. kat eye of malaysia. taman tasik titiwangsa, malam je ada show lebih kurang macam ni. tapi skang tataw la ada lagi ke tak.

 

 

 

IMG_6208

 

 

 

IMG_6212

 

 

cantik kan? lepas habis tengok show, balik ke JB dan check in kat M Hotel nama hotel tu. best. bilik besar. dah macam suite dah bilik dia. rate pon takde lah mahal sangat. paling penting is ada parking khas untuk costumer and ada breakfast. itu terbaik. and untuk hari kedua, TH just jenjalan je kat singapore. pegi orchard road, pegi emmm mana lagi eh..ohh marina bay tu, amek gambar kat merlion, shopping sikit and so on lah. sebab hari kedua tu dah takde tempat spesifik nak jalan sangat. tapi sangat convenience semua tempat kat singapore yang best tu boleh reach dengan MRT aje. and persekitara singapore sangat bersih weh! juat kalau nk berak je kena calit calit if you know what I mean. so, jum pegi sekali lagi nak?

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *