Tuesday, July 16, 2013

KOREA! mengasyikkan

 

 

 

 

 

hai semua! lama rasanya tak ketuk ketuk keyboard menghapdate blog yang tak berapa feymes ni. ok ape khabar semua. ahh bajet ada orang baca ke blog ni. ekeke.

 

oke, kan sekarang ni orang dok sebok sebok nak pasal kpork lah kan. so, awal mei yang lepas saya berpeluang melawat negara KOREA. menerusi program lawatan “Company Trip” yelahh kompeni kitorang mana ade anuual dinner so our bos ganti lah dengan annual company trip. sangat ohsem! kos pergi sana? tak mahal. sebab masa tu kitorang dapat tiket promo. tambah pergi sana kami dapat pakej dari agen yang best. harga dia pon best lah.

 

TIKET RETURN : MYR 1800++

GROUND PAKEJ : 1700++ PER PAX

 

 

untuk info, kalau naik MAS, sehari satu trip je diorang ada. so bertolak ke Incheon International Airport, Korea dari KLIA pukul 11.30 malam dan sampai di Incheon dalam pkol 7 pagi. lebih kurang 6 jam perjalanan. hari pertama kitorang sampai di Korea, masa tu musim bunga. tapi suhu tetap sejuk woi! tak pakai sweater memang menggigil lah. sampai je pagi tu kitorang terus proceed ke Nami Island. alahh tempat Winter Sonata tu berlakon tuh. haaa best oh. dari airport ke Nami Island 2 jam.

 

 

naik feri ke Nami Island

 

 

gambar tipikal melompat kan. aherherher

 

 

 

ok habis je jalan jalan di Nami Island, kami terus ke Seoraksan National Park ataupun Taman Negara Seorak. dari Nami Island ke sini mengambil masa 2 jam. jauh jugak kan. tapi worth it. sebab sini sangat best.

 

 

jalan mendaki ke puncak bukit

 

bergambar bersama beruang di pintu masuk.

 

dah penat mendaki, kami menetap di Maremons Hotel, satu satunya hotel yang best area ni. atas bukit. mengadap ke laut. diberitahu, kawasan ni, hotel ni yang paling bagus, ohh.. ternyata betol hotel ni best. dalam dia best. tapi kalau nak guan wifi, kena lepak kat lobi. sebab dalam bilik tak dapat wifi.

 

 

pemandangan awal pagi dari balkoni bilik. santeq kan.

 

 

keesokannya kami checkout dari hotel tu, menuju ke Everland Theme Park. dalam perjalanan ke Everland tu, kami singgah main panah dan ambil gambar di Kwongumsong Fotress. Ini dulu adalah satu kubu masa dinasti ape tah. hahaha tourist guide tu cerita tapi macam biasalah. saya tak ambil port sangat kalau sejarah ni. aherherher.

 

 

 

 

 

habis bergambar dan memanah, kami teruskan perjalanan ke Everland, tapi ada satu lagi pit stop, berhenti di pusat buat kimchi. belajar buat kimchi. menarik gak. senang aje buat kimchi. rendam rendam sapu sapu poof! dah siap.

 

makcik ni tengah mengajar buat kimchi.

 

 

yeih! kimchi saya buat dah siap Smile

 

 

habis buat kimchi, turun bawah test baju tradisional korea dulu. hanbok nama dia. barulah bertolak betol betol ke Everland. akhirnya. seksaited gila. katanya theme park paling besar di seoul, eh ke korea tah.

 

 

testing pakai hanbok. untuk pengetahuan, kaler kuning tu kaler untuk maharaja. okbai Smile

 

 

naik cable car masuk ke dalam everland.

 

dalam everland. nampak tak awek korea sebelah tu. ehehee

 

 

penat oh seharian berjalan.habis jenjalan terus kami menuju ke Seoul. menginap di Seoul Stars Hotel. di daerah Gangnam. btw daerah gangnam adalah best. malam meriah. so siapa nak pergi seoul, sila lah menginap di daerah gangnam. esoknya pulak kami dibawa ke Blue House atau dalam nama lain kalau kat amerika tu nama dia White House. lepas tu masuk ke Kyongbok Palace. kalau tak silap, sini lah diorang berlakon jewel in the palace tu. kalau kat korea tu tempat makanan halal paling besar di daerah itaewon. makanan arab ada, india ada rusia ada. tapi sebenarnya kat korea takdelah susah mana nak cari makanan halal. and kami dibawak shopping di Namdaemun dan Dongadaemun. memang heaven lah kalau nk shopping sini. tambah tambah kalau kosmetik. memang banyak kat sana. tak kira laki ke perempuan punya.

 

jalan ke Kyongbok Palace. cantik kan.

 

dalam Kyongbok Palace.

 

 

ni di flea market diorang.

 

selain tu pergi guan Seoul N Tower and dalam area Kyongbok Palace tu gak sebenarnya ada National Folk Museum. so pergi sekali lah alang alang kan. tapi biasalah musium. bosan nk arwah. bahaha..so tak lama pon dalam tu.

 

 

in front of National Folks Museum

 

 

National Folk Museum

 

 

atas Seoul N Tower.

 

 

Seoul N Tower.

 

 

ok dah habis nak cerita. so kesimpulannya? BEST OH PEGI KOREA. okbai!

No comments:

 

Copyright © 2013 | Helios Blog