Monday, December 2, 2013

hello dot.com

 

 

Asslaamualaikum WBT.

Salam Sejahtera.

 

tadaa! dah tengok template baru blog TH ni? ni semua jasa cik bulat sebab TH tempah kat dia. murah ja. cantik tak? kalau nak cantik jugak pegi la book kat dia. serius berbaloi. ok enuf promote blog si bulat ni. kakaka. meh tengok kat bawah ni.

 

Presentation1

ni header template yang TH mintak.

 

 

Presentation2

ni pulak footer. cantik kan?

 

 

so sebab lately TH slalu travel, TH rebranding my blog to “Helios’s Travel Dairies” gituh! travel dairies tu tak bermaksud untuk travel je. kehidupan ni travel gak what. so blog ni akan penuh dengan segala macam mak nenek cerita lah. maybe ada lebihkan pasal pegi travel ajelah yang lainnya.

 

untuk melengkapkan transformasi blog, padahal blog malas update. TH dah beli domain yang dari dulu rasa nak beli tapi tak terbeli beli lagi. harini gatal tangan, masuk netkl punya website, terus beli. tadaaaa!! dah tukar kepada

 

 

www.taufiqhelios.com

 

 

ok itu je nak cerita sebenarnya. masih jakun sebab dah beli domain. elehhh hekhelehh domain je pon!!!!! okbye! nanti kita jumpa lagi ye.

Friday, November 8, 2013

Beach Vacation - Pulau Redang

 

 

 

hi! dah lama tak update blog ni. ok kali ni jum kita update pasal TH pegi Pulau Redang kat Terengganu. to be frank, TH suka sangat pergi ke pantai, mandi laut, snorkeling. so most of my vacation, TH suka pergi ke tetempat macam ni. so kali ni pon ala2 percutian bajet jugak. sebab ape? tak spend banyak pon. 500 untuk pakej makan, snorkling dan hotel. boat transfer pon termasuk. dari jetty syahbandar ke pulau redang. so dari KL ni TH and my travelmate driving aje. tapi sumpah tanak drive dah! jauh oh! lain kali amek flight ajelah nak pegi sana.

 

 

dipendekkan cerita, kalau nak ke Pulau Redang trip paling awal boat dari jetty syahbandar, is pukol 9 pagi, secocn pukol 12. rasanya ada dua trip aje pagi kalau tak silap. so sebab nak sampai awal ke pulau redang, TH ambil trip yang paling awal tu. perjalanandari jetty syahbandar ke pulau redang mengambil masa lebih kurang 2 jam. jauh tu! tapi berbaloi. sebab pulau redang sangat cantik.

 

 

 

 

 

sampai je ke pulau redang, kitorang terus pergi checkin hotel. woha! pasir kat pantai redang sangat putih. sangat best. and for those yang ambil pakej kalau pergi pulau redang ni, selepas checkin akan ada satu sesi breifing untuk aktiviti sepanjang anda disana. aktiviti pertama around 2 p.m is snorkling. ah! yang ni TH skip lah sebab penat. tido je dalam bilik. petang baru bangun minum petang kendian jenjalan around pulau redang and terus dinner. so untuk malam pertama dinner dia biasa je. takde BBQ lagi. malam kedua baru ada sesi BBQ. (termasuk dalam pakej) .

 

 

 

untuk hari kedua, pagi akan ada satu sesi snorkling, petang pon ada. tapi tengahari dia hantar balik dulu untuk lunch. kat sini jugak ada snorkling kat open sea! lagi cantik kalau snorkling kat open sea dari snorkling kat taman laut sebab tempat dia lagi bersih. kalau kat taman laut ramai manusia kat sana. so crowded sikit lah.

 

 

 

 

pulon nak naik boat nak pi snorkling!

 

 

ni snorkling kat pillar kat taman laut. ahahaha banyak kan ikan?

 

 

sini pon banyak gila ikan.

 

 

 

so bila dah penat whole day snorkling, malam tu BBQ pulak. BBQ kat sini best sebab kita kena amek bahan mentah tu and panggang sendiri. griller dia besar. siyes best. ape lagi memang posing habis lah amek gamba kat griller tu even panas pon. fefeling ANTM kahkah! and banyak jugak la makanan dia sediakan malam tu. chicken wing ada, beef ada, lamb ada. hamboi tak menang perut makan tahu!

 

 

besar kan. besar kan. HAHAHAH

 

 

 

ambik! gelojoh baq hang!

 

 

habis lah aktiviti 3hari2malam ka tpulau redang dengan bbq tu. tapi sangat enjoy! oh! lupa cerita. malam lepas BBQ tu diorang ada buat beach party. homai! best gila kot resert yang kitorang stay tu. tapi lepak kejap je kat beach party tu malam tu sebab lelama macam bosan plus dah mengantok. and yang lain pon ramai dok mabok2 tepi pantai tu. not into that. balik tidoq, depa dok party sampai pkol 1 pagi. hoingaq baq hang takleh tidoq! hahaha!!

 

 

 

babai redang! nanti kita jumpa lagi ye!!!

Thursday, October 10, 2013

Destinasi Budget ; Singapore – USS

 

 

 

 

haa.nampak tak gambar ape atas tu. nampak tak? ok kali ni nak cerita pasal TH jenjalan kat kota singa. atau nama formal SINGAPURA atau SINGAPORE. kalau ikotkan sejarah, singapura asalnya sebahagian dari malaysia. kumfem korang tahu kan. for your info, ni merupakan kali pertama TH ke luar negara. aherherher kesian kan.

 

 

kebetulan pergi travel fair, ada la pulak jual tiket masuk USS Singapore murah. siap kalau beli kat diorang tu, dapat voucher makan dalam USS tu bernilai 10 dolar. sebenarnya kalau nak pergi jenjalan sana, tak perlu tidur sana pon dah best. tidor je kat JB. macam TH, first night sampai tido kat TUNE HOTEL johor bharu aje. agak selesa la jugak. then our first day, checkout dari hotel, terus ke CIQ. checkout awal pagi buta. semata taknak sesak kat CIQ and nk masuk awal USS sana. nasiblah time kitorang pegi bukan time cuti sekolah. lepas pemeriksaan kastam, jalan lelaju pegi cari bas then turun di stesen MRT terus ke USS. and nasib kitorang baik, sampai di USS tepat pkol 10 and USS baru nk bukak pintu. sangat haven! so ape lagi snap snap la dulu. kalau tak snap depan USS tu tak valid ouls pegi sana!

 

 

clear kan takde manusia lain nk masuk frame.

 

bila dah dapat masuk awal, tetambah tak ramai orang sebab bukan cuti sekolah, semua permainan kitorang bantai main. sebab tak kena beratur lama dan panjang. bagi sape yang dah penah pergi, tahulah cemana barisan dia, terbaik punya lilitan ular diorang buat. mula mula sekali, masuk terus ke Tranformers punya game kat Sci-Fi City. sebab dah target nk main 4D ride yang kat situ. terbaik baq hang! kalau meletup tu rasaaura meletup. rasa panas siap kita macak dalam kereta yg tengah beraksi.

 

 

 

cewah! bumbble bee punya eksyen!

 

 

benda alah ni..all sparks kan?

 

 

punya syok naik ni rasa macam nak naik lagi. tapi ride lain banyak lagi. so kitorang terus jenjalan. of course kalau korang masuk USS ni korang kena naik rollor coster dia yang paling gila. ada dua, satu human, satu lagi cylon. pada aku human tu biasa je. sebab duduk biasa je. cylon adalah yang paling shit! time dah jalan tu rasa menyesal naik sebab duduk tergantung. ahhhh gila horror tapi best!

 

 

 

yang biru tu human yang merah tu cylon. tak ke gila. dia lepas serentak.

 

 

 

so habis naik ride yang gila tu, kitorang terus jalan. masuk The Mummy punya ride pulak. yang ni pon ohsem gila. paling ohsem is bila dia kata “KAMU AKAN MASUK NERAKA” and tetiba ada api besar atas dinding. panas gila..memang super real! keluar tu ada la modeldiorang kat luar. sempat la snap snap sikit. walaupun yang perempuan tu TH nmpak macam laki je..sebab semacam je dia. rasanya lah itu perempuan jadian.

 

 

 

nak jugak kan!

 

 

 

see semua jantan kan dalam gamba tu. hiks! ye ye gua gemok!

 

 

habis main tu sambung lagi, pegi jurassic park punya tempat pulak. naik ride dia. gua lupa lah ride dia ape, oh naik mcm rollor coster pondan tu. dia gantung jugak. tapi slow lah. macam dia bawak jalan jalan dalam hutan. menarik gak la. bayar tiket mahal kan, miss satu benda tak best lah! and ada orang takot dengan dinasor robot weh! aherherher

 

 

 

 

 

 

untuk info, kalau masuk dalam ni, biasanya nanti ada satu slot macam live action punya persembahan. ada jadual dia. so kalau nak masuk dalam ni, pergi grab dulu jadual dia, then rancang perjalanan dalam tu. sebab besar kawasan tu. kalau genting takpelah takde besar mana. agak mengujakan jugak la show tu. siap letup2 real,api real,tembak je tak real sebab matilah pelakon kalau tembak real.

 

 

 

set untuk live show tu.

 

 

habis je live show, ada masuk satu panggung horror rock show kot. ahh tak ingat nama show tu. yang tu pon best gila. habis je tgk show tu, takde dah la benda nak buat, jalan jalan pegi FAR FAR AWAY KINGDOM pulak. ada ride dia. gua lupa naik ke tak. makan semut banyak. kahkah! tapi tempat tu cantik lah. cantik sbb binaan medieval tu.

 

 

 

gua batak woi! sebab tempat tu best dan cantik.

 

 

 

mengakhiri tour kitorang dalam Universal Studio Singapore tu, kiotang naik lah ride yang tak berapa menarik tapi takdelah bosan, yang binatang binatang afrika tu, ape tah nama muvi tu. haaa!! madagascar! naik ride dalam air.

 

 

 

jumpe kawan lama. hiks!

 

 

lepas tu dalam pkol 5 kot kitorang keluar lah dari USS tu. pegi pulak ke tempat Song of the Sea tu. memang dalam satu pulau tu je. Pulau Sentosa. USS pon dalam tu. and kalau korang bosan time tunggu nak masuk show tu kalau lambat lagi nak start, boleh je main satu ride rasa. urgh!! lupa lagi nama ride tu. ah tengok jelah gambar kat bawah ni ye

 

 

 

 

haaa inilah hewan tu. nama dia LUGE kot. bayar tiket dia. naik guna cable car,turun pakai kereta sorong tu.

 

 

 

song of the sea, ada jugak jadual dia, TH dari meleysia lagi dah book online tiket untuk show ni. sebab takot habis and pick sensiap waktu nak masuk. sangat cantik. persembahan musikal, ada pelako, guna teknik semburan air (mist) and laser laser memang terpukau lah. cantik. dulu ada sekali malaysia buat. kat eye of malaysia. taman tasik titiwangsa, malam je ada show lebih kurang macam ni. tapi skang tataw la ada lagi ke tak.

 

 

 

IMG_6208

 

 

 

IMG_6212

 

 

cantik kan? lepas habis tengok show, balik ke JB dan check in kat M Hotel nama hotel tu. best. bilik besar. dah macam suite dah bilik dia. rate pon takde lah mahal sangat. paling penting is ada parking khas untuk costumer and ada breakfast. itu terbaik. and untuk hari kedua, TH just jenjalan je kat singapore. pegi orchard road, pegi emmm mana lagi eh..ohh marina bay tu, amek gambar kat merlion, shopping sikit and so on lah. sebab hari kedua tu dah takde tempat spesifik nak jalan sangat. tapi sangat convenience semua tempat kat singapore yang best tu boleh reach dengan MRT aje. and persekitara singapore sangat bersih weh! juat kalau nk berak je kena calit calit if you know what I mean. so, jum pegi sekali lagi nak?

Tuesday, October 8, 2013

Langkawi Trip

 

 

 

 

 

Kedah, salah satu negeri yang terletak di utara Malaysia, juga digelar Negeri Jelapang Padi. yes, negeri kedah penuh dengan jelapang padi. as for me kedah merupakan salah satu negeri yang TH suka pergi. rasa aman damai je kalau kat kedah. tambahan lagi kampung sebelah my mom kat pendang, kedah. and salah satu tempat pelancongan utama dia kedah is LANGKAWI and my mom suka ajak pergi langkawi. Baru baru ni TH berpeluang melawat langkawi for the first time even dulu 6 tahun studi di kedah.

 

 

We went to langkawi by AirAsia sajor, ada promo masa tu, lupa lah berapa dapat return tiket. tak silap just around RM200 (KL-LKW-KL). and kat langkawi kami sewa kereta (kancil) . untuk pengeahuan, kalau just nak jalan-jalan kat lagkawi tu,tak perlu nak book dari travel agent bagai, sampai kat airport langkawi tu pon dah boleh dapatkan pakej sekali dengan kereta sewa dengan harga berpatutan. tapi be aware, kalalu korang pergi time cuti sekolah or cuti ape-ape pon, for sure harga akan meningkat berkali ganda.

 

 

pantai chenang yang tak cantik langsung!

 

 

sepanjang di langkawi, kami menginap di CITIN HOTEL, di pekan kuah. dekat dengan dataran lang, tempat beli coklat and tempat makan saloma bistro ke ape tah. so kalau nak senang, daripada stay berhampiran pantai chenang, kuah is better. pantai chenang? mahal je lebih kawasan tu. and di langkawi, kitorang just amek pakej untuk mangrove dan island hoping. malangnya island hoping tak sempat sebab brader yang bawak dalam mangrove tour tu nak tunjuk hebat, punya banyak dia bercakap (penerangan dah ala-ala school trip mendekati alam semulajadi) so kitorang tak sempat pergi ke island hoping. and of course diorang refund balik fee untuk island hoping.

 

 

 

 

so dalam tour mangrove tu peserta..hahah peserta kataya akan dibawa ke beberapa tempat, dah tak bape ingat, yang TH ingat is gua kelawar, tempat ikan sangkar, and gua buaya ke ape tah. yang pastinya akan ada berhenti di kawasan paya bakau, yelah mana tour pon mangrove kan. siyes sape yang tak minat bebenda melawat tgk alam semulajadi ni TH nasihatkan tak payah amek. sebab kurang menarik tour ni. and ouh, part yang menarik sikit is at the end of tour diorang bawak untuk eagle feeding. yang tu jelah rasa menarik pon.

 

 

di gua kelawar.

 

 

 

in front of gua kelawar.

 

 

selain tu tempat wajib pergi kalau ke langkawi is Langkawi Cable Car, and rasanya tarikan utama langkawi selain pantai chenang tu memang cable car pon. nasib kami baik sebab time pergi sana orang tak ramai. luckily, kat sana even tak tahu jalan kami gunakan waze (muahahaha). so takdelah sesat nak cari cable car tu. and lagi satu tempat yang wajib pergi is dataran lang yang dedekat pekan kuah tu. orang pergi situ buat ape? tak valid la kaau ke langkawi tak pegi amek gamba dekat burung helang gergasi tu. kebetulan kitorang pergi time merdeka. patriotik sangat photoshoot kat sana ok!

 

 

merdeka!! merdeka!!

 

 

selain pergi beli coklat, perfume jugak agak murah kat langkawi, tapi takde lah murah gila. worst come to worst kalau dah tak reti nak pegi mana kat langkawi tu, ada satu lagi tempat korang boleh pegi, kompleks kraft langkawi. TH pon otw balik dari cable car tulah nampak signboard and singgah la kejap. and kalau nak melawat lagi, pegilah ke taman buaya langkawi. tapi I will not recommend korang masuk taman buaya sana. sangat azab. TH sendiri pon tak masuk. rasa sangat tak berbaloi.

 

 

 

mencanting batik di kompleks kraft.

 

 

lepas tu…underwaterworld pon TH tak masuk, mahal ya rabbi rasanya pegi tengok tiket nak masuk haritu. maklumlah langkawi ni percutian bajet aje. tak payah nk all out kuarkan duit. kahkahkah! and kalau orang tanya ‘nak pergi lagi ke langkawi tu?’ TH akan jawab ‘tak mungkin kot’ sebab for me langkawi takde lah menarik macam diceritakan pon. just so-so aje. sekian. ape kata anda?

Tuesday, July 16, 2013

KOREA! mengasyikkan

 

 

 

 

 

hai semua! lama rasanya tak ketuk ketuk keyboard menghapdate blog yang tak berapa feymes ni. ok ape khabar semua. ahh bajet ada orang baca ke blog ni. ekeke.

 

oke, kan sekarang ni orang dok sebok sebok nak pasal kpork lah kan. so, awal mei yang lepas saya berpeluang melawat negara KOREA. menerusi program lawatan “Company Trip” yelahh kompeni kitorang mana ade anuual dinner so our bos ganti lah dengan annual company trip. sangat ohsem! kos pergi sana? tak mahal. sebab masa tu kitorang dapat tiket promo. tambah pergi sana kami dapat pakej dari agen yang best. harga dia pon best lah.

 

TIKET RETURN : MYR 1800++

GROUND PAKEJ : 1700++ PER PAX

 

 

untuk info, kalau naik MAS, sehari satu trip je diorang ada. so bertolak ke Incheon International Airport, Korea dari KLIA pukul 11.30 malam dan sampai di Incheon dalam pkol 7 pagi. lebih kurang 6 jam perjalanan. hari pertama kitorang sampai di Korea, masa tu musim bunga. tapi suhu tetap sejuk woi! tak pakai sweater memang menggigil lah. sampai je pagi tu kitorang terus proceed ke Nami Island. alahh tempat Winter Sonata tu berlakon tuh. haaa best oh. dari airport ke Nami Island 2 jam.

 

 

naik feri ke Nami Island

 

 

gambar tipikal melompat kan. aherherher

 

 

 

ok habis je jalan jalan di Nami Island, kami terus ke Seoraksan National Park ataupun Taman Negara Seorak. dari Nami Island ke sini mengambil masa 2 jam. jauh jugak kan. tapi worth it. sebab sini sangat best.

 

 

jalan mendaki ke puncak bukit

 

bergambar bersama beruang di pintu masuk.

 

dah penat mendaki, kami menetap di Maremons Hotel, satu satunya hotel yang best area ni. atas bukit. mengadap ke laut. diberitahu, kawasan ni, hotel ni yang paling bagus, ohh.. ternyata betol hotel ni best. dalam dia best. tapi kalau nak guan wifi, kena lepak kat lobi. sebab dalam bilik tak dapat wifi.

 

 

pemandangan awal pagi dari balkoni bilik. santeq kan.

 

 

keesokannya kami checkout dari hotel tu, menuju ke Everland Theme Park. dalam perjalanan ke Everland tu, kami singgah main panah dan ambil gambar di Kwongumsong Fotress. Ini dulu adalah satu kubu masa dinasti ape tah. hahaha tourist guide tu cerita tapi macam biasalah. saya tak ambil port sangat kalau sejarah ni. aherherher.

 

 

 

 

 

habis bergambar dan memanah, kami teruskan perjalanan ke Everland, tapi ada satu lagi pit stop, berhenti di pusat buat kimchi. belajar buat kimchi. menarik gak. senang aje buat kimchi. rendam rendam sapu sapu poof! dah siap.

 

makcik ni tengah mengajar buat kimchi.

 

 

yeih! kimchi saya buat dah siap Smile

 

 

habis buat kimchi, turun bawah test baju tradisional korea dulu. hanbok nama dia. barulah bertolak betol betol ke Everland. akhirnya. seksaited gila. katanya theme park paling besar di seoul, eh ke korea tah.

 

 

testing pakai hanbok. untuk pengetahuan, kaler kuning tu kaler untuk maharaja. okbai Smile

 

 

naik cable car masuk ke dalam everland.

 

dalam everland. nampak tak awek korea sebelah tu. ehehee

 

 

penat oh seharian berjalan.habis jenjalan terus kami menuju ke Seoul. menginap di Seoul Stars Hotel. di daerah Gangnam. btw daerah gangnam adalah best. malam meriah. so siapa nak pergi seoul, sila lah menginap di daerah gangnam. esoknya pulak kami dibawa ke Blue House atau dalam nama lain kalau kat amerika tu nama dia White House. lepas tu masuk ke Kyongbok Palace. kalau tak silap, sini lah diorang berlakon jewel in the palace tu. kalau kat korea tu tempat makanan halal paling besar di daerah itaewon. makanan arab ada, india ada rusia ada. tapi sebenarnya kat korea takdelah susah mana nak cari makanan halal. and kami dibawak shopping di Namdaemun dan Dongadaemun. memang heaven lah kalau nk shopping sini. tambah tambah kalau kosmetik. memang banyak kat sana. tak kira laki ke perempuan punya.

 

jalan ke Kyongbok Palace. cantik kan.

 

dalam Kyongbok Palace.

 

 

ni di flea market diorang.

 

selain tu pergi guan Seoul N Tower and dalam area Kyongbok Palace tu gak sebenarnya ada National Folk Museum. so pergi sekali lah alang alang kan. tapi biasalah musium. bosan nk arwah. bahaha..so tak lama pon dalam tu.

 

 

in front of National Folks Museum

 

 

National Folk Museum

 

 

atas Seoul N Tower.

 

 

Seoul N Tower.

 

 

ok dah habis nak cerita. so kesimpulannya? BEST OH PEGI KOREA. okbai!

 

Copyright © 2013 | Helios Blog