[Perutusan Khas Hari Raya] SALAM MERDEKA RAYA

8:48 PM

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

 

header baru

 

 

 

Alhamdulillah setelah hampir sebulan kita berpuasa, kini sampai lah masa kita untuk meraikan kedatangan Hari Raya dengan penuh kesyukuran. dikesempatan ni, TH sangat sangat nak mohon maaf kepada semua bloggers,tweeples dan readers yang selama ini banyak bagi sokongan kat TH dalam dunia blog ni. tanpa korang blog TH ni takkan kemana. tak lupa raya ni pakat la mai rumah TH. insyaAllah sampai raya ketiga TH ada kat rumah. lepas tu TH nak balik kedah kejap. beraya di kedah. SALAM MERDEKA RAYA dari TH.

 

 

 

TH : jemput semua mai rumah ye Smile mama taun ni nak buat lontong kot

Movie Review + Trailler | Final Destination 5

6:25 PM

 

SALAM SEJAHTERA.

 

Pernah tengok Final Destination 1 sampai Final Destination 4? Ok today TH baru menyaksikan satu lagi sambungan filem Final Destination ini jeng jeng.. FINAL DESTINATION 5 (3D). As you know macam yang terdahulu, Final Destination 5 kali ini juga membawakan genre Horror/Thriller. sebelum tu. kita tengok trailer tulu yuk!

 

 

Final Destination 5

 

 

 

Rating 6.5 / 10

 

 

Plot Review

 

 

Plot Final Destination 5 pada kali ini bermula apabila Sam (watak utama) dan rakan sekerja yang lain menyertai satu business trip yang dianjurkan oleh syarikat dimana mereka bekerja. Dalam perjalanan Sam mendapat bayangan/visi yang mengatakan bahawa jambatan tersebut akan runtuh dan mereka semua akan mati. Setelah tersedar, dia mengajak rakannya melarikan diri dan mereka terselamat walaupun ada yang terkorban. Maka bermula lah episode kehidupan mereka yang dikejar oleh maut.. adakah mereka terselamat? Saksikan di pawagam terdekat.

 

 

Tak Best : yang paling obvious Jalan cerita dari mula sampai pertengahan sangat stereotaip macam FD yang lepas. Macam mana plot kematian dimulakan dengan dapat bayangan/visi . dan benda ni berlarutan sampai ke pertengahan cerita.walaupun pada akhir jalan cerita ada twist yang macam best, tapi cara ending filem ni tetap sama dengan yang lepas.

 

 

PRO : honestly TH ingat FD 5 kali ni tak best. Sebab yang lepas tu macam kurang je. But. Siriyes.. opening dia dah sangat gross. Memang best la. And cara kematian tu ditunjukkan sangat real. Sampai TH pon geli nak tengok. Ada satu part TH sampai tengok dari celah jeri je. WADDEFAK! Geli siot haha! And dati pertengahan cerita till sebelum ending FD 5 ni diorang ada twist dan memberi pembaharuan bagaimana kematian memburu mereka yang tinggal. Memang tak dijangka

 

 

salah satu scene. mati terlipat. HAHA!

 

 

AMARAN : kepada mereka yang tak tahan geli TH nasihatkan jangan tengok. FD 5 ni sooooo groosss

[ENTRY EMO] Saya Tak Suka Ban Sehari. Ada Masalah??

1:03 AM

 

 

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

credit to : pakrodi

 

 

 

Dalam dunia ini standart la ada orang suke kita..ada orang tak suke kita. pilihan kita nak suke or not tuh ikot suke diri sendiri lah. kita tak boleh nak expect orang yang kita suka tu, orang lain akan suke gak. maybe orang yang kita suka tu, orang lain benci. maybe orang benci tapi takot nak bersuara. and ada orang yang benci dan dia berani bersuara.tak kira lah dia blogger lama ke..ada ramai follower ke..trafik dia banyak ke..dia dewa blogger ke..ramai yang dia naikkan ke.ada aku kesah?

 

 

macam aku,dulu aku penah join segmen dia.tapi sekali dua je. then aku pikir balik.watpe nak bergantung kat dia.better usaha sendiri. rasanya semua dah tahu aku tak suke ban sehari. sebab ape tak suke? perlu ke aku senaraikan? aku rasa sape yang seangkatan dengan aku, mesti tahu sebab ape aku tak suke.sape nak tahu kenapa DM twitter aku @taufiqhelios. boleh? dah. ada masalah ke kalau aku tak suke? deymm!! tak perlu lah nak ada jaguh kampung kononnya nak jadik penyelamat nak backup nak cakap aku jahat sebab aku tak suka ban sehari. ikot suke lah aku nak suke ke tak. aku ada sebab aku sendiri. korang suke itu korang punye pasal. aku suke zack entry, zack zukhairi, garang, jellyboone, penyu, cik bulat, aslann, danbanyak lagi. so, aku tak suke mean aku tak suke lah. aku suke mean aku suke. ada masalah?

 

 

 

TH : pilihan ditangan kita. pandai makan pandai simpan la ye Smile

[Album Baru] Yazer : Raja dan Hamba

10:39 PM

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

bersempena MAJLIS BERBUKA UNIVERSAL MUSIC yang TH dan rakan blogger lain hadir, saudara yazer ada membuat persembahan dan beliau juga ada memberikan free copy of his new album. album baru beliau yang bertajuk RAJA DAN HAMBA ini menampilkan elemen muzik rock dan slow rock (betul ke? TH pon tak tahu sangat pasal genra lagu nih.. ekekeke).

 

 

yazer-poster-vertical-large-final-traced

 

 

antara track yang dimuatkan dalam album terbaru beliau adalah :

 

Raja Dan Hamba
Tetap Padamu
Kau Masih
Spektakular
Usah Sangsi Lagi
Jerat
Lain Dari Yang Lain
Cinta Zaman Berzaman (new arrangement)

 

 

oh! siriyesly TH suke denagn album yazer ni especially lagu RAJA DAN HAMBA. korang wajib dengar ok. sebab siyes best. slalu TH dengar POP je banyak. kali ni tukar genre sikit. ternyata tak menghampakan.

 

 

TH : make sure beli yang ori ok Smile

Majlis Berbuka Puasa Universal Music Bersama Anak Yatim

1:57 AM

 

 

SALAM SEJAHTERA

 

 

 

today TH dan beberapa kawan diberi peluang untuk menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Universal Music Malaysia bersama Anak Yatim dari Maahad Tahfiz Baitul Hikmah,Danau Kota,Setapak. terima kasik tak terhingga kepada abe Hilal Azmi dan Universal Music atas jemputan.

 

 

Photo0400

antara adik adik dari rumah anak yatim tersebut

 

 

Majlis berbuka puasa yang diadakan di Shazana Pau Shop and Café ,Kampung Baru Kuala Lumpur kali ini amat istimewa. selain kehadiran adik adik dari rumah anak yatim tersebut, artis dibawah naungan Universal Music . antara yang datang memeriahkan majlis, is Ana Raffali, Yazer, Kugiran Tepi Pantai dan lain lain rakan artis dan tak lupa blogger yang dijemput khas untuk menghadiri majlis ini.

 

 

Photo0397

with ana raffali. kbai! kamera tak elok. haha

 

 

Selain mengadakan majlis berbuka puasa, pihak Universal Music juga mengadakan majlis penyampaian kuih dan duit raya kepada semua adik adik dari rumah anak yatim yang hadir. Selepas itu, majlis diserikan lagi dengan persembahan Kugiran Tepi Pantai dan Yazer. dan special untuk blogger yang hadir, selepas adik adik dari rumah anak yatim balik, persembahan khas oleh kumpulan duo yang dinamakan Ahmad-Ahmad. sangat menarik dan enjoy. muzik mereka sangat best. tapi TH tak dapt maklumat penuh sangat. takpe..yang penting dah keluar nanti..korang wajib dengar muzik diorang. sangat best!

 

 

Photo0405

persembahan khas duo ahmad-ahmad

 

 

Photo0403

rambut skema. haha! kbai!

 

 

TH ; thx ye abe.. sebab sudi jemput saye

Kad Raya | Tradisi Lapuk?

11:05 PM

 

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

 

 

 

dalam kehangatan menyambut ramadhan. sedar tak sedar kita dah melepasi 15 hari dalam bulan ramadhan. kalu sekarang ni pergi mana-mana pon semua dah pasang lagu raya. dalam redio TH pasang kat pejabat siang tadi pon dah banyak lagu raya. haha. naisee!! bahang raya dah terasa.and kalau bercakap pasal raya ni, mesti semua teringat lemang,rendang,mercun dan tak lupa kad raya. yeah kad raya. ekceli nk pegi beli kad raya skang ni pon susah kot. tak banyak mall yang jual kad raya. err.. ini menunjukkan kad raya dah lapuk? err.. no komen

 

 

sekarang ni orang pos tak lagi kad raya eh? teringat zaman kekecik dulu.sekali nak raya memang la pejabat pos tuh jem sebab orang ramai nk pos kad raya.tapi sekarang tradisi ni masih lagi ke diteruskan? releven ke lagi tradisi menghantar kad raya? pos segala bagai ni? kalau ditanya kat TH, TH rasa sanga suwitt bila main hehantar kad raya ni. ye lah. even a single kad and simple kad.. tapi tanda org tu berusaha nak hantar,dia ingat kat kita. terharu beb!

 

 

ada gak TH buat survey dalam twitter. TH tanya ape pendapat pasal benda nih. ada yang jawab :

 

 

image

 

 

haha.. tu antara jawapan yang TH dapat la. tapi terserah la. sebab pendapat menmasing kan. ye la..ada yang suke cara lama. ada yang suke cara baru. so,xleh la kita nk salahkan sesapa. tapi as for me. I would love to kekalkan tradisi hehantar kad raya nih. sebab tu TH dah ajak beberapa rakan blogger dan twitter buat ala-ala sistem barter main tetukar kad raya. yeah! tak sabar lah nak dapat kad raya taun nih.. sebab farawahida pon join. haha..

 

 

TH : kad raya..kad raya.. ouh yeah!!

(Video) Temuramah Asyraf Haziq Mangsa Pukul dan Rompak | Rusuhan di London

9:05 AM

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

selepas ape yang berlaku kepada adik Asyraf Haziq, 20 semasa rusuhan di kota london dimana beliau dipukul dan dirompak.beliau telah dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan. berikut video rentetan peristiwa tersebut :

 

 

dalam video ini menunjukkan ada yang nak menolong. tapi dalam masa yang sama merompak adik Asyraf Haziq

 

 

 

dan selepas beliau selamat menjalani rawatan, pihak media telah menemuramah beliau. berikut video tersebut :

 

 

haha.. baik budaknye eh.. slang english dia sedap oh!

OMG! Saya Segak Berbaju Melayu . Hensemnye SAYA! | Contest by @marhfiz

6:20 PM

 

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

today TH nak join kontes adik sorang nih. jum tengok! btw, sape nk join, KELIK SINI

 

 

 

 

 

ni ha gambarnya Smile

 

SONY DSC

 

 

segak kan saya? haha.. gambar candid masa majlis sambutan hari raya ULPM (urusetia latiham pembangunan mahasiswa USIM) tahun lepas Smile

 

 

 

TH : tah menang ke idak kan Be right back

Cuti Cuti Malaysia @TourismMalaysia | Kota A Famosa Melaka

9:07 PM

 

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

selesai berbuka puasa. TH nak berkongsi sedikit pengalaman mengenai satu tempat bersejarah. kalau korang semua ingat, TH pernah berkongsi mengenai Malacca-Unesco World Heritage Music Festival yang fiq attend masa pegi Melaka ritu. so, selain attend event tu, TH ada lah melawat sekitar Melaka. siries. dah lama tak ronda-ronda Melaka.kalau korang nak pegi Melaka tak tahu tempat mana yang menarik, jum kita lawat Kota A Famosa ni.

 

 

IMG_7474

 

berbalik kepada Kota A Famosa, telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia. *WIKIPEDIA* .

 

 

IMG_7503

 

 

naik tangga nak ke atas memang agak penat sikit. tapi rasanya tangga batu caves banyak lagi. siries TH naik pon agak mengah la. tahu tak mengah tu ape? mengah tu penat tercungap-cungap. ok paham dah kan? di atas kota A Famosa tu, ada monumen yang didirikan dan banyak info mengenai binaan tersebut. Selain tu, pemandangan dari atas memang saujana mata memandang. so, rugi lah kalau sape yang pergi ke Melaka tapi tak melawat Kota A Famosa ni.

 

 

selain itu, dalam perjalan turun, korang juga akan jumpe satu tanah perkuburan yang dinamakan perkuburan belanda. TH takde info sangat mengenai tempat ni. maybe sini orang belanda yang mati masa perang dulu..ditanam disini kot. yang penting time TH pegi tuh,ada pokok rambutan kat situ berbuah lebat. tapi tak sanggup nak amek. haha.. takot. kat kubur kot. Smile

 

 

 

TH : Ape lagi.. pergilah melancong. Negara kita banyak tempat menarik

Singgah Sahur Rumah TH bersama Bobby The Babi

5:12 PM

 

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

 

 

 

semalam selepas aktiviti berbuka puasa bersama blogger di jalan TAR, aimman, aslann, nuraizuddin dan ayie terus datang umah TH untuk lepak,tidur. tapi sebelum tuh kamu semua dok proses dapur. pakat-pakat bersahur. nak tengok ape yang dimasak?

 

 

Photo0370

 

 

 

banyak kan? haha.. ok lah. lapar pulak tengok gambar sahur pagi tadi. dalam menunggu lauk utama siap. eman the halia pon sangat lah takde kerja dok main dgn bobby the babi, buat vlog sulung mereka. jum tengok!

 

 

singgah sahur

 

 

TH : haha.. tetiba benda tuh dapat nama bobby kan..

Slot Tazkirah Ramadhan | Berbuka Puasa Padanya Dua Kegembiraan

10:09 AM

 

 

 

SALAM RAMADHAN.

 

Alahmdulillah dah 5 hari kita berpuasa. dah hari ni TH agak rajin. buka puasa tadik TH masak lauk ayam masak merah. perghh.. baru first time masak. nasib lah jadik. kalau tak. haha.. tarik muka nanti orang tu makan. hehe.. tapi tak bape perfect lagi tuh. rasa pedas kurang. rasa lemak terlebih sikit.

 

 

 

Photo0360

ni ayam masak merah ok. bukan masak kurma or masak kuning.kamera phone buruk je  Flirt male

 

 

ok. enuff iklan. menurut satu riwayat rasulullah pernah bersabda bahawa bagiorang berpuasa terdapat dua kegembiraan. yang pertama ; kegembiraan semasa berbuka puasa dan yang kedua : kegembiraan ketika bertemu tuhannya. so, kita buka puasa macam mana? hepi tak? op kos la hepi. sebab dapat makan selepas seharian menahan lapar. betul tak? tapi jangan pulak kita melakukan dosa dalam mencari pahala. macam mana? buka puasa berlebihan sampai membazir. kalau tak sengaja nak buat macam mana kan. tapi kita tetap boleh kontrol. kalau nk beli tuh..ala kadar je la. kalau nak masak tu pepandai agak la. jangan sampai ke tanah jugak juadah tu nanti. tak pepasal kan membazir. so, apa makna kita puasa, tapi time bukak membari gile. betol tak?

 

 

TH : entry ni draf lepas buke semalam. haha Angel

Slot Tazkirah Ramadhan | Puasakah Kita?

5:49 PM

 

 

SALAM RAMADHAN.

 

 

 

harini genap 4 hari kita semua berpuasa dalam bulan ramadhan. tapi sedar tak sedar. betul ke kita puasa? sempurnakah puasa kita tu? itu persoalannya. TH kat sini tak la pandai nak nilai nak kata puasa seseorang tu sempurna ke tak. ini sekadar satu perkongsian esmoga kita saling ingat memperingati. disini TH nak bangkitkan beberapa persoalan. antaranya :

 

 

sempurnakah puasa kita bila pertuturan kita tak dijaga?

sempurnakah puasa kita bila kita tak menjaga pandagan kita?

sempurnakah puasa kita bila dari pagi sampai petang aytik bercakap mengenai keburukan orang lain?

sempurnakah puasa kita bila dalam hati asyik berkata “bila lah nak buka puasa”

sempurnakah puasa kita bila dari pagi samapi petang asyik bercakap mengenai makanan? macam tak makan seminggu?

sempurnakah puasa kita bila kita berbuka secara berlebihan. makan macam tak pernah jumpe makanan?

 

TH takde jawapan. hanya yang membaca dan berfikir dapat mencari jawapannya. kerana semua jawapan ini terletak dalam diri masing-masing. and satu lagi fenomena yang TH nampak sekarang. is kurangnya kesedaran kita dan kita macam tak seronok bila ramadhan datang. sepatutnya ia disambut meriah kerana bulan ramadhan juga merupakan bulan yang mana rasulullah pernah bersabda “ramadhan itu bulan umatku” .

 

mesti readers dapat tengok sekeliling. kalau jenguk kat mall seminggu sebelum ramadhan, segala pentas, pintu gerbang untuk raya dah siap. segala untuk raya dah siap. tak salah tapi bila jadik macam tu, tak nampak pon semangat kita menyambut ramadhan. macam eksited nak raya sampai ramadhan kita tak pandang pon kan. so, nak buat cemana? banyak cara lagi. umpamanya mengimarahkan surau dan masjid di sepanjang ramadhan dgn bertarawikh dan melakukan segala amal kebaikan di dalam bulan ini.

 

 

Photo0343

*gambar TH snap kat sunway pyramid sebelum ramadhan lagi*

 

 

TH : marilah kita mengimarahkan ramadhan yang pernuh kemuliaan ini Smile

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *