Salam Israk Mikraj 1432H

9:56 PM

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

 

 

29 Jun 2011 bersamaan hari Khamis merupakan tarikh yang amat bermakna kepada umat Islam sedunia yang mana hari ini merupakan sambutan Israk Mikraj bagi tahun 2011. Israk Mikraj merupakan salah satu peristiwa yang penting dalam sejarah Islam dimana satu perkara terpenting telah difardhukan oleh ALLAH S.W.T kepada hambanya. dalam peristiwa yang penuh bersejarah ini, ALLAH S.W.T telah memfardhukan SOLAT 5 WAKTU yang telah disampaikan kepada kekasih hati-Nya iaitu RASULULLAH S.A.W.

 

 

dalam peristiwa ini, RASULULLAH telah melalui perjalanan dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa seterusnya naik ke langit dan mengadap ALLAH SWT. pelbagai peristiwa telah diperlihatkan kepada RASULULLAH yang mana ianya menjadi iktibar kepada kita semua sehinggah hari ini. dan salah satunya adalah apabila dalam perjalanan RASULULLAH,baginda diminta untuk memilih samada hendak meminum susu atau arak (pada masa itu belum turun wahyu pengharaman arak). dengan kebijaksanaan baginda, RASULULLAH telah memilih untuk meminum susu. dan JIBRIL A.S menyatakan, itu adalah pilihan yang terbaik kerana ia menggambarkan apa yang akan melanda umat baginda. jikalau pada waktu itu baginda memilih untuk minum arak instead of susu, JIBRIL menjelaskan bahawa umat baginda akan dilanda kerosakan yang teruk.

 

 

seterusnya, melihat dari peristiwa ini, ALLAH SWT telah menggambarkan betapa pentingnya solat fardhu 5 waktu kerana ianya tidak difardhukan melalui penurunan wahyu..tetapi direct kepada RASULULLAH. ini menggambarkan bahawa solat 5 waktu itu adalah sangat penting sehinggat ALLAH SWT tak memfardhukan melalui wasilah JIBRIL A.S tetapi direct kepada RASULULLAH. so,adakah kita menjaga solat kita?

 

 

TH : tepuk dada tanyan iman

3 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *