Thursday, June 30, 2011

Social Networking by Google | Google+ ( Google Plus ) Review

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

balik kerja, tengok twitter, andyhowtt tengah twit pasal Google+ (Google Plus) and dia invite TH untuk try. ape itu Google+ (Google Plus) ? sebenarnya ia adalah satu projek social networking dari syarikat Google. dan Google+ (Google Plus) sekarang masih berada di tahap percubaan. dan hanya boleh di-join via invitation sahaja bat masa nih. TH dah join Google+ (Google Plus) ni dan TH dapati ada sesetengah feature dalam Google+ (Google Plus) ni lebih kurang sama dengan Facebook. tapi ada sedikit ciri yang membuatkan TH rasa Google+ (Google Plus) ini sedikit lebih baik dan kemas berbanding Facebook. Jum kita tengok what’s inside Google+ (Google Plus).

 

 

image

 

 

gambar diatas menunjukkan main stream untuk  Google+ (Google Plus) yang mana semua status update frends korang akan masuk disini. tapi asa satu yang istimewa dalam Google+ (Google Plus) ni. korang boleh tentukan status update siapa je yang akan naik kat main stream ni by choosing stream dari circle mana je yang anda nak. ape tuh circle? kejap lagi TH akan ceritakan.

 

 

image

butang HOME , PHOTO, PROFILE, CIRCLE

 

 

image

ok, ni lah stream yang TH maksudkan tadi. korang boleh pilih status update mana je yang akan naik ke main streamkorang by selecting circle mana je yang korang nak. ok.. circle yang dimaksudkan ialah kumpulan yang terdiri daripada beberapa friends. contohnya, korang create satu circle yang dinamakan “blogger” dan masa tu, korang nak status update dari kawan-kawan under circle blogger je naik,so korang klik je kat stream, and klik kat “blogger” and hanya statu update dari blogger je akan naik. nak undo,tekan butang home.

 

 

 

 

bawah ni pulak is gambaran profile korang. nampak bersih kan? hak hak. stream TH tak penuh lagi. sebab baru sesangat join . siries rasa menarik je benda ni. ye la..jakun lagi. benda baru kan.

 

 

image

your profile wall

 

 

image

 

ok. satu lagi benda menarik dalam Google+ (Google Plus) is dekat bar notification, kat atas sekali sebelah kanan. is.bila ada noti, button noti akan bertukar ke merah. dan bila anda klik di noti, secara terus anda boleh balas on da spot komen di situ. tak perlu tunggu page laod untuk balas noti. best kan?

 

 

image

balas komen on the spot dalam bar notifikasi anda.

 

image

 

diatas pulak, ni adalah gambaran bila anda masuk bahagian circle (frends). so kat atas adalah list semua friend anda, and bawah is circle – kalau dalam facebook friend list or grup. ape yang bestnye, anda boleh klasifikasikan kawan-kawan anda mengikut apa yang anda nak. anda boleh create circle baru. tak kira lah berdasarkan minat ke..kerjaya ke..anything. macam TH, I’ve created circle named “blogger” dan dalam ni TH hanya masukkan kawan-kawan dari kalangan blogger. macam yang TH cakap kat atas tadik, bila nak tengok status update, tak la susah sangat sebab anda boleh pilih nak view status update berdasarkan circle. cemana nak add friend dalam circle ni? hanya semudah drag and drop.

 

image

 

 

imageand satu feature yang membuatkan TH rasa paling menarik disini is korang boleh Hangout. ape tuh hangout? hangout is korang boleh sesembang,chat sambil berwebcam. bukan hanya dengan seorang, tapi beberapa orang. cuba tengok gambaran diatas, TH dan rakan bloggers lain dah mencuba feature ini. dan sangat best. semacam kita melepak bersama. tapi semua berada jauh antara satu sama lain. untuk permulaan, kualiti untuk slot hangout ni masih pada tahap biasa lagi. ye lah.baru tryout untuk Google+ ni kot. nk hangout, cari butang hangout bewarna hijau di sidebar sebelah kanan.

 

 

 

 

 

 

 

image

 

and last but not least, antaramuka Google+ ni untuk photo komen adalah seperti diatas. segala komen akan naik di sidebar di tepi. anda boleh scroll komen tanpa gambar tu ternaik ke atas sekali. alah…kalau dalam FB tu, komen kat bawah. korang scroll nak tengok komen, gambar tertutup. isnt it? and TH rasa inilah antara ciri dalam Google+ yang menarik. u guys shud join it ok. opppsseee..tapi buat masa sekarang baru tryout or lebih kurang beta la. so,sape nak try kena via invitation. and via invitation pon, if ada ruang lagi, boleh la korang join. so, nantikan Google+ full version punya ok!

 

 

TH : sape nak try boleh la hantarkan korang punye emel dalam komen entry dibawah or DM TH on my twitter : @taufiqhelios

Wednesday, June 29, 2011

Salam Israk Mikraj 1432H

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

 

 

29 Jun 2011 bersamaan hari Khamis merupakan tarikh yang amat bermakna kepada umat Islam sedunia yang mana hari ini merupakan sambutan Israk Mikraj bagi tahun 2011. Israk Mikraj merupakan salah satu peristiwa yang penting dalam sejarah Islam dimana satu perkara terpenting telah difardhukan oleh ALLAH S.W.T kepada hambanya. dalam peristiwa yang penuh bersejarah ini, ALLAH S.W.T telah memfardhukan SOLAT 5 WAKTU yang telah disampaikan kepada kekasih hati-Nya iaitu RASULULLAH S.A.W.

 

 

dalam peristiwa ini, RASULULLAH telah melalui perjalanan dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa seterusnya naik ke langit dan mengadap ALLAH SWT. pelbagai peristiwa telah diperlihatkan kepada RASULULLAH yang mana ianya menjadi iktibar kepada kita semua sehinggah hari ini. dan salah satunya adalah apabila dalam perjalanan RASULULLAH,baginda diminta untuk memilih samada hendak meminum susu atau arak (pada masa itu belum turun wahyu pengharaman arak). dengan kebijaksanaan baginda, RASULULLAH telah memilih untuk meminum susu. dan JIBRIL A.S menyatakan, itu adalah pilihan yang terbaik kerana ia menggambarkan apa yang akan melanda umat baginda. jikalau pada waktu itu baginda memilih untuk minum arak instead of susu, JIBRIL menjelaskan bahawa umat baginda akan dilanda kerosakan yang teruk.

 

 

seterusnya, melihat dari peristiwa ini, ALLAH SWT telah menggambarkan betapa pentingnya solat fardhu 5 waktu kerana ianya tidak difardhukan melalui penurunan wahyu..tetapi direct kepada RASULULLAH. ini menggambarkan bahawa solat 5 waktu itu adalah sangat penting sehinggat ALLAH SWT tak memfardhukan melalui wasilah JIBRIL A.S tetapi direct kepada RASULULLAH. so,adakah kita menjaga solat kita?

 

 

TH : tepuk dada tanyan iman

#WW wordless wednesday 7 - Cup?

 

 

SALAM SEJAHTERA

 

#WW

 

 

photo3697_001

 

 

*Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :) more on wiki.answers.com

#WW Wordless Wednesday 6 – Silent Reader

 

SALAM SEJAHTERA.

 

#WW – let the picture do the talking

 

Photo0263

cetusan idea dari budak kecik

 

 

*Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :) more on wiki.answers.com

Sunday, June 26, 2011

psssst!! Gossip Mama #semputsunday rentetan dari #rumahbro

 

 

HAI UOLS!

 

 

gambar hiasan diambil dari : tubelawak.blogspot.com

 

 

malam ni kita gossip nak tak? korang nak tawu tak, tak tawu? meh nk gossip sikit. sempena #semputsunday yang diasaskan semasa di #rumahbro. mama dengar dengar la kan.. dari SINI dan SINI. diorang ni asyik cakap pasal satu grup tu..alaaa..grup mana? alah..grup you-know-which tu la. dengar kata lately admin dia dah tak berapa betol. admin yang mana? mama pon tatawu la..sebab banyak sangat admin. tapi mama rasa ritu mama masuk,tengok admin tu perempuan.

 

 

kata diorang lah kan..nak buat grup yang meletop. tapi perangai admin tu tal tip top pon. tak professional langsung. bila ada masalah,lari dari masalah. masalah ape? mama dengar,ada ahli diorang yang langgar rule. rule ape? rule ping dan lari. masuk, ping trus kua. ada gak yang spam. adelah yang datang cerita kat mama, sebagai penyelesaiannya, admin grup tu tutup wall. takde sape yang boleh ping or post kat wall selain admin. tak ke gila kuasa namanya tu. dah..ape gunanya buat grup kalau korang je nak mencapap, orang lain korang block?

 

 

mama nasihatkan,korang fikir releven la sikit. cark penyelesaian masalah terbaik. bukan macam tu caranya. ahli baru 1K lebih dah rasa power.. yang grup mama join tu ahli dah lebih 7K takde pon masalah. kalau ada sebarang perlanggaran rules, admin tu teugr dengan berhemah dan dapat selesaikan masalah je. semput lah mama macam ni dengan perangai uols! bukan mama hadap nak jadik heroin ke hape..tapi…sangat annoying lah! macam mana nak maju kalau yang tu pon uols tak boleh nk cater.

 

 

 

MAMA : tak payah nak syok sendiri sangat boleh tak?

Kem-Pink #rumahbro | @broframestone – macam mana menjana trafik

 

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

sebelum mula taip panjang, ingat tak my #ww yang ke –4 ? kalau tak ingat <KELIK SINI> . dah tengok? ni la jawapan benda yang kiotrang serbu tuh :

 

 

SONY DSC

blackberry palybook syazwan sarawak yang punye.

 

 

kembali bercerita mengenai topik diatas, ape yang kami dapat, saye dapat especially masa kem kat #rumahro minggu lepas. perghh..dah genap seminggu kan. baru nk publish entry ni. bahaha..lantak lah. nama pon kem blog,so banyak la blogging stuff yang diperkatakan. tapi, ae yang utama TH dapat is bro ada cakap pasal macam mana nak menjana trafik. yes! trafik. dengan trafik,baru boleh buat pengiklanan seterusnya dapat duit. haha..duit je kan. selain tu dah trafik bagus baru lah blog dikenali ramai dan alexa rank naik. haha..alexa pulak kan.

 

sekadar perkongsian,,bro ada bercerita yang kita punya readers ni terdiri dari dua main group :

 

  • readers yang datang bila kita ping blog kat grup  or page.
  • readers organik – yang datang walalupun kita tak ping kat mana-mana pon entry terbaru kita.kiranya pembaca setia lah.tak kira la silent reader ke hape

 

ok. untuk readers/trafik yang dijana dari readers kumpulan pertama memang agak senang nak dapat. sebab ape TH kata senang, korang buat je entry tun menarik..tajuk gempak sure kalau ping,ada orang nak masuk. sebagai contoh try buat tajuk entry “PANAS! ENTRY 18SX” kumfem ramai akan rasa nak klik. betol tak? so,untuk trafik yang didapati dari kumpulan pertama tuh agak senang.cuma kita kena pegi promote je. samada cara ping or BW.

 

 

cabaran sebenar is untuk mendapatkan trafik dari kumpulan kedua tu. sebab ape susah. ye lah. susah kot nak dapat pembaca setia.macam TH punya blog pon,tah..TH tataw sape my readers melainkan yang tinggal komen. bahaha! yang TH tawu,silent readers my blog ni ada lah sikit..lalala~ terdiri dari kawan kampus. kat sini la cabaran sebenar kita macam mana nak menawan hati supaya orang sentiasa datang ke blog kita. so,sini TH ada sikit la hasil dari pemerhatian TH,blog macam mana yang orang suke masuk :

 

  • blog yang tak terlalu berat
  • blog yang kemas
  • blog yang tiada auto play music. kalau ada auto play tu TH sendiri malas nk masuk dah blog tu.
  • blog yang owners dia peramah dan selalu reply komen pembaca
  • blog yang kontent menarik serta gaya penulisan yang menarik.
  • blog yang senang dikomen : takde captcha bagai bila nak komen tu.
  • blog yang jelas target audien nya . maknanya dai tawu adakah samada target pembaca owner ini adalah terdiri dari blogger dan juga bukan blogger.

 

 

yang tu je kot TH rasa. kalau ada penmabahan sila la tambah kat bahagian komen yah. tapi point terpenting macam mana nak dapatkan readers yang setia, TH rasa yang paling penting is target grup blog tu. kalau rasa nak buat blog untuk bloggers, kena la betul pengisian. kalau rasa nak buat blog umum, takyah la asyik-asyik entry pasal blog dan duni blogger je. paham?

 

so,TH rasa ni la antara salah satu dari banyak ilmu yang TH dapat masa kem kat #rumahbro ritu yang TH nak kongsikan. nak lagi? tunggu..who knows ada lagi ke..ehe Smile

 

 

SONY DSC

antara yang join Smile

 

TH : ok..entry ni sangat panjang.bahaha!!

Friday, June 24, 2011

Formula Tipu : Blogger + Blog = Blogger ? versi banyak cakap!

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

gambar hiasan dari blog : dunia lelaki maskulin

 

 

jarang rasanya TH sekarang menulis mengenai perihal blogger. tapi rasanya malam ni jum kita bincangkan satu topik berkaitan dengan blogger. korang perasan tak,biasanya kalau blogger berjumpa blogger, perkara ape yang diorang akan bercakap? pasal dunia blog of course. betol tak? TH start denagn pandangan TH dulu ye. nanti korang sila lah luahkan pendapat dalam ruangan komen ye Smile

 

 

pada hemat TH la kan, tak salah kalau berjumpa antara blogger bercakap pasal dunia belog. tak salah kan? sape kata salah. tapi dah kalau over, TH sendiri rasa nak termuntah. macam blogger ni takde isu lain nak cakap. macam takde life lain dah. iye lah..asal jupe je..blog…asal jupe je blog. tu sebab jadiknye formula macam tajuk entry TH ni. asyik berada dalam satu circle yang sama. perasan tak? suppose lah kan, as a blogger tak kira lah sape pon,kena tawu bezakan la tim emana nk cakap pasal blog,time mana nk cakap pasal benda lain. sebagai contoh, time gath, time main bowling, takkan nak cakap pasal blog kan? TH pon ada update blog gak time gath tu. my bad! suppose enjoy la that moment kan.

 

 

then, time kuar diner ramai-ramai..tak kira la diner ke..lunch ke..nak jugak sembang pasal blog. takde benda lain eh? cuba try test sembang pasal life korang. cane lah nak rapat antara satu sama lain kalau asyik-asyik kehidupan maya tuh je yang diceritakan. cube tukar tukar cite ape benda menarik dalam life yang jadik. isu semasa yang berlaku. and etc etc lah. secara jujur lah, kadang-kadang TH kuar dengan mana-mana blogger, TH berdoa dalam hati jangan lah topik pasal dunia blog je asyik kuar. sikit-sikit tak pe gak..ni A sampai Z conversation pasal dunia belog je.

 

my point here is, kita boleh menyukai dunia belog yang kita dalamnye sekarang..tapi jangan sampai obses. thare’s a lot of things out there kita boleh share sesama bloggers bila kita berjumpe bukan benda dunia blog je. ni kejap kejap kuar la soalan “eh..kau baca tak blog dia tuh” … “eh..fanpage dia tuh da sejuta lah..blogger femes tuh” …. “eh..blog dia tuh bla bla bla…”. ce bukak topik lain. mendalami blogger yang kita kenal tuh ke..contohnya tanya pasal dia studi dulu ke…pasal dia kije ke..maybe pengalaman hidup dia tuh hebat dan kita boleh contohi. tak gitu? haha! kan dah merapu meraban nih.. dah la sikit sikit kan.

 

 

TH : tu pendapat TH, korang punye pendapat?

Thursday, June 23, 2011

Kedai Rakyat 1Malaysia

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

 

 

dulu wawasan 2020. lepas tu islam hadhari. sekarang 1 malaysia. banyak betul visi PM-PM malaysia kan? sekarang ni pulak, atas dasar 1 malaysia, PM kita, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan kedai rakyat 1 malaysia yang bertempat di Kelana Jaya. TH difahamkan kedai ini ala2 kedai pasar mini. dan dikatakan barang yang dijual di kedai ni jauh lebih murah dari semua kedai lain.

 

 

"Melalui Kedai Rakyat 1Malaysia ini, saya difahamkan bahawa selain daripada menawarkan barangan keperluan pada harga yang jauh lebih rendah berbanding pasar raya lain, ia turut menjadi ejen pemangkin untuk pembangunan industri kecil tempatan menerusi penyumberan bekalan daripada perusahaan kecil dan sederhana dalam negara," kata Perdana Menteri.

 

 

bagus lah dah ada kedai murah. tapi..kalau saya dekat bangi,lambat lagi la nak kena tunggu. kedai tu kat Kelana Jaya. kat tempat lain akan dibuka gak kan Datuk?

 

 

TH : macam best je harga murah dimasa semua harga barang tengah naik ni..err..motip tetiba ada kedai ni? haha!

Wednesday, June 22, 2011

#WW Wordless Wednesday 5 - Lucah Ke? (18SX)

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

#WW

 

 

imagehwm.jpg&wsi=24c072c5a4d3c443&ei=cWjzTfKDIYKPkQWC8_GzDA&wsc=tb

*jawapan dalam entry esok Smile

 

 

*Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :) more on wiki.answers.com

#WW Wordless Wednesday 4 - Ape Tu?

 

SALAM SEJAHTERA.

 

#WW

 

SONY DSC

 

mulut dikunci,hanya gambar bercerita

 

 

*Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :) more on wiki.answers.com

Monday, June 20, 2011

Masalah CAPTCHA FACEBOOK | penyelesaian untuk pengguna FIREFOX dan CHROME– updated version

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

anda mengalami masalah untuk posting link di page, group atau wall anda atau wall kangkawan anda di facebook. adakah ini gara-gara CAPTCHA word yang dikenakan di facebook? ape penyelesainnya? sini TH nak bagi sikit tips. korang kalau taknak kena isi CAPTCHA yang mengarut dan menjemukan setiap kali nak ping ape-ape link kat facebook, boleh la guna toolbar AddThis ni. benda ni bukan sahaja boleh dipraktiskan oleh blogger yang nak ping entry..tapi semua pengguna yang nak share ape yang diorang nak share.

 

untuk pengguna FIREFOX :

KELIK SINI UNTUK DOWNLOAD

 

 

image

 

image

 

image

 

 

 

nampak tak toolbar atas tuh untuk share? bila anda nak share sesuatu content eg: entry baru blog, pegi la kat entry tu dulu..then tekan button untuk share kat FB kat toolbar tu, kalau nak share kt fb,akan open satu window baru..macam kat atas gak.. and korang boleh pilih nk share kat group ke..page ke..wall ke.. nak tag sesape ke..then terus tekan button share. easy isnt it? pengguna CHROME jangan risau. add on ni pon available untuk pengguna CHROME.

 

PENGGUNA CHROME :

KELIK SINI UNTUK DOWNLOAD

 

 

image

 

 

cara nak share? sama je..tekan tekan butang..dah siap. senang kan? tak perlu nak pening kepala pasal benda CAPTCHA tu lagi. semudah 1.2.3 !! hope korang dapat amek manfaat dari tutorial nih Smile

 

REMINDER : bila install add on ni, tak bermakna bila anda paste direct dalam FB, takkan ada captcha. anda perlu buat seperti langkah berikut untuk mengelakkan captcha :

 

  1. open page yang anda nak share.
  2. pergi ke toolbar addon ni and klik button pilihan tempat mana anda nak share.
  3. satu new tab akan naik untuk share. buat pilihan nak share.
  4. tekan “SHARE THIS LINK”

 

peringatan : kebiasaannya selepas tekan butang share ni, new window tu takkan tertutup automatik. ini membolehkan anda share lagi dimana yang anda suka. tapi tetap dalam pilihan laman sosial asal. cthnya..kalau anda nk share di FB, anda boleh share di wall, then tekan share. window tu takkan tertutup, anda boleh pilih untuk share di fanpage pulak or grup. tapi kalau nak share di laman yang lain, kena mula balik prosedur dari step 2.

 

 

 

TH : saya pon guna cara ni je sekarang. senang!!

Mak kata “BERKAWAN BIAR BERIBU”

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

dulu mak selalu pesan kat TH..dan sampai sekarang TH ingat. tak pernah lupe.

 

 

mak kata “adik..besar besar nanti, kalau nak berkawan biar beribu..berjuta pon takpe..”

 

 

and as for me, TH suke make new friend sampai buah hati TH eh..ex-buah hati TH dulu sangat marah sebab TH terlalu peramah. dia rasa xselesa kot TH ramah sangat dengan orang lain selain dia. dah la..tu cerita lama. ce tengok, kalau pergi mana pon TH suke make new friend. tak kira kau laki ke..perempuan ke..hitam ke..putih ke..pendek ke..hensem ke..huduh ke..bak kata mak “BERKAWAN BIAR BERIBU” dan jangan memilih kawan. takde nak bernanah kalau kawan dengan sume orang. tapi..ada tapi nya..nak kawan dengan sape pon..kawan lah. yang penting, benda baik jadikan tauladan,yang buruk jadikan sempadan. itu paling penting.

 

 

tapi kan,ada sesetengah orang ni,kalau berkawan,dia lebih selesa berada dalam “ZON SELESA” dia je. ape tuh zon selesa. kalau zon selesa yang merujuk pada entry ni, is contohnya. sorang tu dah berkawan rapat dengan sorang or dua orang or tiga orang kawan baru dia. then pegi mana pon nak melekat sama-sama je. pegi event pon asyik nak “KITA-KITA AJE”. taknak bercampu dengan orang lain. kalau bercampur pon, sekadar syarat je. tahap kelekatan tu sampai orang luar tengok pon rasa segan,malu,malas,tawar hati dan sebagainya dari nak bercampur dengan diorang. sampai orang lain pon terasa nak buat geng gak. tak ke benda tu dah menimbulkan asabiah yang tak elok? dah jadik berpuak puak dan nanti lama-lama adalah perasaan tak puas hati lah dan sebagainya.

 

 

so, macam mana nak selesaikan benda ni? senang je..kita nak rapat,rapat lah.takde masalah pon.tapi dalam masa yang sama,kita kena pandai bergaul dengan orang lain jangan sampai jadik benda yang TH cakap kat atas tadik. simple and easy kan? tak la kalau pegi even ramai-ramai pon,korang asyik bertempek dengan geng-geng korang je..ape orang kata? “larut bersama lain yang hadir” ? lebih kurang macam tu la..and sometimes kena juga berada di liar “ZON SELESA” kita.

 

 

TH : saya pon kadang-kadang terbuat benda tu gak..tapi kita bersama-sama try mengubah ke arah yang lebih baik

Sunday, June 19, 2011

Semputtt!! Dalam Dunia Ni Aku Je Ada

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

 

 

berbalik kepada entry Blogger Semput by Bro Framestone, TH kesian kat bro, asyik semput je. kejar sangat nak jadik feymes sampai semput semput. nak bagi CPR tak sampai hati. Inhaller malas nak bagi. so TH tolong bagi tips je lah ye bro.supaya tak semput. sebab TH ni memang suke bagi tips.

 

 

  • dalam dunia ni kita seorang je hidup, so sila lah expect bahawa orang akan layan anda setiap masa
  • kalau nak feymes, sila lah anda buat ayat tacink selalu, supaya dapat simpati.
  • kalau anda tak dapat perhatian, sila lah tinggalkan dunia belog
  • setiap kejayaan anda dalam dunia belog, sila mintak bloggers lain untuk tulis entry TAHNIAH kepada anda.

 

 

bukan ape..TH bukan nak mengata sesiapa..TH just nak betulkan ape yang TH nampak kurang betul. this is my way…TH kali ni nak buat ayat kias. alaaa..pepandai paham la ye.TH rasa ni je tips yang TH dapat kongsi untuk mengelakkan anda semput. terutamanya bro kan. kah kah kah!! sape lagi ada tips? haaa… entry ni ada sambungan, nantikan sambungan di belog iera ye

Private Kem #rumahbro Part 2

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

masih lagi berada di #rumahbro untuk camp-pink. masuk hari kedua. hari kedua dimulakan dengan sarapan yang amat lazat. dan kemudian bengkel blog dari bro framestone sendiri. banyak yang diperkatakan. antaranya :

 

  • mengenai pengiklanan
  • organik trafik
  • kandungan blog
  • professional blog or blogger

 

kemdian semorang siap-siap pergi mandi air tejun. air terjun sungai dara diberi nama. naik hilux macam pendatang.sangat best. dengan syazwan jatuh lagi segala bagai. yang penting lunch sodappp..haha!

 

 

SONY DSC

 

 

kemdian, malam pulak..baru je tadi..semorang berseronok ber-bbq. sempoi la. cik iera peram hayam tu. sangat sedap. memang best la membakar hayam. Smile

 

 

 

SONY DSC

 

 

TH : esok hari last. sangat best!!

Saturday, June 18, 2011

Private Kem #rumahbro Part 1

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

picture credit to : bro framestone

 

 

“umpama pulang ke kampung halaman”. tu la perasaan TH bila sampai ke Tanjong Malim menghadiri Kem Blogging di rumah Bro Framestone. deligasi bloggers dari bangi dan putrajaya : Yana Nanako, Aslann As, Syazwan Sarawak, Akmal Hilmi, Iera Kan, Amal Espraza, dan Hisham gerak naik tren je. Sampai di rumah bro dalam pukol 10. samapi je terus semua on laptop, mula meng-on9. vidoe malam pertama di rumah bro dibawah

 

 

malam pertama di rumah bro framestone

 

 

TH : rugi sape yang dapat invi tak join tu. haha!

Thursday, June 16, 2011

Operation Malaysia–Hackers Attacking Malaysia Government Sites

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

 

setelah kerajaan malaysia mengambil keputusan untuk mem-block sejumlah 10 laman web perkongsiap file seperti thepiratebay.org , sekumpulan penggodam antarabangsa yang menamakan diri mereka Anonymous telah mengambil langkah dengan melancarkan operation malaysia ke atas laman sesawang kerajaan malaysia. tindakan itu dibuat kerana kumpulan itu mendakwa bahawa kerajaan malaysia telah mencabuli hak kemanusiaan rakyatnya sendiri.

 

 

timbalan perdana menteri mengulas bahawa tindakan kerajaan malaysia bukanlah sesuatu yang mencabuli hak kemanusiaan rakyat malaysia terutamanya. sehingga kini lebih daro 50 lama sesawang yang berkaitan dengan kerajaan malaysia telah berjaya diceroboh oleh kumpulan tersebut dan juga kumpulan penggodam tempatan yang menggelar diri mereka dragon force.

 

 

pendapat TH? bukan Th takde nasionalisme or ape..but ape sebenarnya motif kerajaan menyekat laman tu? kalau kami ni download movie or else..kerajaan akan rugi eh? rasa macam tak pon.. bukti? filem tempatan macam KL GENGSTER tu dapat je kutipan melebihi modal. lagi satu.. pengguna bayar kot bil internet. dalam bil tuh sendiri dah ada bayaran dan kerajaan dapat keuntungan. so, ape motif paling kuat? kalau ada..tapi TH tataw..tu no komen lah kan.kot kot ada serangan pengganas ke dari laman2 tersebut. ke mengancam keselamat negara ke.. bukan nak menghasut..tapi tu la yang ape TH ada dalam fikiran. dan persoalan lain yang ada, sejauh mana kumpulan penggodam tu nak menggodam kerajaan? kita tunggu dan lihat. sebab kerajaan malaysia dalam akhbar tempatan menyatakan mereka dah ckup bersedia. dan serangan yang berlaku pada harini mungkin hanya berskala kecil dan mereka masih berjaga-jaga terhadap gelombang kedua peperangan cyber ini.

 

 

 

TH : siapa akan menang? err.. kita tunggu update masa ke semasa

Wednesday, June 15, 2011

#WW Wordless Wednesday #3 – Songsang!

 

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

Photo0158

LOCATION : PUTRAJAYA PARCEL E

 

 

*Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :) more on wiki.answers.com

Tuesday, June 14, 2011

Ekslusif Bersama : @AmalEspraza –Admin Sahabat Blogger

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

pertama sekali TH mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca yang dah membaca penulisan sulung TH dalam sahabatblogger.net portal rasmi sahabat blogger. bermula dari sebuah idea, admin SB menjemput TH untuk menulis disana. ok! lupekan yang tu. Kali ini TH nak memperkenalkan slot baru dalam my blog. hope slot ni akan berterusan (doakan TH terus rajin ye). Slot ini akan memuatkan sesi temubual TH bersama blogger terpilih.

 

untuk kali ini, kita bersama saudara Amal Espraza. sape tak kenal? Salah sorang Admin Sahabat Blogger. berpeluang menemuramah beliau, jum kita tengok ape soalan dan jawapan selamba amal yang mana pemilik blog the garang nih actually amal tak garang pon. nama je nak garang..kan amal kan?

 

 

image

 

 

interview yang bersahaja dengan amal ni dan jawapan yang diberikan kepada TH menampakkan amal ni seorang yang easy going. so, dah baca dah nama sebenar dia dan mana dia studi? haa.. boleh la pegi jumpa dia nanti kan.amal kan? dan bila bercerita pasal perihal belog beliau, amal menerangkan bahawa dia dah start berblog ni semenjak 2009. api hanya start 2010 beliau mula aktif.

 

 

“actually dari 2009. tapi mula serius pada disember 2010 :). cuma masa tu masih lagi fokus pada photography. tgk amalespraza.blogsspot.com. then lepas camera hilang mula fokus pada berblogging. idea ni sememangnya kalau ada pape pun yang terjadi mesti kita akan ingat untuk jadikan entri. tu la 6th sense blogger”

 

 

TH juga sempat bertanyankan mengenai karier beliau sebagai admin Sahabat Blogger. jum kita tengok soalan dan jawapan yang telah diberikan! *klik gambar untuk tumbesaran yang sehat ok!

 

 

image

image

image

 

 

nampak? Admin ada sumthing great sedang dirangcang untuk SB. ape dia? korang kena tunggu la. takkan nk TH revealkan pulak. dan soalan last. TH bertanyakan, kenapa amal memilih nama “thegarang” dengan selamber badak..beliau menjawab..”biarlah rahsia” ala2 lagu siti gitu amal nih! ahaks!

 

 

TH : amal ni menag gila-gila orangnya. nasib dia tak pilih nama “thegila”

Monday, June 13, 2011

Kenapa Universal Music Malaysia membawa revolusi muzik di Malaysia.

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

today TH nak update..actually bukan update sangat pon. TH nak join satu kontes yang dianjurkan oleh abe hilal azmi. pemenang akan memenangi hadiah yang sangat menarik. nak tawu ape hadiah? dan macam mana nak join? <KELIK SINI>

 

 

 

 

 

kerana kontes ini berkenaan dengan tiket untuk menyertai event Universal Music Malaysia,abe Hilal mintak komen “Kenapa Universal Music Malaysia membawa revolusi muzik di Malaysia” dengan tak lebih dari 20 patah perkataan.

 

komen : sebabnya is sebab Universal Music ni banyak membawa dan menaikkan artis semasa yang mana mereka ini membawa genre musik semasa

 

maigadd!! jawapan ayat berbelit. ada ke nak terpilih ni. haha..abe..saye dah join! sila bagi hadiah ok! haha Smile

Sunday, June 12, 2011

This Is Not What I Call Mini Gath or Lepaking Event

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

ini merupakan rangkuman perjalanan mini gath SB yang berlangsung di Times Square hari ini. pertama sekali TH nak betulkan..this is no what I call Mini Gath SB ok! this is BIG GATH of SB.please give a standing ovation to all bloggers yang join dan penganjur! so ohsem! DENGAN KEHADIRAN HAMPIR MENCECAH 50 BLOGGERS!

 

 

majlis bermula pukul 10.30 pagi. tapi TH pergi lewat. sebab..sebab…saje. haha! then sampai kat Ampang Superbowl Times Square, diorang dah start game. takpe.sebab TH pon actually bukan nak pergi main bowling pon. TH nk turun lepak jumpe kawan blogger je. dah habis bowling, segmen kedua is makan. kami semua pakat2 mencari haluan sendiri makan dan tepat pukul 3 semua berkumpul di depan tempat bowl. dan bergerak ke tingkat 9 intuk sesi ice breaking.

 

 

kenapa ice breaking diadakan di tingkat sembilan. sebab tempat tu kosong.takde orang. lagipun tingakt sepuluh punya fudkot dan tempat yang digunakan semasa 1st Big Gath SB haritu..tutup. sangat best sesi ice breaking. siap ada teka teki tuh. TH tak dapat hadiah pon. lalala~ tetiba time meriah dan ice breaking nak sampai ke hujung..tetiba…jeng jeng..

 

 

datang lah konco konco sengal dari pengurusan Times Square. tanya ape kitorang buat kat sini. siap tangkap gambar lagi tu. tah pape. tawu la kami ni bloggers #retis. penganjur jawab la ada sesi ice breaking sikit lepas main boowling renramai. tetibe dia bagi warning. and halau kiotrang sebab takde surat kebenaran dari pengurusan. hello! ape kau ingat kau tuh hebat sangat? takkan lah nak duduk ramai kat situ..jalan yang takde manusia pon nak kena tulis surat bagai. dah..nanti korang sila buat.sape yang nak jejak kaki dalam tu..sila ada pass masuk. boleh? tak guna betol. kalau kitorang buat perhimpunan haram ke..ada buat kecoh ke..halang jalan orang ramai ke..tak pe la jugak..ni tempat kosong. hantu je nak duduk situ. dah la yang halau kami tuh melayu. mcm ni la melayu. ada jawatan sikit..(baru pegawai keselamatan TS je pon) dah berlagak. dengan sesama melayu pon tak boleh nk tolak ansur sikit. padahal dah tinggal nk sampaikan hadiah satu je yang last.tu pon penganjur da request nk buat penyampaian hadiah kejap.tak bagi jugak berlagak betol. patot lah kau tu tak dapat jawatan tinggi. baru macam tu dah belagak nak halau. ape lah lama sangat nak sampaikan satu hadiah sampai kau main halau macam tu..? come on lah.. menurut perintah? chait! pergi kelaut lah dgn menurut perintah kau tu! orang lain menurut perintah gak..tapi still ada budi bicara.

 

dah sikit2 emo.. overall event tadi pada TH sangat berjaya..walaupun ada sedikit kekurangan. tapi tak sampai mencacatkan event. memang puas hati lah turun tadik. so,sape yang tak turun sila jeles! bahaha Smile

 

 

TH : eh..esok dah isnin ye..malasnye..esok kerja dah

LIVE BLOG–Live Update Aktiviti SB @TS

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

rite now TH dengan Amal, Kyerul, Koqin, Siti Sab, Ame , Eazy and others tengah break makan untuk next aktiviti pkol 3 : Ice breaking. ni ha some picca tyme diorang main bowling tadik. dianngarkan dekat 50 orang jugak yang join aktiviti SB today Smile

 

 

 

 

TH : next ! nanti lah TH update lagi Smile

 

Copyright © 2013 | Helios Blog