Friday, April 29, 2011

Iklan PERCUMA Untuk Blog Anda!

 

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

dalam ramai kat KL sentral ni, TH online kejap via lappy nih. sementara tunggu tren nak balik perak. tetiba nampak pulak si abang kerol hensem ni buat satu segmen menawarkan iklan setahun eh sebulan di belog beliau yang tak chun tu. ekeke.. kalau nak join sila KELIK SINI.

 

 

 

 

kerol! gua dah letak banner dan menghyperlink-kan ke blog lu. puas hati? haha! Smile

 

 

si kerol ni tanya pulak nape nak TH punya blog diiklankan di blog beliau. eh banyak pulak dia nih tanya. ni ha..

 

 

saya nak abang kerol letakkan iklan blog saya di blog beliau sebab blog beliau trafik mantap..mencanak…ramai masuk..secara tak langsung nanti blog saya femes..malah lagi femes dari blog abang kerol uh. bole? err… ada lagi… sebab saya ni slalu join segmen abang kerol. lagi satu sebab saya dah lama  tak jupe abang kerol. last masa abang kerol kat sepital dulu. haha.. lagi..ape eh..haa.. and sebab saya lagi hensem dari abang kerol. and font reaseon nih kaler pepel..abang kerol kan suke pepel…and lagi satu sebab..sebab…sebab…ehh…banyak cakap pulak kan…aku tak kira…ko kena letak gak iklan blog aku nih kat blog ko ok kerol!!!

 

 

haha… bole tak camtu? ehehe… ok la..korang sape yang baca entry ni jangan join ok..TH ulangi jangan join. haha.. tapi kalau degil nak join gak korang pegi klik either banner si kerol uh or link kat atas tuh…ok..bye!! TH nak balik kampung for this weekend. SELAAMAT HARI BURUH!

Tuesday, April 26, 2011

Debat Perdana UBM | Mari Sertai!

 

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

buat julung kalinya pihak pengurusan UBM menganjurkan satu wacana ilmu yang bakal mengcungkil bakat terpendam para mahasiswanya. dengan tajuk “ADAKAH SESETENGAH BLOGGER MENGIPAS BLOGGER LAMA/OTAI UNTUK KEPENTINGAN MEREKA” , debat perdana UBM kali ini bakal melihatkan para cendekiawan beradu fikiran dan fakta bagi mengupas tajuk yand diberikan.jum tengok detail yang dipetik dari UBM sendiri.

 

 

 

 

 

 

Salam buat ahli Universiti Blogger Malaysia (UBM). Seperti yang diberitahu pihak UBM akan mengadakan debat perdana. Debat pertama di UBM adalah satu lagi program sihat yang akan diadakan tak kira berkenaan alam maya atau alam realiti. Tajuk DP kali ini berkenaan dengan alam maya.
Alam maya di Malaysia memang sedang mengalami satu evolusi tak kira di daerah mana sekali semuanya sedang rancak dengan evolusi tersendiri. Apa yang kami ingin anda bincangkan berkenaan dunia blog. Rata2 banyak blogger baru muncul dari hari ke hari. Lalu tercetusnya persoalan ini. :

 

  • Adakah sikap mengipas Blogger otai/lama dapat memberikan kelebihan kepada blogger lain?
  • Dan perlukan sikap ini ?

 

Nyatakan pendapat anda. Setuju atau tidak?Buat satu entri utk memberikan hujah anda sendiri. Kalau tidak setuju nyatakan sebabnya dan jika setuju nyatakan sebabnya. Luahkan mengikut perasaan anda asal semua ahli faham entri anda.

 

 

  • Letak Banner Debat Perdana UBM
  • Letak tajuk entri : " DEBAT PERDANA UBM : ...(bebas)..... "
  • Di akhir entri letakkan perkataan.  Saya sokong / tidak sokong.
  • Drop link entri debat anda di ruangan komen.

 

Para admin akan update bilangan yang sokong dan yang membantah. Sama-sama kita lihat satu debat yang sihat di alam Maya ini. Tarikh tutup debat yang pertama. AHAD 1 mei pada pukul 12.00 pm.


*Mengipas = memuji/mebanggakan dengan sebab.

 

 

TH : bagi menyertai perdebatan intelek ini, KELIK SINI

Monday, April 25, 2011

Mens Underwear | Seksi? – 18SX

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

 

berikutan satu posting di facebook yang berbunyi :

 

underwear ; walaupun hanya pakaian dalam...perlu la jugak beli yang chunn..sexy...baru la bernafsu nak pakai :) kan kan kan

 

today kite bercerita pasal lelaki dulu. ok. ape komen readers sekalian? setuju tak statement tu? for me, kalau pasal benda ni,TH sangat setuju. sometimes some person ni mengambil ringan benda ni. tak kesah la. pilihan sendiri. but for me, TH mengambil berat benda ni. bak kata omputeh head to toe lah. kalau kita dah jaga yang luar. ape salahnya manjakan yang dalam gak. nak kata mahal? tak la mahal sangat pon. affordable la. so kaum laki,jum seksikan diri anda! banyak jenama yang best. dari harga termurah..sampai termahal.

 

 

antara jenis-jenis underwear yang ada :

 

TANGA

 

 

 

BREIF

 

 

 

G-STRING

 

 

 

BOXER BREIF

 

 

 

THONG

 

 

 

TH : err..sekadar berkongsi info

Saturday, April 23, 2011

Tips Bagaimana Nak Bagi Blog Selalu Dikunjungi | cara taufiqhelios

 

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

Photo0040

 

 

 

mesti ramai tertanya kan especially blogger yang baru uh. cemana kan nak orang ramai masuk belog korang. ada caranya. tapi ni cara @taufiqhelios lah. jum kita tengok ape caranya.

 

 

  • bagi lelaki : muka haruslah jambu,macho,hensem. kalau tk takde sape nak follow korang. kalau ade pon sikit dan lambat.
  • perempuan : haruslah comel, mata chun,tudung lilit bagai dan profile picture kena WOW!

 

 

haha! pecaya tak? just kidding lah. tapi kan. eventho benda tuh tka betul. kadang-kadang ada efek gak. ala-ala sape yang masuk akan tergoda giteww! alahai tergedik lak. ok ok kita tengok cara yang lebih mulia okee.

 

 

  • paling penting, entry hendaklah menarik.
  • pastikan blog anda ringan. kalau berat cam babeng, takde sape suke. kalau TH, memang tobat tak masuk.
  • tak terlampau banyak widget yang tak perlu such as video player lah, music player lah. just make it as simple as u cam but menarik bukan semak.
  • kalau boleh fungsi autoplay kalau letak lagu tuh takyah la. sebab bingit doo.. ada sesetengah tu. skali kelaur lagu opocotpakkau! kuat bebenor. lucut jantung kot.
  • blog anda kemas. kalau blog bersepah pon susah gak. tak ramai yang nak masuk. macam blog TH ni,agah bersepah. tapi dah tataw nak kemaskan cemana.
  • entry biar universal. mean tak terlalu personal. kalau anda artis takpe lah nak personal feeling bagai nih. sume orang nak baca.dan kalau anda buat blog untuk bukan tujuan ajak orang lain bace pon takpe lah.
  • ape lagi ye.. da penambahan tak? sile tambah kat ruang komen bole?

 

 

TH : ni berdasarkan ape yang TH selalu tengok orang merungut la.

KLIBF 2011 | Review

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

 

 

today TH will talk about KLIBF once again..pfftt! tak habis-habis kan. ye la heh. just sebagai perkongsian sebab secara tak langsung TH terlibat dalam mengendalikan booth KDN kat KLIBF tuh. ape tu KLIBF? op kos la Kuala Lumpur International Book Fair 2011. haha. dah baca previous entry mengenai event ni? sape yant nak maklumat mengenai event nih [KELIK SINI]. and gegambar hari pertama pulak, [KELIK SINI].

 

 

ok. pada TH la kan. KLIBF kali ini agak menarik. dengan Karangkraf menggunakan satu dewan besar penuh hanya untuk Karangkraf, al-hidayah publication pon ada, buku-buku mc graw hill pon ada. eskrem pon ada. sedap woh! dengan kemudahan surau.pendek kata sume mudah la. tapi satu je yang tak best. TH dapat info, agensi kerajaan yang join KLIBF kali ni mengalami keciciran. huh! tak patut betol. agensi kerajaan dianaktirikan.bayangkan, agensi kerajaan ditempatkan di dalam room yang kecik. such bilik pahang, bilik negeri sembilan. pada pandapat TH, bilik ini hanya sesuai untuk digunakan untuk taklimat dan bla bla je...sebab kedudukan agak terpencil walaupun terletak di main road untuk KLIBF tu. dah la bilik kecik. muat 6 booth je dalam tuh.

 

 

ye la .bukan nak demand, tapi for me. letak la agensi kerajaan di main hall. sebab ape? sbg contoh, Bahagian Pendidikan KPM, diorang ada produk yang dipanggil e-bahan untuk dipromosikan. servis tu free untuk digunakan oleh murid2 dan tenaga pengajar. servis tu adalah untuk e-learning dan sangat interaktif  TH tengok. bila letak dalam tu,sape je nak perasan dan pergi tengok benda tu? yang feedback TH tengok pon. ada yang datang booth tuh cakap “eh..menarik la benda ni..tapi siyes saye tak pernah tawu pon ada e-bahan macam ni.” .so dah kalau ditempatkan dalam bilik terperuk tuh..capaian maklumat kepada pengunjung sangat terhad.

 

 

TH :  rasa yang tuh je slack kat situ. yang lain gempak gile!

Friday, April 22, 2011

Sekitar KLIBF 2011 | Live Update

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

Photo0101

 

 

Sekitar Kuala Lumpur Book Fair 2011 pada hari pertama, TH ditugaskan menjaga booth kementerian dalam negeri. tengok pass kat atas uh. selai tu TH juga terlibat dalam operasi naziran which is memantau bahan (checking) penerbitan yang terdapat dalam KLIBF ini. banyak la booth buku dibuka kat sini. memang banyak giler. sampai tingkat 3 pon ada gak booth buku yang dibuka. giler banyak. so,kepada peminat buku,korang wajib datang sini. antara booth buku yang ada is DAWAMA,Karangkraf,Kampung Buku Malaysia,PTS dan banyak lagi.

 

 

takmo cakap banyak,jum tengok gambar yang TH sempat snap untuk harini :

 

 

Photo0105

 

Photo0106

 

Photo0104

 

 

disamping kesibukan berpesta buku, pihak penganjur tak terlepas pandang menyediakan kemudahan bersolat untuk semua disini. sebagai contoh,today is friday, so eventho surau agak kecik,penganjur menyediakan sejadah extra. memang ramai sampai melimpah ruah sampai ke tangga!! meriah!!

 

 

Photo0110

melimpah ruah!

 

oh tak lupe gak, TH terjumpe dengan satu booth yang mempromosikan buku hasil tulisan seorang blogger tegar. JEJAKA ANGGUN. kenal? TH selalu ikot update blog beliau. unfortunately, today JEJAKA ANGGUN takde kat booth and he’ll be at the booth tomorrow and 1 May nih. so,sape nak jumpe dia and beli novel KOUGAR tulisan beliau,boleh la datang ke booth tersebut di 2nd floor.

 

Photo0107

 

 

TH : nak gak jumpe JEJAKA ANGGUN nih. slalu dok cuit dalam blog je Smile

Thursday, April 21, 2011

Untitled.

 

 

DEAR BLOG.

 

 

rasa dah lama aku tak menulis entry yang macam ni. so typeless sampai aku tataw nak bagi tajuk ape entry nih. Hati ; bila kita bercakap berkenan hati, pada mata kasar walau hanya seketul daging yang tebal,hakikatnya ia hanyalah serapuh kaca,senipis kulit bawang. sangat mudah untuk terguris. ye! memang ada orang mengaku “saya hati kering”.. “saya hati keras”. tapi setakat mana keringnya hati…setakat mana kerasnya hati. nah! batu walaupun keras,akan berlekuk juga dek kerana air. hati lah yang menentukan setiap niat insan. hati juga lah yang menetukan emosi seseorang. dan hati juga lah mendorong seseorang itu untuk melakukan sesuatu.

 

dah. aku dah malas nak cakap banyak. saje nak tulis feeling feeling dalam blog ni,. dah lama tak meluahkan rasa dalam ni. dah lama tak mengadu kat blog ni. aku sayang blog ni. sebab ia adalah pendengar setiaku. maag ye blog kalau dah lama sangat aku tak mengadu perasaan kat sini dan harini tetiba aku menulis macam ni.

 

TH : aku seorang yang senang terasa..senang marah tapi aku senang ok..tapi kali ni sampai harini aku masih sakit. give me some time

KLIBF 2011 | Kuala Lumpur International Book Fair 2011

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

untuk pengetahuan readers, next event yang kalau sesiapa nak carik pasal nak keluar jenjalan hujung minggu or sepanjang minggu, ada satu event. Kuala Lumpur International Book Fair atau Pesta Buku Antarabangsa 2011. jum tengok detail event nih.

 

 

 

 

Date - 22nd Apr-1st May 2011

Venue - Tun Razak Hall 3 & 4, Legar Putra, Tun Hussein Onn Hall, Tun Dr Ismail Hall, Pelantaran Putra & Merdeka Hall (PWTC)

Masa – 9.00 pagi till 9 .00 malam

 

TH akan berada di sana sebab kena jaga booth . hari jumaat ni,isnin dan selasa TH akan ada kat boot KDN. so.sape nk pegi..sudi sudi la jengah TH kat booth ok Smile

TH : maklumat lanjut [KELIK SINI]

Monday, April 18, 2011

Kelab Debat | Famili Day @Ulu Bendul

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

bertempat di Ulu Bendul, Kuala Pilah pada ahad lepas, Kelab Debat USIM telah berjaya menganjurkan satu aktivi yang amat menarik dan memorable. terima kasih kepada adik adik pengurusan KD kerana sudi menjemput TH walalupun hanya mantan je. seronok habiskan masa dengan korang seharian.

 

famili day KD dimulakan dengan acara pembahagian kumpulan, tak sangka TH dapat dgn satu grup..sumenyer junior. tapi best! sebab diorang sume gila. ehh..malas la nak cite bebanyak. lets all the pictures do the work !

 

 

Photo0062

sesi pembahagian kumpulan. abang najib datang dengan baby dan hubby beliau.

 

 

Photo0080

bersedia untuk 1st game!

 

 

eh..lupe nak ce cite. disebabkan TH pergi sana pakai baju Kami Blogger Utagha, so, junior dalam my grup decided namakan grup kami as “KAMI BLOGGER UTAGHA”. terbangga kejap. skali tagline ala2 tangankedadamatapandangkeataslidahjelir, semua terbahak dengan cheers dan tagline uh!

 

 

Photo0067

buruk gile muke TH! mirul lah punye kije snap nih. menunggu keputusan game kedua.

 

 

Photo0071

pulun menyiapkan tugasan dalam salah satu game!

 

 

Photo0077

scoreboard. separuh masa pertama. tengok tuh..grup TH no dua

 

 

Photo0076

benti rehat kejap. tolong panggang ayam! ada gaya tak?

 

 

Photo0090

ada juga sambutan birthday untuk geng KD yang menyambut birthday bulan april..ruginyaaa..TH bulan Mei

 

 

17042011067

muka salah sorang birthday boy ni kena mekap dgn icing.. padan muke mirul! bahaha!

 

 

17042011069

haha..tak pasal TH kena balik dengam mirul..samseng kau kan budak!!

 

 

Photo0087

final score! TH punye grup dapat no dua. and dapat anugerah grup paling happening..bukan pening yek!

 

 

 

Photo0086

 

 

bahaha!! sangat puas. rugi woo sape geng KD yang tak join. F.Y.I, kalau readers nk tawu..KD USIM terbahagi kepada dua komponen palins penting iaitu, pengurusan dan pendebat. TH dah rasa dok dalam dua-dua komponen tu. and tahniah kepada penganjur kerana berjaya mengeratkan talian antara dua komponen ni. terutama dalam famili day kali ni Smile

 

 

TH : dah lama tak buat entry bergambar yang banyak camni. I HEART KD!

Sunday, April 17, 2011

Larangan Jualan Makanan Ringan | Indeks BMI Wajib Dicatat

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

 

 

berikutan sebuah kajian yang dijalankan mendapati bahawa Malaysia mempunyai kadar obesiti yang tertinggi di Asia Tenggara. justeru,untuk mengatasi masalah ini dari akar umbi kerjaan mengambil keputusan bahawa Indeks Jisim Badan (BMI) para pelajar sekolah adalah wajib direkod didalam kad laporan prestasi mereka. dengan ini ibu bapa boleh mengetahui adakah anak mereka mengalami obesiti atau tidak dan boleh mendapatkan khidmat nasihat mengenai bagaimana untuk menjaga diet anak mereka.serentak dengan itu, makanan kurang sihat (makanan ringan) akan dilarang penjualannya di kantin-kantin sekolah.

 

pada pendapat TH, langkah yang diambil kabinet adalah baik dan perlu untuk mencegah masalah obesiti di kalangan rakyat malaysia. bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. untuk mencegah masalah obesiti di kalangan rakyat, pendedahan seawal sekolah rendah adalah perlu.

 

 

TH : lepas ni rakyat malaysia semua slim lah kan? mampu?

Jobstreet Jobfair 2011 | Post Graduate Education Fair Mid Valley 2011

 

 

SALAM SEJAHTERA

 

semalam TH ada cerita pasal nak pegi jofair isnt it? sangat meriah bila today TH pegi sana. nak dijadikan cerita, TH dengak kawan bertiga pergi ke sana.

 

 

Photo0032

 

first of all. kalau sesiapa yang pergi, uols kena register dulu before masuk. then korang akan dapat sticker camni. yang akan dilekatkan oleh amoi chun. woo!! dalam uh banyak la syarikat such HSBC, DELL, INTEL, PHILIP MORRIS and banyak lagi la. korang kalau pegi sini ada peluang untuk bertanya lebih mengenai peluang kerjaya. dan basically kat sana masa TH pegi tengok, semua booth yang bukak tu ada career opportunity. selain tu, kat situ pon ada walk in interview. menarik uh! dan juga selain tu ada juga resume clinic.

 

ape itu resume clinic? resume clinic tu is  bengkel dimana pihak jobstreet akan menerangkan bagaimana cara menyediakan resume yang terbaik dan bebas kesalahan. kalau korang pergi jumpa staff jobstreet untuk bertanya pasal resume tu, on the spot boleh dibetulkan. menarik kan?

 

ape yang menarik, TH ada bersembang dengan Officer HR untuk syarikat DELL, TH tanya macam mana diorang menilai setiap candidate yang memohon kerja di syarikat tu. dia jawab, 1st thing yang diorang akan tengok is pengalaman,skill..then baru benda yang lain. betul gak TH rasa..kalau pandai pon..takde skill,takde pengalaman, susah gak la orang nak amek bekerja. so,kesimpulannya semua kena seimbang.

 

 

Photo0040

mengonlinekan diri di mekdi mid selepas penat berjalan-jalan.

 

Photo0047

bersama dua orang makhluk ni siang tadi.

 

TH : esok last day, so..sape terasa nak pergi, esok sila ramai-ramai kesana

Saturday, April 16, 2011

Triberr ! Percubaan Pertama.

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

 

 

korang ingat tak lagi entry blog @syzwnsrwk mengenai triberr tuh? alah..yang pernah TH iklankan nak ajak korang join. fuhh.. TH pon saje cuba nasib nak join. sbb syarat dia agak ketat. so, Praised be to God sbb akhirnya TH dimasukkan jugak dalam networking triberr tu. nak tahu ape itu triberr dan ape yang boleh dilakukan dengannye? klik SINI dan terjah blog @syzwnsrwk untuk lebih info .

Friday, April 15, 2011

Wisma Putra International Charity Bazaar 2011

 

 

SALAM SEJAHTERA.

extrected from Ministry of Foreign Affairs Malaysia.

 

 

 

PRESS RELEASE

WISMA PUTRA INTERNATIONAL CHARITY BAZAAR 2011

INSTITUTE OF DIPLOMACY AND FOREIGN RELATIONS (IDFR)

16-17 APRIL 2011

 

The Ladies Association of the Ministry of Foreign Affairs of Malaysia, also known as PERWAKILAN (Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri Malaysia) will be organising the Wisma Putra International Charity Bazaar 2011 at the Institute of Diplomacy and Foreign Relations (IDFR) in Kuala Lumpur on 16-17 April 2011.

 

The main purpose of the Charity Bazaar is to raise funds which will be channelled to few paediatric wards and deserving organisations in Kuala Lumpur. Through public diplomacy, the Bazaar provides a platform and opportunity for the various foreign Embassies and High Commissions in Kuala Lumpur to promote culture, tourism and cuisine of their respective countries and subsequently meet members of the public. The Bazaar also aims to promote the role and functions of the Ministry of Foreign Affairs, Malaysia and its training institute, IDFR.

 

The two-day event will be launched by Y.Bhg. Datin Sri Siti Rubiah binti Datuk Abdul Samad, wife of the Minister of Foreign Affairs and Patron of PERWAKILAN on 16 April 2011. The Charity Bazaar among others will be divided into five (5) themed areas as follows:

 

 

Ø Global Village – participation by various embassies and high commissions;

Ø World Cuisine – a taste of food from various countries around the world;

Ø It’s a Small World – cultural performances from different participating embassies/high commissions, universities and schools;

Ø Aim High – Education Fair where exhibitors will promote their universities, colleges and institutes of higher learning; and

Ø Bazaar Malaysia – a typical street market selling a variety of gifts and goods.

 

 

The Ministry of Foreign Affairs is pleased to invite all members of the public to attend and participate in the International Charity Bazaar 2011 to be held at IDFR, Kuala Lumpur, on 16-17 April 2011. Admission is free.

 

Ministry of Foreign Affairs, Malaysia

PUTRAJAYA

Post Graduate Education Fair 2011 | Mid Valley Exhibition Center.

 

SALAM SEJAHTERA.

 

adakah anda mahasiswa yang tengah tercari-cari pekerjaan yang sesuai? tak tahu kat mana nak mencari maklumat? mari ramai-ramai kita kunjungi Post Graduate Education Fair 2011. butiran adalah seperti berikut :

 

 

 

 

Post Graduate Education Fair (PGEF) @ Mid Valley

Date: 15 – 17 April 2011 dan 16 to 18 September 2011

Time: 10am to 7pm

Venue: Mid Valley Exhibition Center

 

 

untuk pengetahuan, acara ini diadakan sebanyak dua kali setahun. dan dalam masa terdekat, Post Graduate Education Fair 2011 telah bermula dari today (jumaat until ahad)

 

Post Graduate Education Fair juga merupakan salah satu karnival pendidikan terbesar dalam Malaysia yang mana ia telah berjaya menarik pengunjug seramai lebih dari setengah juta sejak dari tahun 2002 ia diadakan.so, jom ramai-ramai kita pergi sana dan mengintai-intai ape peluang pekerjaan yang tersedia.

 

 

TH : saya akan berada disana esok! jom!

Wednesday, April 13, 2011

Bible Berleluasa ; Adakah Ia Ancaman Terhadap Umat Islam?

 

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

bila bercakap bab kitab suci bagi setiap agama. adakah benda ini suatu isu yang sensetif? terutama bila kita bercakap mengenai Al-Quran yang mana ia adalah kitab suci bagi penganut agama Islam. Pelbagai cara yang dilakukan untuk menjaga kesucian kitab ini. tapi kali ini kita bukan nak bincangkan pasal cara-cara nak preserve Al-Quran. tapi adakah Bible yang semakin berleluasa dalam Malaysia secara bebas akan mengancam umat Islam? itu persoalannya.

 

 

 

perkembangan baru bersempena pilihanraya sarawak 16 april ini, kerajaan telah meluluskan permohonan pihak kristian untuk membawa masuk bible ke dalam malaysia tanpa sebarang syarat. kalau dulu, bible hanya akan diluluskan untuk masuk ke dalam malaysia dengan cop perkataan “hanya untuk kegunaan penganut agama kristien” tapi sekarang..atas desakan dan permohonan pihak terbabit.. mereka-mereka telah bersetuju untuk membuang cop tersebut dah bible akam masuk ke dalam malaysia secara “lulus bersih”. natijahnya..selepas ini..bible dgn bebas akan memasuki malaysia..so, ape pandangan readers? adakah isu ini akan menjadi satu ancaman terhadap umat Islam dan kesucian agama Islam itu sendiri?

 

 

 

 

sepertimana yang kita tahu.. penggunaan kalimah ALLAH di dalam bible telah pon mendapat kelulusan. kalau tak lulus, tak la bible dalam bahasa indonesia yang ditahan..yang menggunakan perkataan ALLAH tuh dilepaskan.padahal kalimah ALLAH tu dah termaktub dalam AMCP sebagai salah satu perkataan ekslusif untuk agama Islam sahaja. so.kalau difikirkan la..maybe kedepan ni ada desakan pulak mintak nama bible pon tukar guna nama Quran. Quran agama Kristien. tiba masa tuh..ape kita boleh buat? sebab perkataan Al-Quran masih takde lagi dalam peruntukan undang-undang bahawa ianya hanya eksluif untuk penganut agama Islam. Fikirkanlah…

 

 

 

TH : any comment bout this?

Dilema Perempuan Bertudung | Tutup Tapi Bogel

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

dah lama rasanya TH tak hapdate blog ni. berikutan masalah kerosakan pada lappy TH sendiri. skang dah ganti baru. nak tau? nanti lah ye.

tinggalkan bab lappy. today TH nak ajak pembaca berbincang mengenai satu topik : TUTUP TAPI BOGEL. boleh? agak-agak readers paham tak tajuk tu?

 

 

minah-tudung-skirt-seksi

gambar hiasan..chun tak bertudung camni?

 

 

ok ok. straight to the point. petang semalam balik dari kerja, adalah sorang minah tudung ni..depan TH. chun memang chun dah..sopan dengan tudung shawl lilit bagai..baju kurung..menantu pilihan habis lah! tapi yang jeliknyer, is baju kurung dia tuh alah2 kain jarang gile. kalau tak pakai tube..nampak habis arh. nasib la dia pakai tube. tapi..tube dari paras dada kebawah je. kesian TH tengok dia. pakai tudung lilit bagai. nak tutup aurat. tapi dari paras bahu ke dada, terdedah jugak. nampak gak tali sarung kopek tuh. urghh! apekes lah. nak kata tak tawu kata benda tu aurat..tapi kau tahu pulak yang kepala tuh aurat?

 

ada lagi satu style, pakai tudung tapi baju V neck style yang luas punye bukaan kat dada.kelass.nampak dada tuh.. kalau kes yang ni ape macam? sama lah dengan tak pakai tudung kan? kepala tutup..dada dedah. isnt it?ada pulak stye pakai tudung..tapi jambul tersembul. kalau alang alang nak tutup tuh..tutup je bagi sempurna. macam Catriona Ross tuh..TH tengok dalam rancangan Jangan Tidur Lagi..maniss je..boleh je tutup dengan sempurna..dan dalam masa yang sama berfesyen..isnt it?

 

 

sape cakap tutup aurat tak boleh berfesyen? kak Kat ni manis je

 

 

tak salah pon nak berfesyen..tapi biar la bertepatan dengan syariat. nak pakai baju kurung yang berfesyen?boleh je..islam tak melarang. tapi biar kena pada garis panduan yant telah ditetapkan. dahtu..kalau pakai camtu nak kira cemana? haya tuhan yang tahu. TH kat sini sekadar berkongsi. sebagai peringatan pada diri TH dan kawan-kawan semoga kita jauhh dari melakukan kesilapan.

 

 

TH : pendapat korang? eh..kalau nk pegi shopping online kat Catriona Ross Collectin..boleh click nama Catriona Ross nih. Smile

Tuesday, April 12, 2011

Minggu Orientasi UBM | Mari Berkenalan.

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

 

Bersempena dengan pembukaan rasmi Universiti Blogger Malaysia, pihak pengurusan sangat mengalu-alukan kehadiran para siswazah sekalian. dan bersempena itu juga, pihak pengurusan ingin mengadakan satu Minggu Orientasi sebagai pembuka acara bagi universiti kita ini.

 

Macam biasa lah. tak kenal maka tak cinta. so, untuk minggu orientasi ini, pihak universiti hanya ingin para siswazah sekalian untuk memperkenalkan diri anda masing-masing. berikut antara butir-butir yang perlu diisi secara mandatori (wajib) :

 

  1. letakkan banner UBM dalam entry anda.
  2. nama anda dan nama blog anda.
  3. sejak bila mula berblog.
  4. apa pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa kini.
  5. pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini.

 

Tarikh Tutup bagi penyertaan ini : 13 April 2011 (rabu)

 

Pendapat terbaik akan dikongsikan sebagai entry khas di UBM. Selain itu, anda juga boleh mengajak rakan-rakan yang lain menyertai Minggu Orientasi ini dan sekaligus menyertai universiti kita ini dengan menyebarkan kepada mereka mengenai perkara ini (tag).

 

KLIK SINI <—untuk menyertai asgment UBM

Friday, April 8, 2011

"CONTEST : Leen & Kyerull || Janggut vs Muncung"








SALAM SEJAHTERA.

setelah sekian lama tak hapdate. malam ni TH dipaksa oleh kyerul yang manje untuk join kontes beliau. aha! meh tengok.


[KLIK SINI] untuk maklumat lanjut kontes tuh!



ada syarat letak banner ye... hamek kau!!





blog leen pon dah follow :)









and TH nak join dengan gambo janggut dan muncung... ahh..tak kira..diorang cakap laki janggut je..tapi TH ada dua2..letak sekali lah ye! aha!










aha!!! ok tak gambo janggut + muncung tuh?




surat cinta sikit..

dear juri, kalau juri bagi saya menang juri memang rawk ar!! sebab saya tak penah menang lagi mana2 kontes.. tetiba ada kontes ni memang saya semangat mempertaruhkanmuncung sedepa saya tuh dan janggut comel saya tuh.. ok! hope juri tertawan la dgn kejelitaan muncung dah kemacho-an janggut saya tuh :)

Monday, April 4, 2011

PERHATIAN! SILA BACA! PENTING!

PERHATIAN, HELIOS BLOG DIJANGKA AKAN MELALUI PROSES HIBERNASI SELAMA SEBULAN ATAU LEBIH BERIKUTAN KEROSAKAN SISTEM ADMIN DAN GADJET YANG BERKAITAN. HARAP MAKLUM

Saturday, April 2, 2011

Krisis Loji Nuklear Jepun | Menyerah Kalah

 

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

 

 

 

kalau sebelum ni TH ada menulis mengenai kebocoran radioaktif di Loji Nyklear Fukushima, Jepun, perkembangan terbaru yang TH baca dari Jabatan Penerangan menyatakn bahawa, beberapa sampel aip paip,air laut dan hujan di sekitar Kudat semalam telah diambil oleh Agensi Nuklear Malaysia untuk dianalisa. dan didapati dari beberapa sampel tersebut menunjukkan tiada sebarang pencemaran radioaktif. that’s mean Malaysia selamat dari sebarang kesan radiasi.

 

 

selain itu, pihak Negara Jepun yang selama ini memepertahankan untuk menyelamatkan loji nuklear tersebut akhirnya berputus asa berikutan keadaan yang semakin teruk dan memaksa mereka menutup loji berkenaan. berikut petikan kenyataan dari Jabatan Penerangan Malaysia .

 

 

 

Jepun akhirnya mengaku kalah dalam usaha mengekang pencemaran radiasi di empat reaktor nuklear loji Fukushima Daiichi yang rosak dan akan menutup kesemua reaktor berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam. Langkah terakhir, melibatkan proses mencurahkan bertan-tan konkrit untuk menimbus reaktor-reaktor itu. Sekali gus memastikan tiada radiasi yang bocor keluar.

 

 

 

TH : dah tutup. semoga lepas ni semuanya selamat.

Friday, April 1, 2011

Harga Petrol RON 97 dinaikkan lagi | 1 Malaysia

 

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

 

 

berita terbaru yang TH baca kat agensi berita online menyatakan Petrol RON 97 akan mengalami kenaikan harga sebanyak RM 0.20 bermula tengah malam ini. Ini menjadikan Petrol RON 97 akan meningkat kepada RM 2.60 seliter (bermula 2 April). Kali terakhir harga Petrol RON 79 dianikkan adalah pada 4 Januari lalu. bagaimana pun harga Petrol RON 95 tetap kekal pada harga RM 1.90 seliter.

 

kalau diikutkan pengiraan, yang ditegur oleh saudara kaizen, sekarang ni RON 97 harga RM 2.50..tambah RM 0.20 maka jadinya ROM 97 akan berharga RM 2.70. agensi berita tuh typo maybe?

 

sumber berita dipetik daripada MStar

 

TH : saye guna RON 95. tapi orang kata RON 95 tak bagus untuk enjin. tapi RON 95 macam jimat duit je.

 

Copyright © 2013 | Helios Blog