Friday, March 18, 2011

Program Semarak Bangsawan | PojiePooh

 

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

entry kali ni TH nak kasik kredit to PojiePooh sebbb dia la inform TH mengenai Program Semarak Bangsawan ni via twitter dia @pojiepooh. and kali nik TH copy paste artikel beliau untuk promo kepada rakan rakan yang lain. Smile

 

 

Buat teman² pembaca yang meminati seni dan kebudayaan pastinya tertanya² kenapa untuk tahun nih tiada sebarang update tentang sebarang teater untuk Program Semarak Bangsawan pada tahun ini. Sekarang penantian sudah berakhir. Ia kini kembali, dengan menampilkan 10 pementasan yang akan berlangsung di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.
Pada 2011 ini ia akan dimulakan dengan Bangsawan Siti Zubaidah yang akan berlangsung 18-20 Mac 2011 ini pada pukul 8.30 malam. Ia mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Siti Zubaidah yang dikahwini oleh seorang Raja Muda Zainal Abidin dan sering dicerca dan dikeji kerana bukan berketurunan raja. Malangnya negara baginda diserang dan Raja Muda dijadikan tawanan. Jadi bermulalah pengembaraan Siti Zubaidah dalam menyelamatkan suaminya...

 

 

 

 

 

Pementasan ini dijayakan oleh kumpulan Geliga Sakti Opera dengan dibintangi oleh pelakon² hebat seperti Raja Azrey, Ani Mayuni, DJ Pool, Azza AF, Ezad Exist, Ieda Moin, Khaty Azean dan ramai lagi.Tiket berharga RM5 sahaja.
Kemudian program ini akan diteruskan lagi setiap bulan dengan pementasan yang hebat dari kumpulan kebudayaan yang berbeza. Antara pementasan yang sudah dijadualkan adalah;

  1. Tasik Dayang (22-24 April 2011)
  2. Mastika Bumi (20-22 Mei 2011)
  3. Alang Buana (10-12 Jun 2011)
  4. Opera Primadona (15-17 Julai 2011)
  5. Hikayat Malim Deman (23-25 September  2011)
  6. Raja Andak Raja Laksamana (14-16 Oktober  2011)
  7. Kemala Sakti Kesuma Ningrat (28-30 Oktober 2011)
  8. Dan 2 lagi pementasan akan dikemukakan kelak.

Jadi apa lagi, marilah datang beramai² memeriahkan program yang hebat ini, dalam memartabatkan seni budaya warisan kita. Terima kasih kepada Encik Nur Ibrahim Sabri, Bahagian Pengembangan Seni JKKN yang sudi memberikan informasi tentang program ini. Diharapkan agar dapat bekerjasama lagi dalam memberikan maklumat berkenaan dengan program ini.

 

 

 

TH : so,ape lagi! jum. TH minat teater bangsawan ni. and kalau takde ape keberatan TH akan pegi ahad malam tu

11 comments:

apezs shah said...

salam

itulaa dia promot tadi kat blog dia.
apezs terkejut jg. RM5 je ke?
murahnya.

||| PöJìé PööH ||| said...

Jom reramai memeriahkan majlis :)

PojiePooh; Hanya Satu...

lylaROCKprincess said...

best2...
nak follow!!!!

~Kirin Selama Perak~ said...

macam best ja !
apa2 aku roger ko TH
:)

taufiq helios said...

fiz : jum aaaa

pojie : muahaha...semanagat kan

lyla : kalau mlm tuh free..fiq nk pegi gak

KSP : kalau free..aku pon nk pegi

Ujang9897 said...

kalau ramai pergi..roger jer aku..free aku join

apezs shah said...

ermmm nak pergi juga tapi mcm ahad je free malam tu. and malam la, xde trnasport sdr nak g. so kena fikir2kan dulu ni hehe.. G ke TH?

taufiq helios said...

ujang : i will..tapi setakat ni aku sniri tak kumfem lagi..haha...takot malm tuh x free

aslann said...

wahh! TEater?? aku serius xminat..hahha...sorry weyh... kompem aku tido...

Along Usop said...

aku btanding pulak 27mac ni... teater omputih plak tu.. =.=

Sunah Mohammad said...

menarik~ tapi jauh la TH...:(

 

Copyright © 2013 | Helios Blog