Thursday, March 17, 2011

naskah Al-Kitab ; Berita Baik | Diluluskan ?





SALAM SEJAHTERA.




setelah ditahan selama lebih kurang hampir 2 tahun, naskah injil dalam bahasa indonesia/melayu. yang bertajuk ALKITAB ; BERITA BAIK akhirnya telah diluluskan untuk diedarkan di dalam malaysia. mengikut petikan akhbar berita harian bertarikh 17 mac, kerajaan negeri selangor mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan itu menyalahi dan melanggar Enakmen Islam Selangor berikutan tempat tahanan bahan tersebut berada di pelabuhan klang yang ianya berada dalam negeri selangor. hal ini juga dikatakan menyalahi enakmen islam selangor berikutan dalam enakmen tersebut jelas menunjukkan larangan penggunaan kalimah ALLAH untuk digunakan oleh selain penganut Islam.


setelah naskah itu diberi kelulusan untuk dikeluarkan, pihak yang terlibat mula memproses naskah tersebut dengan meng-cop di halaman pertama naskah tersebut dengan peringatan bahawa naskah tersebut hanyalah untuk kegunaan penganut agama kristien sahaja. TH sendiri melihat dan terlibat dalam proses tersebut . (ye la..situ tempat TH praktikal sekarang untuk seminggu). untuk pengetahuan, semua naskah adalah berjumlan 5100 naskah.banyak kan? ok.takleh cakap banyak pasal ni. nanti tak pasal kena marah. dan berita terbaru yang TH dapat tahu is pihak berkenaan (yang tuan punyer naskah kena tahan tu) walaupun diluluskan, tak mahu menerima keputusan tersebut sebab mereka menuntut supaya naskah itu diluluskan secara lulus bersih (lulus tanpa sebarang perubahan. dalam kes ni cop tuh la).berikutan ini, pihak terbabit tak mahu menuntut naskah tersebut.


selain itu, Mentri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, tindakan memberikan kelulusan untuk naskah ini dibawa keluar dari pelabuhan klang akan dilihat sebagai subjudis kepada permohonan rayuan Peguam Negara berhubung kes penggunaan kalimah ALLAH oleh akhbar The Herald


dari kes ni kita bole tengok. ape motif atas kelulusan yang diberi? setelah hampir dua tahun ditahan, tiba tiba lulus pulak? tu satu..in the other hand, kita tengok cemana ‘demand’ nyer pihak yang satu lagi. bukan ke dah oke la tuh bagi kelulusan camtuh walalupun bukan kelulusan secara lulus bersih. ape lagi yang nak? ye la…kalau injil (bible) tuh..memang la untuk kegunaan penganut agama tuh je.tak salah kan kalau ada cop peringatan tuh sebagai syarat kelulusan? and kalau lulus pon, sape je nak baca? biasanya yang golongan baca bible ni is golongan yang well educated punye. and kita tahu kalau golongan yang well educated dari kalangan Chinese or Indian ni, diorang mana layan bahasa melayu sangat. betol tak? ke tak betol? haaa…


TH : pandangan readers cemana pulak?

3 comments:

: JannahSuhaimi : said...

tahla..kita kena berhati2..

lAl said...

Islam Agama rasmi
Bahasa Melayu bahasa rasmi
Anutan agama lain dan juga bahasa lain DIBENARKAN tanpa memberi ancaman kepada penganut Islam dan penggunaan bahasa.

Pada aku, tindakan ini membahayakan umat Islam. Mampu menggugat akidah apabila ia disebarkan dalam bentuk lain. dengan rujukan pada terjemahan ini.

Tapi, kalau nk guna sangat, semua kitab perlu dialihbahasa ke bahasa Melayu dan semua rakyat Malaysia guna Bahasa Melayu. Bahasa lain yang diguna dianggap salah di sisi undang2.

Senang!

taufiq helios said...

@jannah : btol2..kna hati2

bro hilal : tu la jadiknyer bila mereka mereka yang kononnya mengaku mempertahankan melayu..mempertahankan agama islam dah mempolitikkan benda nih...jadik camni la...tersepit dgn propaganda sendiri

 

Copyright © 2013 | Helios Blog