Movie Review : Sucker Punch (PG13)

9:42 AM

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

 

 

dah tengok movie Sucker Punch? baru semalam TH tengok Sucker Punch tu. jum tengok my personal review untuk filem ini.

 

 

Sinopsis Ringkas :

 

Sucker Punch mengisahkan sekumpulan remaja yang didakwa mengalami masalah mental, dihantar ke pusat pemulihan dan disana mereka dipaksa menjadi penari dan pelacur untuk golongan atasan dan mereka merancang untuk melarikan diri dari pusat tahanan tersebut. Plot kisah bermula apabila salah seorang dari watak kematian ibu dan adiknya berikutan perbuatan keji bapa tirinya untuk merampas harta keluarga mereka.setelah itu gadis tersebut dihantar ke rumah sakit mental dan berjumpa dengan lagi 4 orang gadis yang lebih kurang sama latar belakang mereka. Disana, mereka dilatih untuk menjadi penari dan membuat persembahan untuk golongan atasan. Dengan tak sengaja, salah seorang dari mereka telah mendapat visi bagaimana mereka boleh melarikan diri dari pusat tahanan tersebut. Dikatakan 5 item boleh membantu mereka untuk melepaskan diri iaitu MAP, KNIFE,FIRE, KEY dan item kelima telah dirahsiakan. maka bermula lah perjalanan mereka untuk melepaskan diri. adakah visi untuk mereka melepaskan diri tersebut nyata atau hanya halusinasi gadis tersebut? dan adakah mereka berjaya melepaskan diri? korang kena tengok ok movie nih!

 

Komen :

 

Keseluruhan movie Sucker Punch ni TH rasa agak menarik tapi sikit bosan sebab jalan cerita untuk movie ini banyak sama konsep yang digunakan. contohnya, bagi mendapatkan setiap satu item, salah seorang gadis akan menari di depan mangsa. tarian gadis tersebut dikatakan sangat power sampai dapat memukau dan mengalihkan fokus mereka. dan proses tarian tuh tak ditunjukkan, tapi digambarkan dengan aksi peperangan dimana gadis gadis tersebut terlibat..

 

Semua aksi peperangan dalam Sucker Punch ni for me agak menarik. sebab setiap gerakan adalah penuh dengan aksi dan skill. Antara kekuatan filem Sucker Punch ni gak TH rasa is grafik/CGI yang terdapat dalam ni. fuh! cantih habis la. kalah citer merong. kalau anda kata filem merong tuh dah chun CGI diorang la kan.

 

Tapi kan..jalinan plot ni agak berat dan berbelit. penonton kena fikir sikit kalau tengok Sucker Punch ni. sebab kena pandai jalinkan balik plot yang berbelit tuh. baru paham. TH paham je tengok. abang sorang tuh la cakap cite ni agak berat.

 

 

Rating : 3 stars (just nice)

 

 

TH : err…sowi la kalau kat sinopsis tuh serabai sikit.tak reti nk susun ayat. aha! atas tu hanya my personal review. lain orang lain citarasa kan?

2 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *