Loji Nuklear Daiichi Fukushima Meletup

11:53 AM

 

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

 

 

reaktor ketiga loji tenaga nuklear diichi fukushima telah disahkan meletup, lapor akhbar berita harian pada pagi ini. letupan yang berlaku telah menyebabkan 11 kecederaan dan difahamkan bahawa tahap radiasi di kawasan loji tersebut semakin meningkat. walaubagaimanapun, letupan reaktor ketiga ini  tidak membocorkan radiasi sepertimana yang dibimbangi. berikut petikan dari berita harian online :

 

 

TOKYO: Satu letupan kuat merosakkan loji nuklear ketiga Fukushima, dengan asap tebal dan api menjulang di reaktor berkenaan, sebentar tadi.
Jurucakap Ketua Kabinet Jepun, Yukio Edano, berkata maklumat yang diperoleh dari pegendali reaktor, TEPCO menyebut ia bagaimanapun tidak membawa kesan kebocoran radiasi yang besar.

Agensi Keselamatan Nuklear Jepun berkata, letupan itu di reaktor ketiga di Loji Nuklear 1 Fukushima dipercayai disebabkan tekanan hidrogen.

 

 

beberapa fakta menarik tentang kronologi letupan reaktor ini jum kita tengok :

 

 

JUMAAT :

 

  • 7.46 petang : kerajaan Jepun mengesahkan sistempenyejukan mengalami masalah dan kegagalan
  • 9.55 malam : berlaku kebocoran radioaktif pada salah satu rektor loji tersebut

 

SABTU :

 

  • 10.07 pagi : TEPCO mula mengurangkan tekanan dalam reaktor no.1
  • 5.46 petang : letupan dan kebocoran radioaktif di reaktor no.1. disahkan hanya struktur konkrit runtuh tetapi reaktor masih kukuh.
  • 8.43 malam : air laut dan asid boric digunakan bagi menyejukkan reaktor yang bocor dan mengurangkan tekanan.

 

AHAD :

 

  • 110,000 penduduk dalam jarak 20KM dipindahkan ke kawasan selamat.
  • 11.37 malam : air laut digunakan untuk menyejukkan reaktor no 1 dan 3. dan perkara sama juga akan dilakukan keatas reaktor no.2

 

ISNIN:

 

  • 11.11 pagi : kerajaan Jepun mengesahkan berlakunya letupan hidrogen. gambar media membuktikan perkara tersebut.
  • 2.40 petang : media melaporkan reaktor no.2 mengalami kegahgalan sistem penyejukan.

 

 

berikutan kejadian ini, kerajaan Malaysia turut mengambil langkah memindahkan rakyat malaysia disana ke tempat yang selamat serta kerajaan Malaysia turut memastikan produk makanan yang diimport dari Jepun sentiasa dipantau.

 

 

TH : mari doakan semoga semuanya selamat

3 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *