Kami Benci Anwar Hadi vs Dia Benci Tok Guru Nik Aziz

11:15 AM

 

 

 

Salam Sejahtera.

 

Kami Benci Anwar Hadi dan Tok Guru Nik Aziz Sama Dengan Ayah Pin. ok tak kedua-dua isu tu? kalau kita tengok kedua dua isu ni lebih kurang sama. angkara haters. kita flashback sikit mengenai isu ni. bole?

 

memetik kenyataan Farahhana Jamaludin , Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), beliau menyelar Tok Guru Nik Aziz dengan menyamakan imej seorang ulama dengan seorang penganjur ajaran sesat yang kita sendiri dah nampak secara jelas kesesatannya.

 

 

 

artikel ni dah mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. ramai pembaca mengkritik beliau. ape autoriti beliau sehingga berani mengeluarkan kenyataan sedemikian? mari kita fikirkan. dah setelah di follow up, Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengeluarkan kenyataan berikut dan beliau dah disuruh meminta maaf :

 

 

SHAH ALAM – Tindakan seorang pemimpin kanan sebuah pertubuhan menyamakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan ketua ajaran sesat Ayah Pin, Ariffin Muhammad boleh membawa kepada dosa jika individu berkenaan tidak bertaubat dan memohon maaf kepada mereka yang terbabit.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria( gambar kiri ) berkata, ini kerana, perbuatan menyamakan keperibadian seseorang dengan perwatakan individu lain yang bertentangan dengan personalitinya adalah berdosa dan hukumnya fasik.
"Dalam ayat 11, surah Al Hujarat, Allah SWT telah mengingatkan kita bahawa seseorang ditegah memanggil orang lain dengan gelaran buruk. Orang yang menggelar itu harus segera bertaubat kerana itu adalah perbuatan yang zalim," tegasnya.
Dalam isu yang membabitkan dua individu itu, Harussani berkata, perbezaan antara Nik Aziz de-ngan Ayah Pin adalah sa-ngat ketara kerana Nik Aziz adalah seorang ulama yang juga ahli politik berjawatan Menteri Besar sebuah negeri, manakala Ayah Pin ketua ajaran sesat yang mengaku dirinya tuhan serta diburu pihak berkuasa.

"Tidak boleh sama sekali mengata seseorang sampai begitu, mana boleh samakan Nik Aziz dengan Ayah Pin," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin.
Dalam kenyataannya disiarkan semalam, Farahana menyifatkan imej Nik Aziz boleh disamakan dengan Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.
Beliau mendakwa, kedua-duanya mempunyai persamaan kerana mengaburi pemikiran pengikut untuk memuaskan nafsu masing-masing.
"Mereka boleh lakukan apa saja tanpa boleh ditegur kerana 'kesucian' mereka," katanya.SH

 

 

so, ape kena mengena dengan anwar  hadi? bukan TH nk tunjuk baik. TH sendiri pon lambat mengenai isu ni. tapi to be honest mengenai isu ni TH tak nampak ramai antara kalangan kita respon kepada benda nih.kalau repon pon lambat. macam TH ni la. lambat…err… dimana silap kita? TH sendiri pon silap jugak. meybe masa tuh kita ada isu lebih besar. mengundi kot tak silap. tapi ape pon kalau kita bole respon dengan pantas pasal selebriti anwar hadi tuh, maybe dimasa depan, kalau ada ulama’ yang dicerca mungkin kita boleh lagi proaktif. ingatan ni untuk diri TH gak.

 

 

TH : kalau ada silap fakta or kenyatan TH dalam ni tolong betulkan ok.

8 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *