Tuesday, December 14, 2010

.KELIRU?





ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

hari ni terasa nak menulis panjang pulak :D

penah baca tak pasal isu kalimah 'salam' dalam facebook? penah kan? katanya tak elok gunakan kalimah 'salam' tuh untuk greeting sbb mereka cakap ianya membawa maksud 'selamat tinggal'..siap dalil ayat quran lagi tuh.sape berani lawan? gile hape..melawan ayat quran. tapi kat sini,fiq bukan nak melawan,tapi rasanya disitu ada sedikit kekeliruan.as we know,bahasa arab nih adalah bahasa yang agak unik. berubah satu je barus bacaan,maka berubah la makna. 

sebagai contoh : perkataan  ِّبِر berbunyi 'birri' membawa maksud kebaikan.

kalau diubah baris perkataan tuh menjadi 'burr' or 'barr' dah boleh jadik maksud lain dah.tuka baris je pon..huruf tetap sama..begitulah uniknya bahasa arab.apatah lagi menukar kedudukan huruf..memang jauh la maknanya bertukar.

kembali kepada topik menggunakan perkataan سلام : 'salam' dalam kehidupan seharian yang diertikan dengan perkataan selamat tinggal / berpaling tuh. okeh..kat sini dalam ilmu islam,ada satu ilmu yang dipanggil ilmu tafsir.takrif am bagi ilmu tafsir ini is satu ilmu yang mambincangkan mengenai kalimah di dalam al-quran,makna tersurat dan tersirat disebalik setiap ayat al-quran,sebab diturunkan ayat itu,and 'alaqah (kesinambungan/hubungan) satu ayat dengan ayat yang lain.

mengikut ulama', ayat suci al-quran ini hendaklah ditafsirkan oleh ahlinya sahaja (ulama' tafsir) dan tidak harus ditafsirkan sewenang-wenangnya oleh kita orang awwam.dan kita tak bole mentafsir dan berpegang pada zahir ayat sahaja. 

adehh..mana yek artikel tuh..tak jupe la pulak carik dalam facebook.nak tengok  ayat quran yang digunakan je. taknak salahkan penulis. tapi,pada pandangan fiq,perkataan tuh takde salahnyer kalau digunakan dengam maksud dan niat yang betul.menepati kaedah fiqh " الأمور بمقاصدها " yang bermaksud,setiap sesuatu perkara tuh bergantung pada maqasid atau niatnyer.  

hadis nabi berbunyi :

 ألا أدلكم على شيء إذا فعلتموه تحاببتم؟ أفشوا السلام بينكم - رواه مسلم"

"hedakkah kamu aku beritakan sesuatu perkara yang mana jika kamu lakukan akan tersebar kasihsayang antara kamu? iaitu dengan mengucapkan salam"

dalam hadis ini jugak menggunakan perkataan 'salam' dan ianya membawa maksud memberi salam / mendoakan kesejahteraan.so,kesimpulannya disini,setiap perkataan dalam bahasa arab itu dapat membawa maksud yang berlainan bergantung kepada penggunaannya. sama macam isu menggunakan perkataan 'salam' dalam greeting.



psstt:
kalau saya salah tolong betulkan.kalau saya terlepas baca seluruh kandungan dalam artikel menggunakan perkataan salam tu,sila tegur saya ye


3 comments:

Hasrol Nizam said...

sebenarnya tak salah pun guna salam tu. aku pun pelik dgn wujudnya artikel tu


Pendapat anda?
Kenangan cuti sekolah aku dulu-dulu

mizz_aainaa said...

ooo.. ya ka..
ada jgk tbaca psal 'salam' neh kat somewhere.. tapi taklah pula dinyatakan tak elok digunakan.. tak pa, nanti saya cuba cari balik.. itu pun kalau jumpa..

hehehe

AiDa AzRyN said...

salam... ^^

 

Copyright © 2013 | Helios Blog