apakah?

3:56 PM


its very long time since i post my last entry..


satu fenomena baru yang berlaku dalam kampus kesayanganku. fenomena KALAU TAK JOIN PROGRAM NI,NAMA ANDA AKAN DI 'BALCKLIST' KAN. itulah fenomena terbaru yang bukan sahaja melanda fakulti aku bahkan fakulti lain serta kolej-kolej kediaman. ok lah kalau program kolej kediaman tuh sebab ia dibuat berdasarkan kapasiti penghuni dan setiap penghuni harus bekerja keras untuk menempah tempat untuk terus stay di hostel. tapi apakah releven apabila konsep ini diterapkan di fakulti? nak takutkan pelajar. mari kita fikir secara logik. apabila nama pelajar disenarai hitam,apa lagi yang akan dilakukan selepas itu? nak buang pelajar dari fakulti? kiranya bukanlah satu kesalahan yang amat besar kalau tak menghadiri sesuatu program di fakulti.mereka harus sedar kadang-kadang pelajar yang tak mengahdiri mempunyai alasan tersendiri. maybe nak baut asignment.yer la...pelajar sekarang umpama hidup untuk buat asignment.mana taknyer..kredit hour setiap sem giler banyak.aku sem ni 24.ada yang 27.memang gila.dah la sume wajib pulak tuh. kembali kita ke topik ; lepas nama disenarai hitam,ape berlaku kepada pelajar? dibuang fakulti?dibuang universiti? ada ke dalam akta universiti menyatakan kalau tak hadir program, kena buang universiti or fakulti? hurmm...tak perlu la buat statement nak black list. sebagai contoh, aku sendiri pernah kena benda macam ni. ada satu kem dianjurkan untuk student yang dapai 3 pointer keatas.tapi btol ke yang pergi ke sana semua 3 pinter keatas? ramai lagi kawan-kawan aku yang 3 pinter tak dapat join pon. macam mana dasar pemilihan dilakukan? dasar kroni? no komen la...

part yang paling bestnyer,aku tak dapat join sebab aku dah komfirmkan awal untuk join program HIMPUN. nak buat cmne kan.bukan aku sengaja..tetiba,semasa aku berada dalam satu majlis bersama pegawai HEP,seorang manusia telah call aku. bila angkat dia tnya ;

"ni mohd taufik ke?"
aku jawab,
" eh,encik ni sape? "

dia ulang lagi soalan atas tuh tanpa memperkenal dirinya. kuran hajor betol.kau call aku,kau la kena perkenal diri dulu.tapi takpe.yang ni takcukup buat aku panas lagi..

dia tanya "awak ada kat mana ni? tolong perlahakan bunyi lagu tuh bole tak?"

aku jawab " mintak maaf la,saya dalam majlis bersama pegawai ni"

dia "awak keluar dari bilik tuh kejap "

memang rude,kuran hajor,tak reti adab..tetiba nak bagi arahan macam tuh kat aku.dah aku ada dalam majlis,hormat la sikit. tapi aku malas nk bising,aku keluar je..

dia " awak tak daftar dan bayar yuran rm20 lagi kan untuk kem ****** ?"

aku " maaf la,saya tak boleh hadir sebab saya dah komfirmkan kehadiran untuk join program bawah HEP mewakili universiti untuk ke program himpun"
dia "

dia "awak tak yah pergi la prog HEP tu..awak wajib join prog fakulti ni. utamakan fakulti. saya nak,sebelum pukol 5,awak datang ke bilik SPP atau pejabat fakulti bayar yuran dan daftar.kalau tak,nama awak akan di blacklist "

WTF!!! ape nih?dah la program kena bayar..nak paksa2 macam ni pulak..siap ugut lagi.aku dapat taw yang call aku ni lecturer. memang aku hilang respek la kat dia.dah la cakap kurang hajor.tak taw adab langsung..dari awal lagi dah carik pasal.dah kau call org,kenalkan la diri dulu.xbelajor ke?dah tu siap nak ugut pulak..hampeh betol la..

so,pengajarannya,kalau nak wajibkan student pon berpada-pada la..perlu ke nak ugut sampai macam ni.ada banyak lagi cara lain. gunakan la cara yang lebih berhikmah. kami bukan budak sekolah..lu pikir la sendiri!!


0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *