Monday, March 22, 2010

MENARIK !!

i found this video on my friend's blog..and i think u all should watch it to..

Sunday, March 21, 2010

apakah?


its very long time since i post my last entry..

satu fenomena baru yang berlaku dalam kampus kesayanganku. fenomena KALAU TAK JOIN PROGRAM NI,NAMA ANDA AKAN DI 'BALCKLIST' KAN. itulah fenomena terbaru yang bukan sahaja melanda fakulti aku bahkan fakulti lain serta kolej-kolej kediaman. ok lah kalau program kolej kediaman tuh sebab ia dibuat berdasarkan kapasiti penghuni dan setiap penghuni harus bekerja keras untuk menempah tempat untuk terus stay di hostel. tapi apakah releven apabila konsep ini diterapkan di fakulti? nak takutkan pelajar. mari kita fikir secara logik. apabila nama pelajar disenarai hitam,apa lagi yang akan dilakukan selepas itu? nak buang pelajar dari fakulti? kiranya bukanlah satu kesalahan yang amat besar kalau tak menghadiri sesuatu program di fakulti.mereka harus sedar kadang-kadang pelajar yang tak mengahdiri mempunyai alasan tersendiri. maybe nak baut asignment.yer la...pelajar sekarang umpama hidup untuk buat asignment.mana taknyer..kredit hour setiap sem giler banyak.aku sem ni 24.ada yang 27.memang gila.dah la sume wajib pulak tuh. kembali kita ke topik ; lepas nama disenarai hitam,ape berlaku kepada pelajar? dibuang fakulti?dibuang universiti? ada ke dalam akta universiti menyatakan kalau tak hadir program, kena buang universiti or fakulti? hurmm...tak perlu la buat statement nak black list. sebagai contoh, aku sendiri pernah kena benda macam ni. ada satu kem dianjurkan untuk student yang dapai 3 pointer keatas.tapi btol ke yang pergi ke sana semua 3 pinter keatas? ramai lagi kawan-kawan aku yang 3 pinter tak dapat join pon. macam mana dasar pemilihan dilakukan? dasar kroni? no komen la...

part yang paling bestnyer,aku tak dapat join sebab aku dah komfirmkan awal untuk join program HIMPUN. nak buat cmne kan.bukan aku sengaja..tetiba,semasa aku berada dalam satu majlis bersama pegawai HEP,seorang manusia telah call aku. bila angkat dia tnya ;

"ni mohd taufik ke?"
aku jawab,
" eh,encik ni sape? "

dia ulang lagi soalan atas tuh tanpa memperkenal dirinya. kuran hajor betol.kau call aku,kau la kena perkenal diri dulu.tapi takpe.yang ni takcukup buat aku panas lagi..

dia tanya "awak ada kat mana ni? tolong perlahakan bunyi lagu tuh bole tak?"

aku jawab " mintak maaf la,saya dalam majlis bersama pegawai ni"

dia "awak keluar dari bilik tuh kejap "

memang rude,kuran hajor,tak reti adab..tetiba nak bagi arahan macam tuh kat aku.dah aku ada dalam majlis,hormat la sikit. tapi aku malas nk bising,aku keluar je..

dia " awak tak daftar dan bayar yuran rm20 lagi kan untuk kem ****** ?"

aku " maaf la,saya tak boleh hadir sebab saya dah komfirmkan kehadiran untuk join program bawah HEP mewakili universiti untuk ke program himpun"
dia "

dia "awak tak yah pergi la prog HEP tu..awak wajib join prog fakulti ni. utamakan fakulti. saya nak,sebelum pukol 5,awak datang ke bilik SPP atau pejabat fakulti bayar yuran dan daftar.kalau tak,nama awak akan di blacklist "

WTF!!! ape nih?dah la program kena bayar..nak paksa2 macam ni pulak..siap ugut lagi.aku dapat taw yang call aku ni lecturer. memang aku hilang respek la kat dia.dah la cakap kurang hajor.tak taw adab langsung..dari awal lagi dah carik pasal.dah kau call org,kenalkan la diri dulu.xbelajor ke?dah tu siap nak ugut pulak..hampeh betol la..

so,pengajarannya,kalau nak wajibkan student pon berpada-pada la..perlu ke nak ugut sampai macam ni.ada banyak lagi cara lain. gunakan la cara yang lebih berhikmah. kami bukan budak sekolah..lu pikir la sendiri!!


Friday, March 19, 2010

Tujuh Empangan Di Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya Susut


KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Paras air di tujuh empangan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mengalami penyusutan ekoran berlarutan cuaca panas dan kering, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).Empangan yang menunjukkan penyusutan paras takungan air dalam tempoh dua bulan lalu ialah Empangan Sungai Selangor, Sungai Tinggi, Semenyih, Sungai Langat, Klang Gates, Tasik Subang dan Empangan Sungai Batu.Penyusutan paling ketara ialah di Empangan Tasik Subang yang menyusut pada tahap maksimum iaitu kepada 77.05 peratus simpanan atau 37.26 meter Ordinary Datum Level (ODL) setakat 25 Feb lalu.Selain itu, paras Empangan Klang Gates juga telah mengalami penurunan dari paras maksimum iaitu 100 peratus simpanan atau 95.22 meter ODL sejak 15 Dis lalu dan mencapai 81.7 peratus simpanan atau 93.17 meter ODL pada 25 Feb lalu disebabkan taburan hujan yang rendah."Bagaimanapun, berdasarkan rekod dan analisa seperti yang telah dijalankan, sehingga akhir Mac ini, paras simpanan air di ketiga-tiga empangan akan terus menurun," kata Syabas dalam kenyataan itu.Namun begitu, keadaan itu tidak memerlukan pengurangan pelepasan air dari empangan dan juga pengeluaran air daripada loji.Di samping itu, beberapa batang sungai seperti Sungai Labu, Sungai Langat dan Sungai Selangor yang membekalkan air ke loji-loji rawatan air di negeri Selangor juga didapati mengalami penyusutan paras air.-- BERNAMA



***********************


source :


Saturday, March 13, 2010

satu keSIALan


aku bukan nak kutuk sesape..just nak maki je. bayangkan mantan turun padang nak tolong program , ajk banyak yang tak bagi komitmen. at least bersyukur la ada org nak tolong.susah payah menghabiskan kredit henset tepon mantan yang lain turun tolong, datang tempat event kami jadik kuli,kami jadi hamba..sape punye program ni sebenarnya??nak kata kitorang tak ikhlas tlg?macam mana nak ikhlas kalau korang wat camni kat kitorang yang sukarela nak tlg.. patut la penganjuran debat NC korang kali ni macam taik and aku tak heran nanti kalau KD akan ranap menyembah bumi. mana pengarah?mana timbalan?semua tak nampak muka tadi.nak burn CD pon tak bole harap.nak setel flow pon tak leh harap.maklumat pon tak sampai.benda senang macam tu pon tak boleh harap. ni baru event dalam universiti. kalu debat SMKA,ASEAN nanti macam ne?pengurusan tak betol,takde komitmen..camner nk uruskan majlis yang lagi besar?KD kita terkenal dengan pengurusan dan protokol yang mantap.korang la yang nak meneruskan kesinambungan kecemerlangan ni.kalau camni la gayanyer..aku no komen...macam mana nk buat?korang pikir la sendiri wahai AJK KD..


sebuah pertemuan


setelah sekian lama tak jumpe..hurmm at least for almost 2 years if i'm not miistaken,tetiba hari ni tyme makan kat kafe, tiba-tiba ku terlihat sekujur tubuh yang dah lama tak jumpe



MS. SURAINI MOHD ALI !!
thats her..giler punye sonok.lama giler tak jumpe.
she was my lecturer masa 1st year dulu..
memang borak xingat dunia la..haha
thanks GOD coz giving me the opportunity to jumpe dia lagik

Sunday, March 7, 2010

ape nak jadi?



pagi tadi semangat bangun awal niat hati nak tengok adik-adik junior dan kawan-kawan yang still dalam kelab debat menganjurkan debat NC. tapi dalam hati sedikit kekecewaan bila tengok suasana kerja penganjuran.APE DAH JADI? APE DAH JADI DENGAN SUASANA PENGANJURAN YANG MENJADI TRADISI KITA.umpama semua ini diambil mudah kali ini. ape pon,korang ada masa lagi. teruskan perjuangan. belajar dari pengalaman.aku yakin korang bole buat.sebab KORANG HEBAT.teruskan kegemilangan KELAB DEBAT USIM. ^^


kusyuk mendengar sesi penghujahan




haha...ape tuh?

Saturday, March 6, 2010

Hukum sertai Facebook


SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'?
Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?

Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had

KESIMPULAN

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:


a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.


************************************************

source :



Thursday, March 4, 2010

at last, its over ^^ and i need a break!!


hey! at last its over..at least for this week.what a chaotic week i ever had in my life.for 3 nights i'm not having proper sleep.sleeping only atas lantai (tertido) sebab penat sangat.

mengimbas ape yang berlaku dalam minggu ni, aku tersenyum dan terasa nikmatnya bila betol-betol tumpu studi. for my first mid sem test of this week with Ms. Kauthar, not very easy but thanks to her because she able to force me to focus in her lecture ( kalau main-main kena marah ) so,test on the past Monday i dun need to study hard on her subject because she only want us to answer based on our understanding. thank God i managed to score 20/30. haha... not excellent enough i guess ^^ but its ok kot..
my second test pon macam tu jugaaa.
THANK GOD i managed to pass it both

so,tomorrow is jumaat. tonight i'll go out with my best friend FAHAMI and have fun a bit. only a bit coz got another 2 test next week.

I NEED A BREAK !!

Wednesday, March 3, 2010

TENSION !

arghh!! tension betol buat kerja dengan fakulti.itu tak boleh..in tak bole..nak kena melalui lecturer lah.nak amek no rujukan fail pon susah.banyak songeh betol!! baik under HEP senang hati..sume mudah
maybe sebab tuh aku tak suke join penganjuran dari fakulti. tapi kali nih ada markah final..terpaksa la :((

Monday, March 1, 2010

my 1st time ever ^^


my first time ever composing poem..of course with help from fithri and rahmat ^^


wahaha..i'm really happy today coz mdm leena give us back our asgment along with the marks. i got 12 1/2 a.k.a 12.5 from 15 marks..whoaa..but it's not the most important thing.the most importand thing is her comment on all my poems..lets take a look ^^


her comment on this poem : sounds like pantun!! cute!!



on this poem : nice arrangement of words,very straightforward and easy to understand



this one : a lot of whispers being displayed in this poem.good effort,nice,
a lot of hope


"simple yet meaningful "



*****************************************




thanks a lot to those who helped me!!



 

Copyright © 2013 | Helios Blog