INDOCHINA TRIP : PHNOM PENH

1:30 PM



untuk entry sebelum ini, boleh klik di bawah :



Alhamdulillah selesai dua city untuk tour indochina merentasi Vietnam, Cambodia dan Thailand. Maybe ada yang tanya, kenapa tiga negara je? ada je yang boleh buat 4-5 negara dalam masa 2 minggu.. Jawapannya is sebab kekangan masa and abam nak enjoy every journey tu. Jenis travel celup kaki boleh la sampi sepuluh negara pon. eh.

Untuk Phnom Penh ni abam memang tak bermalam pon kat sini. Sekadar transit je sebelum gerak ke Siem Reap. Dari mula lagi dah tengok tengok, nothing much boleh buat kat sini. Dari Ho Chi Minh abam naik bas Mekong Express. Perjalanan mengambil masa 6 jam dari Ho Chi Minh ke Phnom Penh. Bertolak pukul 8.30 pagi, dan sampai ke Orussey Market, Phom Penh dalam pukul 2.30 petang. 


Vietnam-Cambodia Immigration Office Border


Kenapa tak ambil night bus? Sebabnya, kawan abam ada bagi nasihat, nak cross border better siang sebab kalau siang mesti sempadan dan pejabat kastam bukak. Kalau malam? dah stuck kena tunggu pejabat bukak. geddit? 

Bas Mekong Express ni direct taw ke Phnom Penh. Tak payah transit tukar bas dah. Korang just kena keluar dari bas sebab nak lalu imigresen dan cop passport keluar dari Vietnam dan masuk ke Cambodia then lepas tu naik bas balik dan diorang akan drop korang kat Orussey Market.


DAH LEPAS SEMPADAN! 

bila diturunkan di Orussey Market tu, sila bersedia lah ye sebab dah ramai driver tuktuk tunggu nak suruh korang naik dengan diorang. Tapi abam masa tu ambil keputusan tanak ambil any tuktuk untuk ke bus office untuk next destination. so kami jalan la dalam 3-4KM. Dengan beg besar tu, kami jalan selama almost 40 minutes nak ke IBIS Bus Office sebab tengah malam abam ambil sleeper bus ke Siem Reap. Actually, sebab nak jimat duit. Sebab tu jalan je and disamping tu, boleh la tengok tengok tempat orang. Sebenarnya abang abang driver dah pelik kenapa kitorang nak jalan jauh macam tu. eh punya suka lah! haha!

Dalam perjalanan tu lalu la Central Market dia kejap. Lalu je tak masuk sebab rasa macam tak perlu lah nak masuk dalam market. Sampai je dekat IBIS Bus punya office, kami mintak tumpang letak luggage and terus keluar jalan jalan sekitar Phnom Penh.


Destinasi pertama is the famous Wat Phnom. dari bus office tu kami menapak je. Wat Phnom ni kalau korang nak tau, adalah Buddha Temple and untuk local, diorang boleh masuk free. Untuk foreigner, korang kena bayar USD1.00.






Dalam kompleks Wat Phnom tu ada satu pagoda yang feymes yang jadi mercu tanda Phnom Penh sendiri. White Stupa atau nama official dia Wat Preah Chedey Borapaut. Kalau korang nak tau, Wat Phnom ni dibina atas bukit buatan. Satu satunya bukit yang ada dalam bandar Phom Penh ni.




Habis jalan jalan dalam Wat Phnom tu, kami menapak melepak kat pinggir sungai Tonle Sap pulak. Nak buat ape kat sini? tengok air lah! haha. Kalau korang ada budget lebih, pegi jelah amek Tonle Sap River Tour. Boat akan bawak korang menyusuri Sungai Tonle Sap. Best ke tak? jangan lah tanya sebab abam lepak je kat situ. Tak naik pon sebab rasa tak menarik pon.




Habis sapkok seround, abam gerak pulak melawat Phnom Penh Night Market. Ada ka makanan halal? Tak perasan pulak sebab abam beli eskrem je kat sana. Rasanya ada lah kot. Tetiba lapaq, gelabah nak cari kedai makan halal. Alhamdulillah jumpa kedai nama The Gulai. Sini depa boleh cakap melayu and tukang masak pon memang orang melayu kita berasal dari Sungai Buloh. Makanan sini sedap, tak tipu.





Lepas tu abam menapak lagi nak pegi ke Independence Monument of Cambodia. Tak la dekat sangat tapi dah alang alang sampai, pi la tengok jugak kan. Monumen ni dibina pada tahun 1958 bersempena Cambodia bebas dari penjajahan Perancis.




Disebabkan dah malam, dah kaki pon dah lembik, so kami jalan la pelan pelan balik ke IBIS Bus punya office. Sebenarnya ada satu dua tempat lagi tempat boleh melawat kat sini. Tapi sebab dah malam, so tempat macam Grand Palace dah tutup. Sempat lalu tengok dari luar je. Smpai kat tempat tunggu bas, ada lah lagi dalam sejam tempoh bertenang sebelum bas sampai, naik bas dan tido. Nak pegi Siem Reap pulak.

Kalau korang tanya, kalau Phnom Penh max lepak berapa hari je, abam nak jawab "hampa lepak sehari semalam dah cukup" sebab tak banyak boleh buat kat sana tetambah Phnom Penh ni kotor. Tak suka sangat. Bak kata brader kedai makan kat sana, "kalau korang suka clubbing dan nak memantat , stay lah lama sikit" haha sebab situ banyak jugak pub. So setel dah setakat ni catatan abam di Phnom Penh. nak baca entry sebelum sebelum ni, klik je bawah ni :



Masalah Rabun Warna? USJ Optometrist Ada Penyelesaiannya

5:55 PM



SALAM SEJAHTERA


Nak dijadikan cerita, semalam abam dijemput ke rumah sorang kawan ni untuk minum petang sambil dia nak bercerita mengenai trip dia ke Ladakh. Masa kami semua tengok tengok gambar tu abam tengok kawan yang sorang ni macam berkerut dahi.


Habis tengok gambar dan bercerita pasal pengalaman travel, kami main lah game UNO and bila start game tu, abam letak lah kad kaler biru. Tetiba dia tanya "tu kaler biru ke hijau?". Abam rasa kawan tu ada masalah Color Blind. Cuba korang yang baca posting ni tengok gambar kat bawah ni, ada tak kaler yang korang macam keliru.






Terlanjur bercerita pasal Color Blind ni, untuk pengetahuan, orang yang ada masalah Color Blind atau Rabun/Buta warna ni kebanyakkan susah nak bezakan warna Biru dan Hijau. Tapi, tak semestinya Color Blind tu terus nampak hitam putih je. Ada 3 jnis Color Blind kalau korang nak tau. Pertama is DEUTERANOPIA yang mana jenis ni diorang akan ada masalah pada warna hijau. Kedua is PROTANOPIA yang mana pesakit jenis ni akan ada masalah pada pengesanan warna merah. Ketiga, TRITANOPIA yang mana mereka ni bermasalah terhadap pengesanan warna biru. Akhir sekali, ACHROMATOPSIA dan yang ni lah pesakit akan nampak hanya warna hitam dan putih sahaja.


source : Google Image. editing wording and combine gambar mestilah abam kan! HAHA


So kalau untuk urusan seharian mesti susah kan? Lagi lagi kalau nak travel. Macam mana nak enjoy kecantikan tempat yang korang pergi tu kan? Bayangkan korang pergi jepun masa autumn, tapi korang ada masalah Color Blind, mestilah frust kan sebab tak dapat menikmati sepenuhnya pemandanganyang cantik tu. Nak pakai cermin mata khas untuk Color Blind? macam susah je and macam tak berapa cantik je.

Sini abam nak bagi cadangan, baru baru ni abam ada dengar yang USJ OPTOMETRIST ada menyediakan servis eye test khas untuk mereka yang ada masalah Color Blind ni. Bukan ada servis test je, diorang pon ada menyediakan khidmat nasihat dan jualan contact lens khas untuk mereka yang ada masalah ni.

So korang boleh menjalani kehidupan seharian dengan selesa. Kalau travel pon takde masalah, pakai dan you're ready to go! mudah kan? Lepas tu pulak, katanya tak banyak kedai optometrist yang ada jual Color Blind Lens ni sebab benda ni very spesifik. Ada masalah lain selain Color Blind? Boleh jugak rujuk kat USJ OPTOMETRIST haaa. takde masalah. 

Kita pon kalau pergi ke optometrist mesti nak yang betol betol boleh attend dengan setiap pertanyaan kita kan? Korang jangan risau, USJ OPTOMETRIST ni memang trusted optometrist untuk kawasan Lembah Klang dan sekitarnya sebab diorang ni memang terkenal dengan servis dan skill yang tiptop! 


Now dah tahu kan kat mana nak cari? Korang boleh rujuk kat bawah ni:


lawat Facebook Page : USJ OPTOMETRIST untuk info lanjut atau korang boleh ke HQ atau Branch. Alamat kat bawah ni :




USJ OPTOMETRIST

HQ : 28, Jalan USJ 10/1E, Taipan, Subang Jaya, Selangor
Tel : 03 8011 9038

Branch : Second Floor, Mediplex SJMC, No.1 Jalan SS12/1A, Subang Jaya
Tel : 03 5611 5589





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *